Monday, January 28, 2013

It's Them !

Assalamualaikum guys :)

Hihihihi, baru nak update blog nie. Jam sekarang menunjukkan jam 3.00 a.m tepat. Setelah 2 hari aku silent mood jap, sebab nak idea atau ilham untuk dikongsikan bersama dalam blog. Lama jugak aku berfikir kan, muahahahaha. Aku tahu ada yang rindu nak baca blog nie. DUSH ! Tamparan buat muka sendiri. Perasan x 2 billion. Saja jak, nak bagi diri ni rasa "FAMOUS" jap. Muahahahaha. So, seperti yang aku janjikan kepada pembaca-pembaca blog aku nie, aku ada lagi nak sharekan bersama anda semua. Nampak gambar di bawah ni, diorang ni merupakan kawanku dari sekolah yang tercinta iaitu SMK Balung, Tawau, Sabah. (*take note)Yang sebelah kanan dari hadapan laptop anda, namanya ialah Hamsir Hamid dan sebelah kiri dari hadapan laptop anda ialah Jefry Jaafar (*this one also take note)

Ada sesiapa yang kenal mereka, sila angkat ibu jari kaki anda. Dorang ni 1 kelas dengan aku time form 6 dulu tapi yang si Jefry tu pernah sekelas dengan aku time form 2 dulu. Kami sekolah sama-sama dulu di SMK Balung dari form 1 - form 6. 7 tahun kami sama-sama sekolah di sana. Ndak sangka jugak 7 tahun bersama. Okey-okey stop cerita pasal masa lalu,KEMBALI KE LAPTOP (*macam rancangan Bukan 4 Mata pula)Setelah 5 bulan kami tidak berjumpa, akhirnya dapat jugak kami berjumpa. Alhamdulillah, bila berjumpa, semuanya tidak berhenti bercerita pasal kehidupan di universiti masing-masing. Semua excited nak cerita. Actually kami berjalan bukan bertiga tapi berlima. Orang-orangnya ialah Addy (*me), Ucik, Adli & dorang dua ni (*tahu jugak nama dorang kan)Kami saja buang tabiat mahu makan di McDonald.


Jefry dan Hamsir (Tombak)


Hitam putih kehidupan boleh diwarnai.


Jefry, Adli & Hamsir


Trep kuat si Jefry, padahal tulang ja. 
Jangan marah Jefry, lama tidak bergurau dengan kau.


Tuan punya blogger punya badan sendiri bergambar dengan 2 orang artis UMS ni (*artislah sangat)Budak-budak HOK (*HOT).


Don't play-play with me. Muahahahaha.


Habis jak kami makan, kami terus balik. By the way, gambar Ucik tiada sebab time ni dia yang tolong ambilkan gambar dan memandu kereta. Terima kasih Ucik sebab selalu temankan aku jalan dan tolong aku. Tidak lupa jugak kepada Adli, Jefry & Hamsir sebab sudi luangkan masa bersama-sama. Nanti kita hang out lagi sama-sama, okey. Good night.

Friday, January 25, 2013

New Haircut !

Assalamualaikum guys :)

New haircut :D. Omaigad,omaigad, omaigad ! Muahahahahaa. Sekali pandang macam AARON AZIZ, 2 kali pandang pandang BRUNO MARS, 3 kali pandang rupa-rupanya ::: ADDY AZIZUL JEFFRY ::: Eh, salah-salah, sekali pandang ADDY AZIZUL JEFFRY, 2 kali pandang macam AARON AZIZ, 3 kali pandang macam BRUNO MARS, kali yang ke-4 tue tiada yah. Awas kalau ada, cukup 3 kali jak, lebih afdal. Muahahahaha :P. Selesai jugak misi aku untuk potong rambut nie. Rimas betul pulak kalau terlalu panjang di tepi, better potong bahagian tepi jak, bahagian atas ndak perlu. Hihihihi.

18 Januari 2013

Time aku sampai jejakkan kaki di rumah. Mamy aku terus tegur aku yang rambut ku nie panjang, tidak nampak kemas. (-_-), ingatkan nak suprisekah, excitedkah atau apakah. Sampai-sampai jak kena tegur.Hihihihi :D, ndak pa mamy, sudah ku laksanakan arahan mamy suruh potong rambut ini. So, inilah hasilnya selepas rambut aku dichop-chop oleh tukang gunting tue. Alhamdulillah, puas hati dengan hasilnya. Okey bha kan.


