Monday, May 20, 2013

My Wishlist Still In Proceed

Assalamualaikum guys :)

So how your holiday's ? Kalau budak-budak U mesti dipenuhi dengan assignment yang berlambak-lambak ditambah lagi dengan sikap pemalas yang melekat dalam diri tue, memang ndak siap-siaplah assignment tue :3. So, rajin-rajinkanlah diri kita untuk menyiapkan assignment yang berlambak-lambak sangat tue, muahahahaha. Teguran untuk diri sendiri jugak. By the way, dah masuk 2 bulan dah aku meninggalkan rumah yang tersayang di Tawau. Ndak pa, insha-Allah cuti semester nanti, aku balik dengan selamatnya sampai di rumah dan berguling-guling di atas katil aku sampai aku terhempas ke bawah, baru aku stop -_-. Hahahahaha, saja jak gurau. Gila apa aku mahu berguling sampai terhempas baru mahu stop, menyakitkan badan jak. Kalau tough tadi ndak kisah jugak tapi sudahlah badan kurus kering, bersemangat jugak mahu berguling -guling sampai terhempas (*ayat yang sama berulang-ulang :P).

Sudahlah cuti mid-term pada 20 April - 28 April aku ndak balik, nanti ada cuti lagi bulan 5. Bermula dari 27 Mei - 2 Jun pun aku ndak balik. Well, I'm a survivor but not a predator, okey ! Muahahahaha. Kalau aku balik Tawau sekali pun, bukan ada buat apa-apa jugak, paling-paling pun stay di rumah jak layan Facebook, Twitter dan sebagainya. So better aku stay di kolej jak buat assignment, study, study, study dan study dan berjalan-jalan ke Kota Kuala Lumpur kalau ada duit lebih daripada aku membazirkan duit beli tiket kapal terbang, better aku gunakan duit tue untuk berjalan-jalan di sekitar semenanjung, itu pun kalau ada lah. Hihihihihi. Sila baca tajuk entry di atas, mesti kamu semua ada wishlist kan. Ala, konfom mesti ada punya, kan. But wishlist aku masih difikirkan lagi. Bukan tiada, ada tapi mungkin terlalu banyak dan belum ada yang spesifik lagi. So, aku belum boleh buat wishlist aku lagi tapi jangan risau nanti aku akan update mengenai wishlist nie, okey ! Baru nak listkan apa wishlist aku, muahahahahaha. 



Begitulah muka aku listkan wishlist aku dan memikirkan apa yang betul-betul aku nak capai untuk masa terdekat, masa terpanjang dan sepanjang tahun 2013 nie. Mudah-mudahan apa yang aku wishkan untuk tahun berjalan dengan lancar dan kalau tidak dapat dilaksanakan, insha-Allah aku akan bawa ke tahun hadapan until wish aku tue tercapai. Rasanya itu jak aku nak tulis, malas mahu tulis panjang-panjang sebab tiada idea aku mahu mencarut untuk entry kali nie. Selamat hari Isnin dan mulakan hari kerja anda dengan doa dan kepada budak-budak universiti, ndak lama lagi kan cuti selama seminggu, siapkan assignment yang berlambak-lambak supaya cuti dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan tidak terpinga-pinga habis cuti nanti. Okey, jangan lupa study, ndak lama lagi exam untuk final.

No comments :

Post a Comment