Sunday, November 10, 2013

IKEA Meatballs, Damansara, Selangor

Assalamualaikum guys :)


Well, entry kali pasal makanan lagi, hari tue dah pasal makanan. Hahahaha. Blog aku nie dah jadi segmen makan-makan, kalah AFC atau Jalan-Jalan Cari Makan. Hehehehe. So, tempat yang aku pergi kali nie ialah IKEA. Aku pergi masa hari Jumaat yag lalu. Dari semester 1 lagi aku nak pergi ke tempat nie sebab selalu dengar kawan-kawan se"fakulti' cakap meatballs IKEA sedap tahap nak mampus, sedap yang betul-betul sedap, cuma tiada kenderaan atau kawan nak pergi sama-sama ke IKEA tue. Hehehehe. Aku rasa ramai dah tahu pasal meatballs IKEA nie, aku jak yang ketinggalan zaman dan jakun pasal meatballs nie. Tapi alhamdulillah hari nie tercapai juga hajat nak makan meatballs IKEA yang sedap-modap tue seperti orang cakap. 




Actually perkara nie tak dirancang pun nak pergi IKEA, tiba-tiba jak kawan aku, Asrul ajak pergi makan di sana. Dia cakap dia teringin nak makan meatballs. Aku pun layanlah sebab sudah lama mahu pergi makan meatballs IKEA dan akhirnya tercapai juga. Laluan nak pergi ambil makanan, stylenya sama macam style orang putih makan atas dulang dan beratur nak pilih makanan apa yang nak dimakan. After that, beratur untuk bayar makanan yang diprovidekan oleh IKEA. Hehehehe :)




Harga untuk meatballs tue RM14.00, 15 biji. Murah tau. Kalau nak order selain daripada meatball, ada juga menu yang lain disediakan. Ikut pilihan sendiri, kalau terasa mahu makan meatball, beli lah meatball tapi jangan order banyak-banyak nanti ndak habis, memang rugi lah. Makan panas-panas lagi sedap.



Tempat makan disediakan tapi ken awal datang lah sebab nanti ramai orang, susah nak cari tempat duduk. Kalau tak pun, just beli dan take away. Makan di rumah atau makan dalam kereta jak. Hahahaha.



Inilah meatballs yang orang-orang selalu cakap tue. Memang sedap. Tunggu apa lagi, pergilah ke IKEA sekarang, makan meatballs nie. Nyum-nyum :D




Muka excited konon makan IKEA :P. Actually time nie aku sudah kenyang sangat tapi disebabkan tidak mahu membazir, aku makan juga semua meatball tue. Rugi lah kalau makan habis. 



After makan, kami jalan-jalan sekitar IKEA, tengok barang-barang yang boleh digrab. First nak beli meja tapi berfikir malas nak bawa balik. So, lupakan saja hasrat nak beli meja tue. Kalau tak dapat beli meja, beli makanan pun boleh. Hihihihi :D


So, kalau teringin nak makan meatballs IKEA, datanglah ke IKEA yang terletak di Damansara. Bersebelahan dengan The Curve dan One Utama, nanti boleh jalan-jalan pergi mall nie . Ini link FB untuk Meatballs IKEA, so boleh tengok menu-menu yang diorang provide mengikut citarasa anda semua. Okey, that's all for today. Goodbye.

4 comments :