Thursday, May 9, 2013

Galeri Kuala Lumpur

Assalammualaikum guys :)

Hari nie aku update cerita yang telah lama tertinggal dalam blog nie, aku just save and buat entry lain, ndak tahulah kenapa aku malas betul mahu menaip pasal tajuk nie. Tapi alhamdulillah hari nie terdetik jugak di hatiku mahu menaip di blog nie. Muahahahaha :P. Baru nak terhegeh-hegeh buat balik pasal cerita nie. Actually pada cuti Mid-Term yang lalu bersamaan hari Khamis, tarikhnya aku lupa dah bila. Malas nak tengok balik tarikh gambar nie diambil :3. So, aku & Alif pergi ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak di Kuala Lumpur, eyalah, takkanlah Galeri Kuala Lumpur terletak di Kuala Kangsar kan. First, Alif nak minta tolong teman ambilkan gambar untuk assignment dia tapi bila dah lupa arah tujuan, macam-macam jak tempat yang dipergi. Memang kita begitulah selalunya, niat mahu buat kerja, tapi bila tengok benda lain, niat dah menyimpang :3. Kan, kan, kan :P. Time tue kami just jalan-jalan & fikir nak take shoot di mana ? 

Tapi bila nampak Galeri Kuala Lumpur, masuk dululah, lama lagi, sempat jugak nanti ambil gambar. Sudahlah masuk pun "PERCUMA", siapa yang tak mahu masuk kanm rugilah :P. Tapi bila masuk galeri tue, memang excitedlah, bukan excited apa tapi terasa best sebab tengok hasil-hasil karya orang dipaparkan. Amazing :D. Muahahahaha. I'm telling the truth even I laugh. Kalau tidak percaya, kamu pergilah tengok sendiri dan alami semua tue. Antara perkara yang menarik perhatian aku ialah gambar di bawah nie. Perkataan KUALA LUMPUR tue dibuat menggunakan mentol lampu dan bagi aku sangat-sangat kreatif, lebih-lebih lagi benda tue dilekat di atas siling. Memang mantaplah :D. By the way, susah tau mahu capture gambar KUALA LUMPUR nie, kalau boleh baring time ambil gambar, aku akan baring tapi nasib baiklah aku dapat sudut yang cantik untuk ambil gambar nie, credit untuk diri sendiri :3. Beli SNICKERS untuk diri sendiri, muahahahaha :P.



Then, kami jalan lagi pergi ke tayangan video mengenai Kuala Lumpur, apa tempat-tempat menarik yang terdapat di Kota Kuala Lumpur. Tayangan tue berlangsung selama 1 minit dan masuk adalah "FREE", so tidak rugi kalau anda semua masuk ke dalam dan tengok tayangan video mengenai Kuala Lumpur, sedikit sebanyak membagi anda semangat untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Masin dah lidah aku kali-kali sebut Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, kan lagi senang sebut jak KL :3. Please queue here and silent !


Nie adalah model kecil KL, infrastruktur yang semakin berkembang dan berkembang. Cubalah Tawau macam begini kan, insha-Allah 10 tahun akan datang, amin. Harap-harap berubahlah bandar Tawau tue menjadi macam bandar KL. Gumbira jugak hati nie kalau balik ke Tawau, ada jugak tempat-tempat lepak yang baru dan besar. Tapi kalau 10 tahun akan datang, umur aku dalam 30 tahun ++ dah, maybe berumahtangga dah time tue dan beranak-pinak. Amboi tinggi pulak angan-angan tue. Tak salah kan berangan-angan cuma jangan jadi macam Mat Jenin. Okey ! Nice model of KL. Aku tabik springgggg :3.




Habis jak tayangan video tue, kami turun balik ke bawah untuk tengok-tengok souvenir, honestly memang banyak souvenir di sini dengan harga yang berpatutan. That means kita semua mampu beli kalau ada duit tambahan. So kalau nak pergi ke galeri nie, sediakanlah duit dalam RM50 -RM100 untuk membeli souvenir yang menyebabkan mata anda menjadi rambang dan kalau dicucuk guna jarum pun,masih jugak tetap rambang. Muahahahahaha :P. Saja nak ambil gambar berdua, memandangkan tiada siapa yang boleh tolong ambilkan gambar bersama, terpaksalah bergambar depan cermin.  Muahahahaha :P.


Nie adalah antara souviner yang terdapat di galari tue, bolehlah usha-usha gambar-gambar yang sempat aku tangkap. So, just scroll mouse anda ke bawah untuk melihat gambar-gambar tue, so at least kamu tahu apa souvenir yang dijual di sana. Boleh shopping-mopping nanti. Huhay :D. Kalau banyak duit, belilah apa yang kamu suka tapi kalau nak save bajet, belilah 1 or 2 souvenir buat kenang-kenangan dan sebagai tanda kamu telah menjejakkan kaki ke Galeri Kuala Lumpur.







Selamat Datang ke Kuala Lumpur City Gallery, sorrylah banyak barang yang aku hold time tue, actually aku nak pergi UKM lepas tue, so aku bawalah barang yang aku perlukan masa di sana. Siap dengan beg laptop dan beg belakang yang beratnya bukan alang-alang tapi aku kan kuat :3, boleh jak bawa beg tue, ala 2 beg jak pun. Simple the mimple dressing aku. Cukup senang untuk berjalan kaki sambil menikmati peluh yang membasahi badan dan pemandangan KL yang menakjubkan. :D.



Okey, arigato hozaimas. 
Terima kasih dan datang lagi (*ayat tambahan sendiri :P).


So, jangan lupa berkunjung ke Galeri Kuala Lumpur, tidak sia-sia kalau berjalan ke situ. Kalau ada masa, datanglah ke galeri nie dan nikmati segalanya, cheeewwaaaah, ayat meng"ayat", muahahahahaha. So, it's all depend kepada kamu nak datang or not. Mana boleh paksa kalau orang tidak mahu pergi kan. So, make your own choice and decide. Selamat berjimba-jimba dan berlari-lari ke Galeri Kuala Lumpur.Okey. That's all for today guys. Wasalam :)

2 comments :

  1. dalam perancangan melawat KL ... tQ info pasal galeri Kuala Lumpur

    ReplyDelete