Friday, February 22, 2013

Blog Bukan Hanya Untuk Orang Kaya

Assalamualaikum guys :)


Hahahaha, it's been a long time I have not post anything in my blog. Hihihihi, datang penyakit "LAZY" dan idea dalam kepala otak nie pun ndak mahu keluar, arrrrghhhh. But before that, aku ada announcement nak buat. Pada 15.02.2013, result untuk degree student sudah keluar dan alhamdulillah result yang aku pun okey tapi for sure, not DEANLIST, okey. 3 +++ lah gitu yang aku dapat. Ndak pa, next semester nie aku fight untuk dapatkan DL, study smart & hard. Habis sudah bab result-result nie, sekarang nie budak-budak U dah berbalikkan semua ke universiti masing-masing tapi student UiTM belum tiba masanya lagi kita ada kuliah. Ada masa beberapa lagi untuk bercuti sebelum balik ke SHAH ALAM dan memulakan semester baru tapi untuk aku baru masuk semester 2. Insha-Allah aku tempuhi dengan penuh kesabaran & ketekunan. Wah, ayat bombastik. Muahahahaha.

Kawan-kawan aku yang lain dah balik semua ke universiti masing-masing, dan tinggallah aku sendirian di Tawau nie selama beberapa hari di dalam rumah atau bergantung dengan aktiviti yang ada untuk dimanfaatkan masa sepenuhnya :D. Dan orang di sekeliling mula bertanya bila balik ke SHAH ALAM ? Bila aku cakap aku akan balik ke SHAH ALAM pada 26 hari bulan nie. Awalnya balik. Excited kah ? Bersemangat nampak. NOPE :3. Sama sekali tidak excited & tidak bersemangat langsung untuk balik ke sana. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau duduk di Tawau lama-lama pun bosan. Dush ! Tamparan buat diri sendiri. Ingat balik niat ke sana, bukan untuk berfoya-foya tapi untuk STUDY. Baiklah, aku akan ingat tue sampai bila-bila. Macam aku nak cepat-cepat jak cuti untuk semester 2. Aiyooo, tapi apa boleh buat ? Aku kena bertahan jugak di sana. Okey, okey, okey kita sudah lari dari topik yang asal. Aku dah banyak merapu & merungut pasal nie. Tak bersyukur langsung ya kau, Addy ! Aku tumbuk nanti, baru tahu ! Jom kita kembali ke topik asal iaitu mengenai blog.

Blog ni hanya untuk orang-orang kaya jak kan ?

Mesti ramai yang fikir blog nie hanya sesuai untuk orang yang kaya-kaya sahaja. What I'm try to say is budak-budak yang kaya kerana mempunyai parents yang kaya dan keluarga yang kaya kerana boleh beli Wi-Fi, STREAMYX or Modem. NOPE :3. It's all wrong, okey ! Blog nie bukan dibuat khas untuk orang-orang yang kaya, it's general, okey ! Sesiapa pun boleh mempunyai blog sendiri, lagipun it's FREE, tanpa perlukan sebarang modal dan dana untuk memulakan blog. Kalau kita sudah pasang STREAMYX, Wi-Fi, Broadband, Yes 4G dan seumpamanya di rumah, takkanlah kita biarkan jak LINE internet tue kan dan tidak menggunakan dengan sebaiknya. Lagipun, bulanan yang kita kena bayar pun sama jak. So, why not kita tidak manfaatkan teknologi yang ada, kanIt's depend on us how we want to use it. Kalau kita gunakan blog untuk kebaikan, tentu dengan segala hormatnya kebaikan itu sendiri datang kepada kita & begitu jugak sebaliknyaBy the way, kalau kita tengok para blogger semua seperti Maria Elena, Fatin Liyana, Ben Ashari, Aizul Marcello, Irine Nadia Marcello, Lyssa Faizureen, Hanis Zalikha & seumpamanya mempunyai ramai pengikut bukan disebabkan oleh kerana mereka kaya atau apa tapi disebabkan mereka terlalu suka dengan dunia blog hinggakan mereka dikenali oleh orang ramai.

Tapi rumah kami taklah secantik rumah dorang atau blogger yang lain yang mempunyai rumah yang cantik, so bila dorang bergambar, dorang tak segan masukkan gambar dalam blog. Kami pula ?