Ndak sabar aku mahu berjalan dengan rambut baru nie. Muahahahaha, memang trep kau Addy ! Well, biasalah, sakit pulak hati kamu (>_<). Okey, fine ! Saja, just kidding, okey. Have fun you guys.

Wednesday, January 23, 2013

Cuti Semester 1

Assalamualaikum guys :)


Alhamdulillah habis sudah examination semester 1 dan habis jugak untuk aku bergelar sebagai mahasiswa semester 1.Tak sangka aku dapat menempuhi hidup selama 5 bulan di UiTM Shah Alam. For honestly, kalau aku stress & tension dengan assignment yang berlambak-lambak, aku akan keluar dari bilik dan berjalan-jalan sekitar taman bagi menghilangkan rasa stress tu. Kalau tidak pun, aku akan duduk bilik sambil dengar lagu dan online Facebook yang menjadi peneman setia konon di waktu stress. Time duduk di UiTM, semangat "HOMESICK" aku tu melanda di final examination, aku pun ndak tahu lah kenapa tiba-tiba boleh "HOMESICK", sampai aku ndak boleh fokus dengan study. Hahahahahahaa, sampai aku beli tiket baru semata-mata mahu balik awal ke Tawau, Sabah. 

Dalam perancangan pertama, aku mahu balik 30.01.2013 tapi bila tengok kawan-kawan aku yang lain balik awal pergi Tawau, so aku pun change plan & balik pada 17.01.2013. Hihihihihi :P. Tapi bila sampai di rumah nie, lain pulak kejadiannya, ndak sama seperti apa yang diimaginasikan, dush ! Time di universiti, macam-macam mahu dibuat bila sampai hometown, mahu kerjalah, mahu makan itulah, makan inilah, minum itulah,minum inilah, jumpa kawan dari U lain lah, lepak dengan kawanlah (*yang ini ada jadi :P) tapi semua tue indah khabar dari rupa. Ala, masih awal lagi untuk berlepak bersama-sama kan @ aku yang terlalu excited mahu berjumpa dengan kawan-kawan & terasa lamanya masa berjalan :P. Maybe dalam seminggu @ 2 minggu, kawan-kawan yang lain mahu spend time di rumah sebab lama betul dah tinggalkan rumah masing-masing, am I right ? Same as me, nak lepaskan dulu rindu yang lama terkubur di hati ini. Muahahahahahaha :P.


Senyuman itu satu sedekah :)

Selama 6 hari aku berada di Tawau, rasanya baru 2 kali aku jalan keluar, itu pun time waktu petang dan malam. Just around the corner jak. So, sekarang nie 2 hari dah aku terperuk di dalam rumah dengan menghadapkan muka dengan FACEBOOK, TV & BLOG kesayangan nie. Lupa plak, macam mana dengan HANDPHONE, handphone aku hanya akan berdering kalau orang call atau bila perlu sahaja aku nak gunakan. Kalau ada orang sms, aku smslah balik tapi kalau malas, I just leave it. You are so mean, ADDY ! Bukannya aku jahat or apakah (*perasaan baik, dush :P) tapi ndak tawlah, macam aku malas, bukan malas tapi kurang rajin nak membalas sms orang. Ngeh ngeh ngeh :3. Sorrylah yah ladies & gentleman, kalau orang cakap bosannya hidupmu, cakap balik dengan diorang "Hidup aku tak bosan, cuma aku jak yang tidak ceriakannya" Okey, itu tips tu & 1 motivation. So, that's for today, tiba-tiba plak idea mencurah-curah & semangat berkobar-kobar nak menaip di blog ni. Maybe terlalu boring di rumah. Tulah dapat ilham tu, uwekkk :P

Monday, January 21, 2013

Jalan-Jalan Bersama Mereka

Assalamualaikum :)

Jalan-jalan bersama mereka, siapa mereka tue. Ha, itu yang menjadi persoalannya. Mereka tue merujuk kepada Ucik, Azizul & Abang Unuz. Actually aku tidak plan pun mahu jalan tadi pergi mana-mana, tapi bila aku sms si Azizul cakap aku nak jumpa, dia pun okey, so its happen. Aku keluar rumah dalam pukul 4.00 lebihlah gitu pergi ambil si Azizul di Ranggu, then masa on the way ke sana, aku call Abang Unuz & juga si Ucik ajak jalan sama-sama. By the way, aku nie bersemangat bawa kereta dengan lesen P yang sudah beberapa bulan sudah mati @ tamat tempohnya sejak tahun lalu lagi :P. Aku hantam jaklah dan berdoa tiada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah, tiada apa-apa jugak yang berlaku, semuanya just go with the flow...


