Sunday, December 23, 2012

Study Week Bermula !

Assalamualaikum guys :)


Sekarang ni study week dah bermula bagi pelajar-pelajar IPTA seluruh Malaysia khususnya kepada pelajar degree. Ingatkan study week ni student-student tak balik kampung, rupa-rupanya balik kampung pulak. Roommates aku 2 orang dah balik kampung. Yang tinggal di bilik 4 orang jak. (T_T). Yang paling sedih ialah budak-budak Sabah yang tak balik. Aku dah tinggalkan negeri Sabah, daerah Tawau, rumah Taman Wawasan selama 4 bulan an sekarang nak masuk 5 bulan dah. Tapi takpa, itulah dinamakan berdikari. Kalau terlalu senang pun susah jugak sebab tidak mengenali erti kesusahan tu macam mana tau erti berdikari tue macam mana, kan ? So, actually rasa berbangga jugak dapat belajar menjadi lebih indipendent lagi. Huhay !


Ala, study week nie dibagi untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran balik, bukan nak bertungkus-lumus nak balik kampung. Kan dibagi masa untuk cuti semester jugak. So, taklah sentap sangat. Insha-Allah paper aku start pada 03/01/2013 dan berakhir pada 15/01/2013. Tapi tiket balik aku tanggal 30/01/2013. Ada 2 minggu lagi aku di sini, tak pasti lagi nak pergi rumah roommates aku atau tidak. Ingatkan nak jalan-jalan tapi depends on situation. Kalau keadaan membenarkan, insha-Allah terlaksana jugak tu. Doakan aku ya :)

Saturday, December 22, 2012

Follower ke-200 !

Assalammualaikum guys :)

Tahniah diucapkan kepada

<<< Hanis Aliaa Hidzir >>>


Sorylah aku curi gambar nie dari Facebook kau. Hihihihihi. Jangan marah, okey.Tahniah kerana menjadi follower yang ke-200. Hadiah yang anda menangi ialah top up untuk bernilai <<<RM5.00 >>>. Walaupun nilainya kecil, tapi bukan mudah dapat "FREE" kan. Huhay ! So, kita tunggu lagi siapa follower yang bertuah. Hihihihi.

Friday, December 21, 2012

I am 20 years old (20.12.2012)

Assalamualaikum guys :)

Actually, 20.12.2012 is big day for me because I'm getting older, oh no ! Hahahahaha. It's just a number, people do said like that. I'm become 20 years old. Hahahahaha, napa tiba-tiba speaking english plak nie, memang tak patut, tak patut. Aish. Orang yang lahir pada tahun 1992 sedang menanti masuk umur 21 tahun dan aku pulak baru merasa menjadi 20 tahun, susah jugak kan tarikh lahir lambat. Tapi tak pa, yang penting aku lambat tua dari segi umur. Jangan jeles ! Siapa yang jeles ? Tak sangka semalam merupakan hari jadi aku yang ke-20 tahun even lambat tiba.

Whoaaa. Nielah muka Birthday Boy  yang bernama
Addy Azizul Jeffry Bin Kaili 
Jangan jeles. Muahahahahaha.


The Birthday Boy !
So harapan aku sepanjang usia 20 tahunku nie berlangsung sehingga umur aku bertukar menjadi 21 tahun. Wish aku rasanya belum ada lagi, tak dapat nak fikirkanlah.

  
20.12.2012 = 20 tahun. Cantik kan kombinasi nombor nie.Pada tarikh nie jugaklah aku menjadi 20 tahun.Lagi satu, terima kasih banyak-banyak kepada familyku, sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, dan sesiapa jak kawan-kawan dari FB yang wishkan untuk birthday aku. Thank you so much guys. Terharu aku.



Sekarang umur aku dah 20 tahun tapi still single lagi.Ada sesiapa nak terima "LOVE" aku tak ? Nampak macam desprate sangat. Muahahahahahaha.



So, that's all for today.Thank you. Good bye.

Friday, November 30, 2012

The Winner of the Contest

Assalamualaikum :)

Tuan punya blog kembali meng"usha" blog nie setelah menunggu selama 6 hari. Hahahaha. Ingat tak apa yang berlaku pada 6 hari yang lalu ? Jom fikir-fikir balik. Recall, recall, recall. Lah, takkanlah contest yang 6 hari lalu dah lupa, "Pertandingan Moment Picture"...hihihihi :D. Finally, contest nie berakhir jugak setelah 6 hari menunggu utusan-utusan dari blogger-blogger lain. Setelah review, hanya 4 orang blogger jak yang menyertai contest nie. Alhamdulillah biarpun contest nie tak ramai yang join tapi aku excited jugaklah sebab orang feedback di blog aku nie. Gumbiranya hati ini. Muahahahaha :P

Secara rasminya, contest ini telah "DITUTUP".Ada lagi nak join, sorry. Too late :P. Actually aku hampir lupa pasal contest nie, sibuk punya hal buat assignment yang berlambak-lambak tapi buat secara perlahan-lahan dan tenang. So, dapat jugak aku curi sedikit masa untuk menaip di blog nie. Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, jom kita (*kita ? aku sendiri jak lah :P) umumkan siapa pemenang bagi contest nie. Aku tahu semua berdebar-debar kan, lebih-lebih lagi kepada bloggers yang ikut contest nie.