Eyaps, mungkin itu rezeki dorang kerana mempunyai keluarga yang kaya dan mempunyai rumah yang cantik tapi kita ber"BLOG" bukan untuk menunjukkan kekayaan kita pada semua orang tapi kita menunjukkan minat, hobi dan keperibadian kita kepada orang lain. Tidak semestinya kita mesti mengambil gambar moment tue di kawasan rumah kita, maybe time kita pergi bercuti di kawasan-kawasan lain boleh kita ambil sebagai gambar moment kita. Tapi tidak salahkan kalau kita just merendah diri dan biar orang lain memberi pendapat mereka tentang diri kita, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Orang bukan tengok pada kekayaan kamu untuk menghasilkan sebuah blog yang best tapi bergantung kepada keupayaan kamu untuk menarik perhatian orang  untuk membaca blog kamu tue, okey ! Maybe kita better lebih mengadakan xtvt luar daripada berada di kawasan rumah terus untuk memberi ilham & inspirasi untuk membuat entry yang menarik.

Para blogger di Malaysia nie handsome-handsome, cantik-cantik dan pandai bergaya. Tapi kami nie pulak, hadoi, nak pakai baju lawa tapi muka tak lawa. Pecah dinding kalau nampak. Kami pula ?

Hahahahaha, relaks ar. Tidak semestinya para blogger mesti handsome, cantik dan pandai bergaya. Yang paling penting is your ::: PERSONALITY ::: kalau muka handsome dan cantik tapi kalau tiada personaliti pun, orang akan rasa bosan. Kalau malu nak tunjukkan muka dalam gambar, better ambil gambar yang kamu capture dan masukkan dalam blog kamu. Tapi gambar yang kamu ambil tue mestlah berkaitan dengan apa yang kamu nak tulis nanti, okey ! Tapi orang lebih suka ada EVINDENCE untuk setiap gambar. Maksudnya di sini ialah kalau kamu  pergi merantau ke luar negeri,luar negara or other interesting place, pastikan diri kamu ada berada di dalam gambar bagi menunjukkan bukti kamu ada berada di sana, so people akan percaya what are you try to write dan deliver to them. So, ikutlah cara tersendiri macam mana nak sampaikan cerita tue kepada orang ramai dan jangan terlalu ikut-ikut other bloggers seperti nak bergayalah, nak pakai baju yang mahal lah tapi create your own personality and let people know who you are ! Tidak semestinya kamu kena jadi cantik or handsome baru boleh bergelar BLOGGER, kalau kamu cute or comel, silakan terus usaha anda menjadi blogger yang cute & comel. Muahahaha.




Okey, that's all for advice. Duduk sambil berkata-kata, mantap. Ingat, blog bukan untuk orang kaya, semua orang mampu miliki blog tapi tidak mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap blog iaitu MENULIS BLOG. Cari idea apa yang dimasukkan dalam blog & elakkan daripada membuat blog yang tidak berfaedah seperti memfitnah orang, menganiaya orang dan sebagainya. Gunakanlah teknologi yang ada sebagai salah satu cara untuk mempertingkatakn kebolehan dan bakat yang terpendam dalam diri sendiri. Peringatan untuk diri sendiri dan juga semua. Kalau ada perkongsian, sila komen di bawah. By the way, gambar pun menjadikan anda nampak sangat kaya, bergaya & eksklusif. Okey. 

Thursday, February 7, 2013

Aiman - Kisah Insan

Assalamualaikum guys :)

I'm back. Hohohoho. So today aku menceritakan pasal lagu blog aku. Okey, but before that, this fake conversation is happen, macam monolog dalaman lah kunun.

ANONYMOUS :
What ? Lagu blog you ? For what ? Bukan best pun, memekakkan telinga jak ? Buanglah lagu tue dari blog you ? Bukan you juga yang nyanyi, kalau you yang nyanyi, blablabla ?

ADDY AZIZUL JEFFRY :
Tidak kisahlah aku nak cerita apa di blog aku ni. Eya, lagu blog I. Supaya kamu semua tahu siapa penyanyi lagu nie. Tak payahlah dengar kalau memekakkan telinga. I tak mahu buang lagu tue sebab I suka. Kalau I yang nyanyi, kenapalah, jeles lah tue (-_-). Just LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! Lagu Kisah Insan mewarnai hidup kita bila mendengar lagu ini. Terasa tenang & gembira, that's why I love this song.