So, kami minum & lepak-lepak dulu di ABC sebab lama sudah aku ndak makan ABC & planning mahu jalan pergi mana lepas tue. Untuk membuang tabiatku, aku mahu pergi ke Eastern Plaza untuk tengok-tengok, lihat-lihat sahaja, maybe ada something new kah yang di sana. Ternyata sama jak, hampa aku (-_-). Ndak sampai pun half an hour kami di Eastern Plaza, kami chaw dah dan tiba-tiba pulak mahu merasa Giant Burger Tawau. For your information, Burger Giant Tawau nie terletak di Jalan Air Panas, Tawau dan berada di Kak Midah Cafe bersebelahan dengan Hotspring Clinic. Giant Burger nie boleh diorder mengikut menu yang terdapat di sana.

Menu Giant Burger
  • Giant Burger Ayam @ Daging 500g (Original) - RM18.00
  • Giant Burger Ayam  @ Daging 500g (Spicy) - RM20.00
  • Giant Burger Ayam @ Daging 500g (Blackpeper) - RM20.00
  • Giant Burger Ayam @ Daging 500g (BBQ) - RM20.00 
  • Giant Burger Ayam @ Daging 500g (Cheesy) - RM20.00
  • Giant Burger Beef Island 1kg - RM36.00
Tapi nak tahu lebih lanjut tentang Giant Burger, better kamu sendiri yang pergi cuba. Rasanya sedap dan setimpal dengan harganya. Bagi pendapat akulah.Ndak tahu pulak kamu kan :D.

Ni merupakan salah satu slice Giant Burger tu dan nampak menyelerakan, kan.


Habis makan Giant Burger tue, kami jalan pulak pergi ke shopping complex tergempak di Tawau iaitu ::: SERVAY @ PARKWELL ::: Muahahahahaha, bukan aku menyindir yah tapi itulah hakikatnya. Siapa orang Tawau, mesti tahu tempat terutama sekali remaja-remaja @ budak-budak sekolah menengah yang selalu datang pergi ke sana hanya untuk ber"aircond" jak,  bukan beli barang pun, pergi sana pun hanya untuk keringkan peluh di ketiak. Oppppssss, sorryyy :P

Bila tiada tempat lagi mahu dituju, terpaksalah berhenti sekejap di highway mahu ambil mood kesegaran di tepi laut konon :P



Untuk mengelakkan rasa boring kerana tiada tempat lagi mahu dituju, so kami pergi ke McDonald kesayangan kami yang buka 24 hours, siap boleh overnight lagi di situ. Just makan McFlurry jak.Time tue, perut masih kenyang lagi.  Lalalalala.


Dalam pukul 10.15 gitulah, kami pun balik ke rumah masing-masing. Tapi untuk aku belum lagi sebab kena hantar si Azizul di Ranggu & Abang Unuz di Taman Megah Jaya. And lastly hantar si Ucik di Tanjung Batu Laut, barulah aku balik ke rumah.


Enjoy jugak sepanjang jalan tadi dengan gurau sendanya, memang best bila jalan-jalan tadi. Terhibur jugak hati nie. Before that, I just want to tell  "AKU ADA BELI SELUAR JEANS BARU DENGAN HARGA RM29.00 JENAMA EDWIN", saja nak buat announcement. So, enough for today. Good bye.

Saturday, January 19, 2013

Tawau, I'm Coming !

Assalamualaikum guys :)


Alhamdulillah sekarang nie aku dah selamat sampai di Tawau, aku sampai Tawau pada 18.01.2013 bersamaan pada hari Jumaat pada waktu subuh. By the way, aku actually naik kapal terbang dari KL - KK dan naik bas dari KK - Tawau. Ndak faham kah, takpa2 aku akan explain secara kronologi perjalananku untuk sampai ke Tawau. Pada hari Rabu nie, aku bersiap sedia sudah packing barang yang aku akan bawa balik Tawau. Packing punya packing, ada 4 beg jugak aku kena bawa balik Tawau, (-_-), punya banyak macam ndak mahu balik Shah Alam sudah. Hahahaha. 

