Monday, May 20, 2013

Majlis Penutupan SUKOL 2013

Assalamualaikum guys :)

Alhamdulillah majlis penutupan SUKOL 2013 telah sempurna dirasmikan oleh Datuk TNC UiTM. Setelah berhempas pulas dengan SUKOL selama hampir 2 minggu, akhirnya SUKOL telah melabuhkan tirainya. Tapiu aku tidaklah berhempas pulas sangat, tapi kawan-kawan aku yang lain dan peserta-peserta yang mengikuti acara-acara SUKOL sebab aku hanya menguruskan bahagian Larian Malam SUKOL yang berlangsung pada 16 Mei 2013 pada pukul 6.00 p.m. By the way, aku dapat wrong information mengenai larian tue, aku ingatkan jam 8.00 p.m baru start Larian Malam SUKOL, sudah terang lagi bersuluh perkataan "MALAM" dalam ayat tue. So, aku expect mesti Larian Malam SUKOL nie akan diadakan pada waktu malam. Tapi ndak palah, apa boleh buat ? Salah diri aku jugaklah sebab tidak "alert" dengan  makluman semasa. Okey, stop bercakap or bercerita mengenai Larian Malam SUKOL. Aku mahu cerita pasal tajuk di atas nie iaitu mengenai " Majlis Penutupan SUKOL 2013".

So, kami semua berkumpul di Stadium UiTM dalam pukul 8.00 lebihlah gitu. Time pergi tue, aku ikut dengan Iman, budak bilik aku pergi ke stadium tue naik motor. Time kami sampai tue, semua kontinjen daripada setiap kolej dah berbaris. Terpinga-pinga jugak mencari di mana  kontinjen Kolej Meranti, nasib baik bila MC tue sebut Kolej Meranti, semua budak-budak kolej bersorak dan berteriak-teriak. So, nampaklah kelibat budak-budak kolej.


Gimik yang dibuat semasa majlis penutupan tue. Helikopter yang bawa "banting" tue, lama kena tunggu sebab take time untuk "banting" tue jatuh ke bawah. Tunggu punya tunggu, akhirnya jatuh jugak. Nasib baik aku sempat capture, bangga sikit :P. by the way, kesian komander-komander yang terpaksa berdiri jak time perbarisan tue. Ndak pa, aku tahu kamu strong dan gigih bekerja :D. Hihihihi :D.


Bersama dengan senior aku, Harun. Sarawakian, okey. Macam-macam mimik mukalah kami buat dengan muka innocent dan muka tak tahu malu. By the way, abaikan kening aku yang secara tiba-tiba menjadi panjang. Actually, aku bersihkan muka aku tue daripada cat tue, aku ingatkan semua dah bersih. Bila tengok-tengok gambar balik, baru perasan yang kening tue bertambah panjang. Salah orang lain sebab time aku bersihkan tue cat, aku tanya ngan budak-budak nie "Ada masihkah cat di mukaku ?", dia cakap "Tiada, bersih dah". Bersih apanya kalau kening aku pelik. Kalau malas dah membaca entry nie, just roll your mouse and see all the pictures, then go away. 






Bersama dengan Pengetua Kolej Meranti, Encik Irwan Zakaria yang sangat-sangat sporting dan baik. Bukan  bertujuan untuk mengampu ya tapi memang betul. Pengetua dan staff-staff lain yang banyak membantu kami semasa berlangsungnya SUKOL nie. Even bukan juara keseluruhan tapi bestlah sebab dapat hangout dengan kawan-kawan yang lain dan berkumpul beramai-ramai. Memang daebak !



Saja nak buat gimik sekejap, konon-kononnya nak lari untuk SUKOL. Muahahahaha. Ndak pa, tahun depan boleh cuba lagi bila ada SUKOL lagi. Hahahahahaha. Semangat berkobar-kobar time pakai windbreaker nie. Time sampai di kolej, baru berpeluang pakai windbreaker nie.


Time habis jak majlis penutupan SUKOL tue, pengetua kolej kami suruh kami semua pergi ke dewan untuk ambil makanan. So, makanan yang disediakan oleh pihak Kolej Meranti ialah Kentucky Fried Chicken (KFC). Saja nak eja panjang-panjang. Bagi ayat padat sikit. Muahahahaha. Thank you so much pihak Kolej Meranti sebab spend kami makan KFC. Time dapat jak KFC, semua diam dan khusyuk makan. Eyalah, sudah tadi di stadium berteriak-teriak macam apa jak, tenaga pun hilang. Bila dapat makanan, bunyi mulut mengunyah jak didengar. Hihihihihi. 


KFC yang so yum-yummy.



That's all for today. Sorrylah guys. Actually aku mahu update semalam tapi oleh kerana terlalu penat dan masalah line internet. Aku terpaksa simpan jak story nie. Sekarang pukul 4.52 a.m. Baru aku mahu melabuhkan badan di atas katil yang dari tadi memanggil-manggil aku. By the way, sorrylah kalau cerita nie tunggang langgang sebab aku kejap-kejap tidur sambil buat karangan nie. Muahahahaha. So, malas nak scroll balik dari bawah sampai ke atas dan malas nak betulkan tatabahasa aku. Just want to say, Good Morning, Monday.

No comments :

Post a Comment