Before that, aku nak umumkan calon-calon blogger yang menyertai contest nie..

Calon 1

Calon 2

Calon 3

Calon 4

Chipsmore Chuculates



So, aku dengan penuh kuasa veto memilih

"NUR AZIRAH" 


sebagai pemenang untuk contest nie. So, tuntut hadiah ngan aku nanti...okey dokey ! Bagi aku, itu adalah gambar moment yang terbaik. Bukan aku cakap gambar yang lain tak menarik atau tiada moment. Cuma itu pilihan aku. Bagi kamu, setiap gambar tue ada jalan ceritanya yang tersendiri (*macam iklan Yuna :P)Apa pun, tahniah kepada keempat-empat blogger sebab supporting aku punya contest. Thanks a lot.Huhay :D. Tapi honestly aku nak cakap, bloggers lelaki susah nak cari tau, (T_T)...sob..sob...sob. So, aku haraplah ada blogger lelaki di luar sana minta rajin-rajinkanlah diri tue menaip. Jangan jadi pemalas kalau nak jadi bloggers. Peringatan untuk diri aku jugak tue. Hihihi.

Friday, November 23, 2012

Pertandingan "MOMENT" pictures !


Hari ini, hari ini, hari ini aku nak buat 1 pertandingan picture moment yang ter"AWESOME". Huhay! Actually aku buat blog nie untuk mendapatkan kenalan-kenalan bloggers yang lain, aku tahu blog kamu memang AWESOME tahap dewa. Hihihihihi :P. So, memandangkan blog kamu dah awesome, aku nak tengok moment pictures yang terbaik pulak. Hihihihihi.

Kriteria yang aku perlukan untuk contest ini:
  • Must be a bloggers and have her/his own blogs...
  • Open to all bloggers...
  • Your blog must be "AWESOME"...

Syarat-syarat contest nie pulak ialah:
  • Gambar tue merupakan moment-moment terindah bagi pemilik blog/anda bersama rakan-rakan, keluarga atau sesiapa saja pun... That means anda mesti ada dalam gambar tersebut...
  • Gambar yang diperlukan hanyalah 1 keping sahaja dan anda mestilah membuat 1 entry mengenai gambar moment tersebut... Ceritakan tentang detik-detik terindah itu berlaku bila, dengan siapa, di mana, macam mana... (*5W 1H)...
  • Tarikh pertandingan adalah bermula 24/11/2012 - 30/11/2012 iaitu berlangsung selama 6 hari... So kepada sesiapa yang lewat menghantar entry anda, penyertaan akan terbatal secara serta-merta... 
  • Setelah selesai buat entry contest nie, hantarkan link blog anda di ruang komen bagi entry nie... Kalau tidak pun, hantarkan link blog anda di alamat email  nie addy92_ameng86@yahoo.com...
  • Pemilihan pemenang untuk contest nie adalah di tangan penganju. Keputusan adalah muktamad...

So, tunggu apa lagi. Jom ramai-ramai ikuti contest nie.
Ada hadiah yang menanti untuk para pemenang.
Jangan lupa komen tau !
Huhay !

Thursday, November 22, 2012

Domino's Pizza (D403)

Assalamualaikum guys :)

Nampak tajuk di atas. Terus rasa lapar ? Hahahaha. Pada 16/11/2012 merupakan tarikh keramat bagi bilik kami D403 when kami semua bercadang nak makan Domino's Pizza dengan duit kemenangan bilik kami sebanyak RM75.00 (*second prize). Hehehehe. Biasalah tue, sekali sekala makan besar dengan roomates. Terkenang pulak masa MDS dulu, jalan sama-sama. Sekarang nie nak jumpa di bilik pun susah, yelah kan jadual x sama. Ada roomastes yang lain fakulti lagi. So, alhamdulillah pada Jumaat yang lalu. Kami semua berkumpul makan bersama-sama. Memang bestlah time nie dapat makan bersama-sama Domino's Pizza lagi. Mantap kan. Muahahahaha. 

Kami order Domino's Pizza nie "CALL" tau. Siap hantar ke kolej lagi, mantap kan. Time sampai nie, muka kami semua excited tahap dewa nak makan pizza ni. Tunggu semua roommates ada, baru makan.



Nah, ambil kau. 2 large pizza, 2 lagi regular. 


Moment bersama-sama dengan roommates dengan muka-muka excited makan pizza  makan. Siapa yang ambil gambar ni ? Mesti kamu tertanya-tanya kan. Biarlah rahsia (*macam lagu dato siti ).






Habis semua pizza kami makan dengan lahapnya. Muahahaha. Semua kami tak makan malam semata-mata tunggu Domino's Pizza nie. Habis makan pizza nie pun, masih lapar lagi. Hahahaha, memang TAMBUK (*means TAMAK :P). Harap-harap kita berkumpul dan makan bersama-sama lagi before cuti untuk semester 1.