Aiman - Kisah Insan

Dengarkan bintang-bintang kesepian
Bertaburan di langit keasingan 
Umpamakan rasa sepi di hati
Di keramaian masih kesunyian

Beginilah kisah insan di dunia
Perlukan berteman hidup berkasihan
Begitulah aku mengharung usia
Perlukan dirimu temani hidupku

Merenung bayangan bulan dikhayal
Samakah dengan yang nun di angkasa
Menatap wajahmu adinda
Mana kan sama kau di depan mata

Beginilah kisah insan di dunia
Perlukan berteman hidup berkasihan
Begitulah aku mengharung usia
Perlukan dirimu temani hidupku

Hampakah buih-buih yang dipantai
Khayalnya buat seketika cuma
Seperti apa ku rasa, aduhai
Kekasihku tika kita bersama

Beginilah kisah insan di dunia
Perlukan berteman hidup berkasihan
Begitulah aku mengharung usia
Perlukan dirimu temani hidupku

Lagu Kisah Insan secara official menjadi lagu kepada blog aku dan aku berharap suatu hati nanti aku akan berjumpa dengan penyanyi lagu Kisah Insan nie iaitu Aiman. Insha-Allah akan dapat juga berjumpa dengan dia tu. Harap dia baca post ni & memberi komen untuk entry nie, huhay. Okey dokey, that's all.

Wednesday, February 6, 2013

Kolej Meranti (UiTM Shah Alam)

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah hari ni ada kesempatan lagi untuk aku menulis blog ni. Huhay. So entry for today is about Kolej Meranti. Kan aku dah janji nak masukkan ceritah tentang Kolej Meranti nie, so kamu tahu lah macam mana keadaan kolej nie, kedudukannya macam mana, bangunannya macam mana, kan. For your information, Kolej Meranti ni hanya didiami oleh student lelaki sahaja, aku ulang sekali lagi "UNTUK STUDENT LELAKI" sahaja. Hehehehe. Aku nak masukkan ceritah  nie sebab time aku dapat masuk UiTM nie, aku dapat Kolej Meranti seperti yang tertera dalam surat tawaran tu

So, aku carilah di internet mengenai Kolej Meranti ni tapi yang dapat tengok hanya gambar pejabat Kolej Meranti jak. Gambar bangunan kolej & bilik pulak tiada, susah sikitlah nak recognise mana satu kolej ni. So, aku dengan penuh baik hatinya hari nie akan tulis mengenai Kolej Meranti nie sekali dengan gambar-gambarnya aku masukkan, tau. Aku rasa hal ni penting sebab kamu yang dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM nanti tahu tentang kolej yang kamu bakal tinggal selama 6 bulan atau 1 semester nanti. Okey, jom kita tinjau kedudukan kolej ni, kolej terletak di luar kampus UiTM, bersebelahan dengan Kolej Jati. Kolej ni terletak di Seksyen 2, Shah Alam dan ada 4 blok yang terdiri dari blok A, B, C & D. Bilik aku terletak di blok D. Jauh sikitlah dari pintu gate kolej, kadang-kadang pressure jugak kalau depan pintu gate dah, baru teringat ada tertinggal barang, kena lari lagi.

Bangunan Kolej Meranti. Ni bangunan blok A & B.


Suasana dalam bilik Kolej Kediaman Meranti.






Dari sebelah kiri gambar tue adalah foodcourt dan 
di sebelah kanan tu pula, kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. 
Aku ambil gambar dari blok C Kolej Kediaman Meranti.