Tapi apa boleh buat, bukan barangku yang aku bawa tapi barang pakcik aku yang minta kirim dari KL. Nasib badan tapi kena bawakan jugak barang tu. Before pergi ke KLIA, kami pergi makan dulu bersama-sama di area Ampang. Aku pun tak tahu nama tempat tue padahal 2 kali sudah aku pergi makan di sana. Hihihihihihi. Nie jak gambar time kami makan tue yang ada di kamera aku. Sebab kami bergambar guna kamera Azman @ Man. Makan Chicken Chop @ RM9.00. Murah kan bandingkan dengan di Tawau..:P. Kalau di Tawau nie, sudah berbelas ringgit kalau mahu makan  nie.


After dinner, kami teruskan perjalanan kami lagi pergi jalan-jalan sekitar KL. Tapi time tue aku malas nak bergambar, so roomates jaklah yang bergambar. By the way, roomates yang ikut hantar aku ialah Najib, Azman, Asrul & HanifTime tue, Wan tiada sebab dia ada banyak kerja nak siapkan & hantar pada hari esoknya. So dia tak dapat join kami & terpaksa berpisah dengan dia dari kolej lagi. (T_T), sob.sob.sob. So, pada malam Rabu tue, aku dengan roomatesku overnight di KLIA, terharunya aku dan rasa terhutang budi dengan dorang semua sebab sudi hantar aku dan tunggu sehingga aku berlepas di airport. Nasib baik Asrul ada kereta, so dia pun sudi hantar aku ke KLIA.Terima kasih banyak-banyak Asrul :D. Tidak lupa juga dengan roommates aku yang lain sebab sudi ikut hantar aku pergi ke airport.


Sampai di KLIA, aku check-in barang-barang aku & terpaksa bayar kerana overweight sebanyak 5kg. 1 kg = RM15.00, mahal kan tapi aku dah pening & batcat. Aku bayar jaklah daripada mahu fikir-fikir panjang lagi. Time keluarkan barang dari kereta, kepala aku terhantuk di belakang bonet kereta, bengkak kepala aku. Flightku jam 8.30 a.m. Bergambar dulu sambil menunggu giliran flight dipanggil. Hihihihi.





Berada dalam pesawat Boeing 737-400, tak sangka aku ingat nombor pesawat tu. 
Before jalan, aku sempat lagi snap pic dari dalam pesawat. 
Saja nak tunjukkan betapa bangganya naik kapal terbang :P


Excited  (>_<)+ Sad (T_T) meninggalkan roomates sebab 
aku orang 1st yang balik dulu daripada diorang.


Awan Addy, bukan Awan Dania. Hahahahaha.
Cantik kan pemandangan awan tue dari kapal terbang. 
Tapi yang aku nampak sepanjang dalam kapal terbang 
ialah Lautan Cina Selatan. Boring jugaklah (-_-).


Dalam kapal terbang, aku tidur jak sampai time 
makan pun stewart kejutkan aku tanya mahu makan nasi lemak @ mee. 
Sudahlah mengejutkan bangunkan aku, aku pun lambat bagi respons. 
Sempat lagi aku berfikir mahu makan apa ? Hahahahaha. 
So, dengan mukak-mukal stim, aku minta nasi lemak.
 Nampak sedap kan. Kalau naik Airasia, mana ada dapat begini. 
So, kalau mahu naik kapal terbang pergi 
ke KL atau mana2 jak, naiklah Mas. Konfom puas hati.


::: Tiba di Kota Kinabalu :::

Penerbangan dari KL - KK mengambil masa 2 jam 35 minit. Beza sikit jaklah dengan penerbangan dari KL - Tawau iaitu 2 jam 45 minit. Mesti kamu wondering kan kenapa aku ndak direct terbang ke Tawau terus, mahu juga singgah di KK. Suka hatilah aku nak singgah mana, sakit pulak hati kamu. Hahahahaha, aku singgah & turun di KK sebab aku nak balik sama-sama dengan kawan aku iaitu Muslihuddin @ Ucik dari KK - Tawau. By the way, dia study di UTM, Skudai, Johor, so tiada direct flight dari Johor - Tawau. Mesti dari Johor - KK jugak. Alhamdulillah, plan yang kami rancang berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal tapi dapat diatasi jugak. Thank you so much dengan cousin aku iaitu Nurafifa @ Mimi with her friend (*sorry tak tahu namanya) sebab sudi ambil kami 2 dari airport yang berlainan dan temankan pergi beli tiket bas :D. Kami plan mahu naik bas dari KK - Tawau, bas kami bertolak jam 7.30 p.m. Before balik tue, kami jalan-jalan dulu sekitar 1 Borneo sampai jam 6.30 p.m. Sudahlah jalan jammed, nasib baik kami sempat sampai & tiba tepat pada waktunya di stesen bas Inanam :D.


