Sunday, May 5, 2013

Malaysia International Book Fair at PWTC

Assalammualaikum guys...

Baru dapat update blog nie lagi setelah sekian lama menghilang.So, hari nie aku akan sharekan pengalaman aku semasa berada di Malaysia International Book Fair pada hari Jumaat baru-baru nie.Honestly, nie 1st time aku menjejakkan kaki di PWTC. Sebab selalunya kalau berjalan pergi Berjaya Times Square, Midvalley dan Masjid Jamek yang sememangnya familiar ngan akulah untuk ber"shopping" baju-baju yang murah jak. Mak nok tak mampu nak beli yang mahal-mahal macam TOPMAN, ZARA, UNIQLO dan seumpamanya...Hanya mampu beli baju-baju di Brand Outlet, F.O.S, Giordano dan seumpamanya, itu pun tunggu sales jak baru beli. Okey-okey, berhenti cakap pasal shopping-shopping baju nie, kita cerita pasal shopping-shopping buku yang lagi bermanfaat kepada diri kita. Cheewwwaaaahhhh, statement kau, kelas gitu !

Malaysia International Book Fair (*MIBF) berlangsung di PWTC selama 10 hari (26 April - 05 Mei 2013). Bermula dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. So hari nielah last dha book fair tue berlangsung di PWTC. So, aku pergi bersama dengan kawan aku perempuan Najwa dari kelas minor yang sama iaitu "PUBLISHING". 1st ingat dia bawa kawannya pergi bersama ke PWTC tue. Rupa-rupanya  tidak, sama jugak macam aku, tak tahu nak ajak sapa. Groupmates aku semua ada hal masing-masing. So, aku yang tiada hal nie pergilah mencari hal dan menyibukkan diri di PWTC tue. Saja nak menyemak suasana di sana, mana tau boleh samun beberapa buah buku kan. Berguna jugak untuk diri aku, weiiihhhh :P.

So, kami berdua memang 1st time naik LRT pergi sana tapi Najwa pernah pergi book fair tue tapi time tue dia naik kereta ngan kawannya pergi sana. Yang aku pulak, 1st time pergi ke sana, so pasal laluan tue aku kureng sikit kalau naik LRT. Tapi nasib baik ada MAP laluan yang berguna dan memudahkan lagi perjalanan kami. Dalam KL Sentral tue pun boleh sesat sebab bengang nak naik LRT atau KTM untuk pergi ke PWTC tue, so we choose to take LRT sebab direct sampai ke PWTC LRT station dan dalam bas tadi pun, jalan sesak gila. Kurang atau lebih 1 jam duduk dalam bas dari Shah Alam ke KL Sentral disebabkan oleh kesesakan lalu lintas. Kan time tue orang berpusu-pusu balik ke negeri masing-masing untuk balik mengundi, so jalan pun sesak. Tapi aku tak tahu sangatlah sebab time tue aku tidur dalam bas, nikmatnya tidur walaupun tidaklah selesa sangat tapi oleh kerana penat sudah menguasai, konfomnya aku akan tidur :P. Tadaaaaaa, here we are ! On the way go to PWTC. Semangat berkobar-kobar macam orang sakai. (T_T) sobs, sobs, sobs.


Nasib baik aku sempat jugak pergi ke book fair tue, aku bukan pergi untuk suka-suka tapi untuk mencari publisher yang menerbitkan buku fiksyen @ fiction. Alhamdulillah, berjaya jugak aku mencari publisher yang menerbiktan buku-buku fictions. Insha-Allah dalam masa terdekat nie kami (groupmates) akan interview publisher tue, dalam masa terdekat, terdekat, okey ! So, first time masuk tue, mata dah rambang nak cari buku apa yang ingin dibaca, konon-kononnya nak menjadi seorang ulat buku dan menjadikan amalan membaca sebagai amalan dalam kehidupan, kononnya. Tapi ndak tahu jugaklah sebab mutakhir nie, aku suka membaca buku, maksud aku, novel-novel, buku-buku keagamaan dan komik-komik yang menjadi tatapan mata aku tapi kalau baca buku subjek kos aku, memang ndaklah jawabnya. Makin mengantuk jak kalau aku membaca. Muahahahaha :P.