By the way, Kolej Meranti ni macam rumah apartment begitulah tapi taklah besar betul, biasa-biasa jak. Rumah di Kolej Meranti ada 2 bilik. 1 bilik untuk 2 orang dan 1 bilik lagi untuk 4 orang. So, siapa yang datang awal mendaftar, dapatlah bilik yang 2 orang jak tapi bagi yang lambat, dapat bilik yang 4 orang. Aku dapat bilik yang 4 orang sebab dalam rumah tu, aku yang paling last sekali mendaftar masuk tapi alhamdulillah aku dapat katil bawah, selesa jugak sikit. Setiap rumah tu ada tandas masing-masing, so tidak perlu berkongsi dengan pelajar-pelajar yang lain, dengan housemate jak. Bahagian ruang tamu pula tu tempat meja study masing-masing. Dekat meja study tu ada 3 kabel elektrik untuk kegunaan mengecas barang-barang elektroniklah. Dari segi kemudahan pengangkutan, ada banyak bas dan teksi disediakan di sini. Terpulang dari kamu nak choose yang mana satu, selalunya student naik baslah kan, buat apa naik teksi. Ada bas Merengit, Rapid KL. Tu jak yang aku tahu untuk kawasan luar kampus UiTM. 

Kalau kawasan dalam kampus, ada jugak bas UiTM yang ambil student. Aku selalu naik bas Rapid KL (T603) sebab bas ni berhenti depan fakulti aku, lagipun aku stay di Seksyen 2, memang kena naik bas nie untuk masuk ke UiTM. Hehehehe. Kalau sesiapa yang stay di Seksyen 7,kena naik bas Rapid KL (T604) untuk ke Seksyen 7. Sorrylah aku tak banyak gambar time di Kolej Meranti, aku lupa nak ambil gambarnya. So, nanti kepada sesiapa yang masuk Kolej Meranti nie nanti, tahulah macam mana keadaannya. Banyak orang yang berebut-rebut mahu masuk Kolej Meranti ni tapi susah nak dapatkan kecuali aktif join apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej, kena kumpul sticker dan lekatkan pada buku aktiviti yang dibagi oleh pihak kolej. Honestly, aku cakap Kolej Meranti ni memang serba lengkap, dekat dengan kedai, dekat dengan foodcourt, dekat dengan bus stop, dekat dengan UiTM, dekat dengan PKNS, dekat dengan Wetworld, dekat dengan KFC, dekat dengan McDonald. Pokoknya semuanya dekatlah, kemudahan yang diberikan memang serba lengkap. So, don't worry too much.

Saturday, February 2, 2013

Happy Februari !





Assalamualaikum, hai guys :D

We meet again, again, again and again. So far, how's your holiday ? ::: FOR UNIVERSITY STUDENT ONLY :::Highlight for that statement. Muahahaha. Hari nie masuk hari ke2 bulan FEBRUARI kan. Pejam celik, pejam celik, cepatnya masa berlalu kan. That means aku ada 1 BULAN lagi berada di Tawau nie before balik ke UiTM Shah Alam. Huhuhuhu. Kawan-kawan aku yang lain banyak yang balik awal ke universiti masing-masing sebab dorang awal masuk kuliah. By the way, kita enjoy dulu sementara masih cuti. Manfaatkan cuti yang ada. Okey ! Tiba-tibalah pulak aku nak speaking nie, mesti kena pukulan AISKRIM SODA lah nie. Aiyoooo. Nak tahu macam mana cuti aku ?  Tengok jak di wall FB aku, tahulah kamu tue.

Sekarang nie masuk hari ke-16 sudah aku berada di bumi TAWAU nie. Tak sangka jugak cepatnya masa berlalu, padahal dalam hati "Bestnya, lama lagi cuti, bulan 3 baru balik pergi SHAH ALAM..." (-_-). So, before aku balik ke UiTM Shah Alam, aku kena kuatkan mental & fizikal aku untuk semester yang ke-2 sebab aku tahu semester 2 nie konfom & konfomnya akan menjadi lebih harder daripada semester yang lepas (*semester 1 lah :P)Ayat-ayat memotivasikan diri agar nampak kuat, tenang, cool, dan bergaya. DUSH ! Pasu bunga jatuh atas kepala (x_x).


...2 menunjukkan bulan FEBRUARI...



By the way, lukisan nie meningatkan aku dengan si dia sebab dia lukiskan untuk aku. Lama sudah ndak bercerita dengan dia (T_T) sob.sob.sob.Ndak palah, balik UiTM nanti jumpalah dengan dia. Huhay ! Okey, stop ! Dilarang berkasih sayang di blog nie. So, sekarang nie, jom enjoy our HOLIDAYS. Jangan sia-siakan :P


- End for this chapter -