Friday, November 8, 2013

Cafe Kasturi, Shah Alam, Selangor


Assalamualaikum guys :D

Hehehehehe, well post hari nie mengenai makan. Hahahaha. Tadi aku pergi makan di kedai nie dengan kawan-kawan kolej aku. Makanan di kedai nie not bad at all, memang sedap. So, memang tak rugilah kalau pergi makan di sini. Nama kedai nie KASTURI, terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Berdekatan dengan kedai Molek, tapi kedai kena terletak di tengah-tengah kedai yang lain. Memang kena alert, takut tak terjumpa pulak kan. Kalau nak senang, cari jaklah signboard kedai KASTURI nie. 


Suasana kedainya santai dan tenang. So, time makan memang tenanglah tanpa ada sebarang gangguan :D. Time kami pergi tue, tak ramai sangat orang yang datang makan tapi para pelanggannya tak pandai putus. Orang keluar masuk jak kedai Kasturi nie. Kedainya pun tak terlalu "crowded" dengan bermacam-macam jenis perhiasan, maybe bagi memudahkan orang untuk lalu dan makan di situ. 


So, aku choose untuk makan Kuehtiaw Kungfu sebab abang, pekerja restoran tue yang recommendkan untuk makan kuehtiaw Kungfu nie sebab menurut abang tue ramai orang yang take order Kuehtiaw Kungfu  di kedai tue. Aku pun pesanlah mengikut apa yang abang tue recommendkan untuk aku. Hehehehe. Honestly, Kuehtiaw Kungfu kedai nie memang sedap tapi tak tahulah pulak kalau kamu yang rasa kan, maybe ada yang kata sedap, ada yang kata tak sedap, ada yang kata biasa jer atau seumpamanya. Setiapa orang ada citarasa masing-masing tapi bagi aku, Kuehtiaw Kungfu di kedai Kasturi nie memang sedap. Kepada sesiapa yang penggemar Kuehtiaw Kungfu, memang kena try makan Kuehtiaw Kungfu di restoran nie. Memang tidak rugi tapi jangan lupa bayar. Hahahaha. 


Nasi Goreng U.S.A. Nie bukan aku yang order tapi kawan aku yang order. 


Kalau nak makan makanan yang lain, jangan risau disediakan menu yang ada pelbagai jenis makanan yang dapat mengenyangkan. By the way, harga makanan yang kedai nie provide memang berpatutan dan semua orang mampu makan di kedai nie.


Bersama dengan Hidayat, muka khusyuk tengok berita ambil makan time tue. 




Ini pula seorang lagi kawan yang makan bersama-sama, Insan. Muka takut nak senyum atau lapar sangat nie sampai senyum pun paksa. Hihihihi :P


Nampak sangat muka berlakon makan, padahal tangan dah bergeletar pegang sudu tue sebab lambat betul diambil gambarnya. Hahahaha. 


Khusyuk makan, perut dah lapar sangat, tak mampu nak tahan-tahan lagi. Hehehehe :D


Aku rasa makanan yang kedai nie provide memang typical dan sama jak di mana-mana kedai makan atau restoran. Tapi sekali sekala cuba makan di kedai lain pun tak pa kan, rasanya lagi better sebab kita boleh bandingkan dari harga, kesedapan makanan dan juga kuantiti makanan yang dijual tue in every kedai makan atau restoran. By the way kita boleh save budget dengan menikmati makanan yang sedap-sedap, kan. Selamat mencuba dan kalau boleh datang lah makan ke kedai Kasturi nie untuk mencuba makanan yang ada di sini. Okeylah sampai sini jaklah entry aku kali nie, lain kali aku akan share lagi kalau aku pergi makan di tempat-tempat lain. Okey. See you guys around :D.

- End for this chapter -

1 comment :

  1. ok.. mcm menarik. apa yg plg sedap? kedai kopi pak ngah seksyen 8 dkt ngan ipk pn best gak.suasana kedai mmg santai. tambah order nasi grg ayam panggang..mmg sedapp.hehe

    ReplyDelete