So, time berjalan-jalan ke booth-booth publisher buku, aku terjumpa booth nie.  #JelajahLejenFixi. Memang excited gila lah sebab terjumpa booth nie, padahal buku-buku Fixi nie boleh didapati di MPH or others book store, cuma time tue ada goodie bag dan baju-baju Fixi menjadikan salah satu tarikan jugak. Rasa macam mahu grab jak semua buku di booth Fixi tapi oleh kerana bajet yang tidak menyebelahi aku, aku pun beli 1 buku dari booth nie dan berjumpa dengan publisher buku nie, siap minta kad lagi bagi memudahkan untuk menghubungi dorang. Sebab aku choose publisher Fixi nie sebagai kajian untuk assignment aku, sesuai dengan tajuk publishing grouping aku iaitu, fiction books.

Sempat juga aku take pic booth Fixi nie, by the way, sekiranya anda berminat nak baca buku-buku terbitan Fixi nie, kamu boleh buka Facebook Fixi dan memilih buku apa kamu berminat dan boleh order sekali di Facebooj Fixi nie. Senang kan ? So, tak perlu susah pergi ke kedai untuk beli buku sekiranya diri anda menjadi pemalas untuk berjalan. Hee :P.
Selesai jak urusan aku di booth nie, aku & Najwa pergi me"round" lagi, eyalah bukan setakat local publisher tapi international publisher pun ada tau tapi aku ndak alert sangat pasal international publisher tue sebab kebanyakkan buku-buku dorang lebih kepada akademik, so I'm far, far too far from that kind of readers. Muahahahaha :P.


Okey, nie pulak time aku di booth Gempak Starz. Macam-macam komik menarik perhatian aku. Tapi aku just pilih 1 jak buku komik, iaitu Lawak Kampus : Friends Edition. Siap boleh conteng-conteng lagi di dalam buku ngan kawan-kawan sebagai moments bersama. Nice :D. Lagi satu, kertas yang digunakan untuk buku special sikit daripada buku-buku Lawak Kampus yang lain sebab buku nie guna glossy paper, so warna buku tue menarik dan mengancam, auuucccchhhhhh ! :3. 


Nielah senarai buku yang aku dah samun secara berbayar di MIBF nie, so puas hati jugaklah buat sementara waktu sebab ada bahan bacaan untuk dibaca. Sekarang nie aku dalam proses membaca buku "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps". Insha-Allah lepas aku habiskan baca keempat-empat buah buku nie, aku akan cari lagi buku-buku baru untuk dibaca. Muahahahaha, nampak lagak di situ :3. 






Nie pulak souvenir selepas aku membeli buku dari Gempak Starz dan Fixi. Aku nak simpan dan ndak mahu guna untuk salin note atau apa-apalah. Better simpan, buat kenangan. Muahahahaha. Sebab aku tak tahu lagi bila akan ada MIBF nie lagi berlangsung, so kena alert  untuk bab nie. Boleh sediakan nanti duit yang secukupnya untuk membeli buku yang diidam-idamkan. Mantap gitu lorh :P.


So kepada sesiapa yang pergi MIBF nie, pergilah hari nie sebab hari nie last day MIBF tue berlangsung. Mana tau ada sales yang gila-gila untuk buku-buku yang ada di sana, boleh grab banyak-banyak sampai gila membaca. Macam dalam book paradise. So, tunggu apa lagi, pergilah serang MIBF di PWTC, bukan serang secara illegal tapi sah dengan membawa duit yang secukupnya untuk membeli buku dan tambang balik nanti. Nanti semua buku dapat tapi tiada pulak duit tambang balik. So, asingkan duit untuk buku dan tambang + makan + benda-benda lain :D, pandai pulak aku bagi nasihat nie... Weeeee :P. So, sampai sini jaklah aku cerita pengalaman aku & Najwa (*aku rasa aku ndak banyak cakap pasal dia, lebih kepada aku jak :3, sorry), lain kali aku share lagi kalau kerajinan aku datang. Okey ! By the way, sorry guys sebab aku ndak ambil gambar sangat sebab excited nak cari buku, so mahu gambar pun lupa. Weeeee ! Bye :D

- End for this chapter - 

3 comments :