Friday, May 24, 2013

Cuti Lagi :3

Assalammualaikum guys :D

Cuti lagi, lagi lagi cuti, UiTM nie asyik cuti jak. Hahahahaha, kerja aku merungut jak. Kalau tiada cuti, membebel pulak sebab masa dibagi rehat untuk student. Kalau ada cuti pulak, membebel jugak sebab kali-kali cuti. -_-, begitulah student kan. Sila jangan tipu diri anda, mengaku jak yang anda pun begitu kan. Tapi cuti kali nie sempena cuti Hari Wesak, Pesta Kaamatan untuk Sabahan dan juga Hari Gawai untuk Sarawakian selama 1 minggu start dari 24  Mei - 2 Jun. Kira lama jugak kan. So, aku as usual tidak balik ke Tawau tapi akan stay di kolej selama seminggu. Biasalah, anak perantauan kan :D. Konon-konon survivor di tempat orang, padahal mengeluh dan sedih jugak ndak dapat balik rumah. Menyampah. 

Okey, stop bercakap mengenai balik-balik rumah nie, bikin sedih jak. Better aku cerita mengenai aktiviti yang bakal aku ikuti selama 4 hari di Johor. Aku ndak taulah macam mana aktiviti nie, tapi kalau dibaca tentatif program nie lebih kepada alam sekitar. Nantilah kalau habis aku balik dari program nie, aku akan ceritakan semuanya dari A - Z mengenai program nie. Okey dokey. Program tue bermula pada 25 - 28 Mei 2013, 4 hari 3 malam lah program tue dijalankan. Harap-harap program tue best dan tidak mengecewakan aku sebab nanti aku salahkan pulak program tue sebab program tue aku ndak siap assignment, baru timbul rasa menyesal ikut program tue. Aku ndak mahu begitu, kesian orang yang merancang program tue, kan. 

Bercakap mengenai assignment, assignment opcosnya berlambak. Habis cuti nie, aku kena submit 6 assignment tapi nie semua assignment grouping kecuali satu jak bukan yang mana kami kena design bulat-bulat magazine yang ada di pasaran dan gantikan dengan gambar kami, maksudnya di sini, kami lah yang menjadi cover untuk magazine tue, muahahahaha. Untuk yang individual, semuanya sudah submit. habis cuti nie, kami ada masa selama 3 minggu 4 hari jak lagi untuk study. 3 minggu untuk sesi kuliah dan 4 hari untuk minggu revision. Lepas tue, cuti semester. Tapi yang sedihnya, kami start exam pada 26 Jun 2013 dan pada masa tue pulak, budak-budak U lain dah habis exam. Dorang dah bersorak-sorak horey-horey balik ke rumah tapi kami pulak berteriak-teriak dengan soalan-soalan exam yang pastinya "killer" question. Muahahahahaha. Ndak pa, kami boleh harungi semua nie.

By the way, kepada semua warga UiTM, selamat bercuti dengan assignment-assignment anda yang berlambak-lambak. Jangan lupa siapkan dan hantar pada waktu  yang ditetapkan oleh lecturer. Nanti ndak diterima, baru menyesal. Hahahahaha, peringatan untuk diri sendiri jugak. Happy holidays :D.


By the way, gambar nie bukan aksi lucah, okey. Fahami mesej yang disampaikan, okey. Bukan nak bagi tunjuk boxer tue tapi time tue tengah betulkan seluar tue tapi aku suka gambar nie sebab itulah aku masukkan. Muahahahaha. Jangan fikir-fikir yang bukan-bukan dan sesiapa yang ambil gambar nie dan edit gambar nie. Memang nahaslah. Aku bukan marah nie tau tapi tegas. Plagiarism can happen everywhere. Ndak taulah betulkah ayatku nie, aku main hantam jak taip nie. Okey dokey, that's all for today. Once again, selamat bercuti.

No comments :

Post a Comment