Saturday, January 19, 2013

Tawau, I'm Coming !

Assalamualaikum guys :)


Alhamdulillah sekarang nie aku dah selamat sampai di Tawau, aku sampai Tawau pada 18.01.2013 bersamaan pada hari Jumaat pada waktu subuh. By the way, aku actually naik kapal terbang dari KL - KK dan naik bas dari KK - Tawau. Ndak faham kah, takpa2 aku akan explain secara kronologi perjalananku untuk sampai ke Tawau. Pada hari Rabu nie, aku bersiap sedia sudah packing barang yang aku akan bawa balik Tawau. Packing punya packing, ada 4 beg jugak aku kena bawa balik Tawau, (-_-), punya banyak macam ndak mahu balik Shah Alam sudah. Hahahaha. 

Tapi apa boleh buat, bukan barangku yang aku bawa tapi barang pakcik aku yang minta kirim dari KL. Nasib badan tapi kena bawakan jugak barang tu. Before pergi ke KLIA, kami pergi makan dulu bersama-sama di area Ampang. Aku pun tak tahu nama tempat tue padahal 2 kali sudah aku pergi makan di sana. Hihihihihihi. Nie jak gambar time kami makan tue yang ada di kamera aku. Sebab kami bergambar guna kamera Azman @ Man. Makan Chicken Chop @ RM9.00. Murah kan bandingkan dengan di Tawau..:P. Kalau di Tawau nie, sudah berbelas ringgit kalau mahu makan  nie.


After dinner, kami teruskan perjalanan kami lagi pergi jalan-jalan sekitar KL. Tapi time tue aku malas nak bergambar, so roomates jaklah yang bergambar. By the way, roomates yang ikut hantar aku ialah Najib, Azman, Asrul & HanifTime tue, Wan tiada sebab dia ada banyak kerja nak siapkan & hantar pada hari esoknya. So dia tak dapat join kami & terpaksa berpisah dengan dia dari kolej lagi. (T_T), sob.sob.sob. So, pada malam Rabu tue, aku dengan roomatesku overnight di KLIA, terharunya aku dan rasa terhutang budi dengan dorang semua sebab sudi hantar aku dan tunggu sehingga aku berlepas di airport. Nasib baik Asrul ada kereta, so dia pun sudi hantar aku ke KLIA.Terima kasih banyak-banyak Asrul :D. Tidak lupa juga dengan roommates aku yang lain sebab sudi ikut hantar aku pergi ke airport.


Sampai di KLIA, aku check-in barang-barang aku & terpaksa bayar kerana overweight sebanyak 5kg. 1 kg = RM15.00, mahal kan tapi aku dah pening & batcat. Aku bayar jaklah daripada mahu fikir-fikir panjang lagi. Time keluarkan barang dari kereta, kepala aku terhantuk di belakang bonet kereta, bengkak kepala aku. Flightku jam 8.30 a.m. Bergambar dulu sambil menunggu giliran flight dipanggil. Hihihihi.





Berada dalam pesawat Boeing 737-400, tak sangka aku ingat nombor pesawat tu. 
Before jalan, aku sempat lagi snap pic dari dalam pesawat. 
Saja nak tunjukkan betapa bangganya naik kapal terbang :P


Excited  (>_<)+ Sad (T_T) meninggalkan roomates sebab 
aku orang 1st yang balik dulu daripada diorang.


Awan Addy, bukan Awan Dania. Hahahahaha.
Cantik kan pemandangan awan tue dari kapal terbang. 
Tapi yang aku nampak sepanjang dalam kapal terbang 
ialah Lautan Cina Selatan. Boring jugaklah (-_-).


Dalam kapal terbang, aku tidur jak sampai time 
makan pun stewart kejutkan aku tanya mahu makan nasi lemak @ mee. 
Sudahlah mengejutkan bangunkan aku, aku pun lambat bagi respons. 
Sempat lagi aku berfikir mahu makan apa ? Hahahahaha. 
So, dengan mukak-mukal stim, aku minta nasi lemak.
 Nampak sedap kan. Kalau naik Airasia, mana ada dapat begini. 
So, kalau mahu naik kapal terbang pergi 
ke KL atau mana2 jak, naiklah Mas. Konfom puas hati.


::: Tiba di Kota Kinabalu :::

Penerbangan dari KL - KK mengambil masa 2 jam 35 minit. Beza sikit jaklah dengan penerbangan dari KL - Tawau iaitu 2 jam 45 minit. Mesti kamu wondering kan kenapa aku ndak direct terbang ke Tawau terus, mahu juga singgah di KK. Suka hatilah aku nak singgah mana, sakit pulak hati kamu. Hahahahaha, aku singgah & turun di KK sebab aku nak balik sama-sama dengan kawan aku iaitu Muslihuddin @ Ucik dari KK - Tawau. By the way, dia study di UTM, Skudai, Johor, so tiada direct flight dari Johor - Tawau. Mesti dari Johor - KK jugak. Alhamdulillah, plan yang kami rancang berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal tapi dapat diatasi jugak. Thank you so much dengan cousin aku iaitu Nurafifa @ Mimi with her friend (*sorry tak tahu namanya) sebab sudi ambil kami 2 dari airport yang berlainan dan temankan pergi beli tiket bas :D. Kami plan mahu naik bas dari KK - Tawau, bas kami bertolak jam 7.30 p.m. Before balik tue, kami jalan-jalan dulu sekitar 1 Borneo sampai jam 6.30 p.m. Sudahlah jalan jammed, nasib baik kami sempat sampai & tiba tepat pada waktunya di stesen bas Inanam :D.


Bersama Muslihuddin @ Ucik, macam ndak percaya 
bha kami berada di KK time tue. 
Terasa macam di KL jak. :P


 Boring-boring :P


Kami sampai di Tawau pada waktu subuh lebih kurang jam 5.00 a.m lah gitu. Terasa tenang bila sampai di rumah setelah 5 bulan ndak balik rumah. Sekarang nie aku banyak luangkan masa di rumah dan habiskan masa di bilik yang lama ditinggalkan. So, sekarang aku berada di Tawau, lepas nie tunggu cerita pasal aku di Tawau, bukan lagi di Shah Alam, yang itu nanti dulu. Hahaha.

5 comments :

  1. At one fine day I will follow you guys travelling to Sabah .. Tawau especially :)Just waiting for me ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha..okey dokey yazid...waiting for you come to Tawau... :D

      Delete
  2. hahaha.......mkn marybrown jumpa bdk balung.....

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha...itu yang bat shock tue ucik...

    ReplyDelete