Bersama Muslihuddin @ Ucik, macam ndak percaya 
bha kami berada di KK time tue. 
Terasa macam di KL jak. :P


 Boring-boring :P


Kami sampai di Tawau pada waktu subuh lebih kurang jam 5.00 a.m lah gitu. Terasa tenang bila sampai di rumah setelah 5 bulan ndak balik rumah. Sekarang nie aku banyak luangkan masa di rumah dan habiskan masa di bilik yang lama ditinggalkan. So, sekarang aku berada di Tawau, lepas nie tunggu cerita pasal aku di Tawau, bukan lagi di Shah Alam, yang itu nanti dulu. Hahaha.

Sunday, January 13, 2013

Bila bercinta, semuanya indah

Assalammualaikum guys :)



Bila bercinta, semuanya indah... Betul kan ! Tapi adakah kita nie memahami maksud cinta tue sendiri ? Apakah itu cinta <3 ? Yang kita tahu tentang cinta ialah cinta lahir dari lubuk hati kita, cinta lahir antara 2 makhluk ciptaan Allah S.W.T yang saling berkasih sayang. Tetapi sekarang kalau kita sendiri lihat, cinta itu sendiri telah dikotori dengan kemaksiatan yang semakin meningkat terutama sekali " REMAJA". First-first mahu bercinta dulu, minta nombor telefonlah, bagi surat cintalah, macam-macam lah ragam dan karenah kita time mahu berkapel tue, biasalah darah muda. Yang tidak mahu kalah dengan kawan. Kawan bercinta, dia pun bercinta. Lepas dapat dha, 2-3 minggu begitu always bergayut jak. Tangan tidak berhenti pegang handphone, kalau boleh gam, mahu jugak tue handphone digam di tangan. Tidak pedulilah handphone tue handphone murahkah atau hanphone mahalkah. Yang penting isi kandungan dalam handphone tue. Hahahahahahaha :P.

Macam cikgu aku pernah cakap "Biar muka tidak handsome atau macho, kalau ayat power, cair jugak perempuan tue"So, nie menunjukkan bahawa perempuan nie senang terpengaruh oleh kata-kata lelaki, bila lelaki sudah berbicara, bisa ular tedung pun kalah. Tengok betapa hebatnya lelaki nie. Hahahahaha.Actually perempuan nie hatinya lembut, sebab itulah mudah terpengaruh even ada sesetengah perempuan nie ganas atau bersikap kurang feminin sikit daripada perempuan-perempuan yang lain. Tapi apa yang paling penting dalam sebuah perhubungan itu adalah bertolak ansur, sifat saling mempercayai dan kasih sayang. Jangan mahu dia terlalu mengikut cara atau style kita jak, kita kena terima dia seadanya. Perempuan pun kena bersikap begitu jugak, so bertolak ansur tue akan ada dalam hubungan. 

Sifat percaya mempercayai juga penting dalam perhubungan, kalau kita tidak trust dengan pasangan kita, kita sendiri yang akan rugi kalau terlalu prejudis dengan pasangan kita. Sebaik-baiknya sifat percaya-mempercayai itu akan mewujudkan suasana percintaan yang aman dan harmoni. Kita semua berhak mendapat kasih sayang kerana kasih sayang itu adalah makanan jiwa. Kalau jiwa itu tidak dibagi makan, maka kasih sayang itu akan memberontak dan merosakkan diri kita sendiri. Tidak salah berkasih sayang selagi mengikut syarak dan syariat Islam. Siapa yang tidak suka disayang, aku pun suka disayang sebab itu tandanya orang ambil kisah dan jaga kita sepanjang kita hidup. So, jagalah pasangan hidup kita seperti mana kita menjaga nyawa kita, sayangilah pasangan hidup kita seperti mana kita menyayangi diri kita. Perempuan dan lelaki memerlukan antara satu sama lain di dunia ini. Okey, trimas.