Wednesday, January 23, 2013

Cuti Semester 1

Assalamualaikum guys :)


Alhamdulillah habis sudah examination semester 1 dan habis jugak untuk aku bergelar sebagai mahasiswa semester 1.Tak sangka aku dapat menempuhi hidup selama 5 bulan di UiTM Shah Alam. For honestly, kalau aku stress & tension dengan assignment yang berlambak-lambak, aku akan keluar dari bilik dan berjalan-jalan sekitar taman bagi menghilangkan rasa stress tu. Kalau tidak pun, aku akan duduk bilik sambil dengar lagu dan online Facebook yang menjadi peneman setia konon di waktu stress. Time duduk di UiTM, semangat "HOMESICK" aku tu melanda di final examination, aku pun ndak tahu lah kenapa tiba-tiba boleh "HOMESICK", sampai aku ndak boleh fokus dengan study. Hahahahahahaa, sampai aku beli tiket baru semata-mata mahu balik awal ke Tawau, Sabah. 

Dalam perancangan pertama, aku mahu balik 30.01.2013 tapi bila tengok kawan-kawan aku yang lain balik awal pergi Tawau, so aku pun change plan & balik pada 17.01.2013. Hihihihihi :P. Tapi bila sampai di rumah nie, lain pulak kejadiannya, ndak sama seperti apa yang diimaginasikan, dush ! Time di universiti, macam-macam mahu dibuat bila sampai hometown, mahu kerjalah, mahu makan itulah, makan inilah, minum itulah,minum inilah, jumpa kawan dari U lain lah, lepak dengan kawanlah (*yang ini ada jadi :P) tapi semua tue indah khabar dari rupa. Ala, masih awal lagi untuk berlepak bersama-sama kan @ aku yang terlalu excited mahu berjumpa dengan kawan-kawan & terasa lamanya masa berjalan :P. Maybe dalam seminggu @ 2 minggu, kawan-kawan yang lain mahu spend time di rumah sebab lama betul dah tinggalkan rumah masing-masing, am I right ? Same as me, nak lepaskan dulu rindu yang lama terkubur di hati ini. Muahahahahahaha :P.


Senyuman itu satu sedekah :)

Selama 6 hari aku berada di Tawau, rasanya baru 2 kali aku jalan keluar, itu pun time waktu petang dan malam. Just around the corner jak. So, sekarang nie 2 hari dah aku terperuk di dalam rumah dengan menghadapkan muka dengan FACEBOOK, TV & BLOG kesayangan nie. Lupa plak, macam mana dengan HANDPHONE, handphone aku hanya akan berdering kalau orang call atau bila perlu sahaja aku nak gunakan. Kalau ada orang sms, aku smslah balik tapi kalau malas, I just leave it. You are so mean, ADDY ! Bukannya aku jahat or apakah (*perasaan baik, dush :P) tapi ndak tawlah, macam aku malas, bukan malas tapi kurang rajin nak membalas sms orang. Ngeh ngeh ngeh :3. Sorrylah yah ladies & gentleman, kalau orang cakap bosannya hidupmu, cakap balik dengan diorang "Hidup aku tak bosan, cuma aku jak yang tidak ceriakannya" Okey, itu tips tu & 1 motivation. So, that's for today, tiba-tiba plak idea mencurah-curah & semangat berkobar-kobar nak menaip di blog ni. Maybe terlalu boring di rumah. Tulah dapat ilham tu, uwekkk :P

2 comments :