Saturday, April 20, 2013

♥ Happy Birthday to Muhamad Najib Nor Danial ♥

Assalammuaikum guys :)

Happy birthday again to Muhamad Najib B. Nor Danial. Tahniah, anda telah berumur 21 tahun. Jadi abang-abang dah. By the way, semalam semua ex-roommates D403 berkumpul untuk celebrate Ajib's birthday. Tak sangka jugak, semua ex-roommates dapat berkumpul beramai-ramai. Eyalah, Azman study di UiTM Puncak Alam pun datang semalam sambut birthday Ajib. Wan dan Hanif dari Kolej Teratai dalam UiTM pun datang sambut birthday Ajib. Aku dan Asrul x payah cakap, sebab kami sambut di KFC Seksyen 2. Dekat jak dengan Kolej Meranti. So, kami janji nak berkumpul dalam pukul 9.00 p.m. Tapi tahu-tahu jaklah kan, janji Melayu. Mesti lambat 30 minit atau 1 jam. Bukan kutuk bangsa sendiri, tapi kita kena ubah tabiat tu. Kena punctual on time. Cheeewwwwaaahhh, marah pula aku. Ni kek yang kami pilih. Secret Recipe, bukan calang-calang kek kami pilih. Muahahaha. Sedap hingga menjilat ibu jari kaki *over pulaAku lupalah nama kek nie tapi yang penting CHEESE keklah.


Happy birthday Muhamad Najib Nor Danial.


Nama-nama ex-roommates dulu.
Semua bawa balik nama masing-masing.
Excitedlah tu masing-masing dapat nama sendiri.
Muahahaha.



Birthday boy
♥ Muhamad Najib B. Nor Danial ♥



Ucapan kepada birthday boy yang handsome:
Happy birthday, Najib. You're officially 21 years old. 
Semoga hidup sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T 
serta dimurahkan segala rezeki. 
Dan satu lagi, semoga persahabatan kita akan terus kekal selama-lamanya.
#brotherhood



Najib & Addy
Bersama dengan Birthday Boy.




Gelagat-gelagat kami yang tidak matang. 
Sila fahami kerana anda jugak begitu bila bersama dengan kawan-kawan anda.
Kan, kan, kan *sambil angkat-angkat kening minta disokong.



Once again, nama-nama kami dengan gubahan oleh Hanif.  
Tahniahlah Hanif, anda sememangnya kreatif. 
Muahahahaha, bukan perli tapi ni pujian.



D403 memang legend. 
Siap ada lagu tema lagi daripada kumpulan EdCoustic - Menjadi Diriku.


Sebelum majlis habis, kami semua ex-roommates D403 bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan. Ayat tidak boleh blah, muahahaha. Eyalah, jarang tau kami dapat berkumpul ramai-ramai macam begini tau. So, bila ada opportunity, why not we're using it? Am I right? Hidup D403, Hidup D403, Hidup D403. Cukup 3 kali jak laungkan. Last but not least, thank you so much to Hanif, Asrul, Wan, Azman sebab sudi datang and celebrating Najib's birthday.Thank you so much guys. Nanti kita plan pergi ke Genting Highlands pula. Okey. Bye. 

Mid-Term Break !

Assalamualaikum :)

Nampaknya mid-term break aku akan berlangsung di bilik jak. Kenapa Addy ? Bila semua orang dok tanya dengan kawan-kawan yang lain bila balik ke rumah masing-masing, dan pulak aku akan start diamkan diri until tiba giliran aku ditanya. Bila ditanya, aku akan menjawab dengan sejujurnya sambil mata bersinar-sinar, dengan muka sok-sok suci.

"Aku tak balik cuti mid-term ni"

Dengan muka yakin aku menjawab soalan tu. 
Tapi bila aku jawab dengan soalan yang dorang berikan kepada aku, mulalah bertubi-tubisoalan lagi dorang tanya dengan aku.

Addy, napa tak balik Sabah ?
Ko tak balik, jadi ko stay mana ?


2 soalan jak pun dorang tanya dengan aku, kira bertubi-tubi bila ramai orang tanya soalan yang sama. So aku pun ikut jaklah skema jawapan yang aku sediakan untuk diri aku bila orang tanya soalan sebegitu. Alasan yang aku bagi pun kira munasabah jugaklah. Contohnya seperti ini :

Malaslah nak balik, habis mid-term break nie 
ada test subjek nielah dan bla... bla... bla...

Aku kan S.U.R.V.I.V.O.R, boleh independentlah...
Tak perlu risau pasal aku... 
Chewwah, bertrep kuat dan bla... bla... bla...

Nanti Final-Sem break pun aku balik jugak, 
so taklah membazir sangat duit, 
better aku jalan-jalan sekitar sini sambil bla... bla... bla...


Macam budak nielah aku termenung jauh bila fikirkan pasal ASSIGNMENT yang berlambak-lambak... Huhuhuhuhu (T_T). Ndak pa Addy, be strong. You can Do it, Yes, You Can ! Kata-kata motivasi untuk diri sendiri, chewwwwaaahhh :P. Tapi terharu jugak mak nok sebab dorang prihatin dengan aku, siap mengajak stay di rumah dorang lagi. Tapi aku lebih prefer stay di kolej sebab banyak assignment yang aku kena siapkan. Fuuuuhhh -_-. Biasalah STUDENT UNIVERSITI lah katakan, konon :P. By the way, HAPPY HOLIDAYS GUYS. Okey, gua chaw dulu. Bubye :)

Tuesday, April 16, 2013

♥ Program Jelajah Didik 1 Malaysia Orang Asli ♥

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh :)

Aku ndak tau macam mana nak mulakan ceritah nie. Hahahaha. Terlalu excited nak ceritahkan semuanya. But, but, but, I will try my best untuk siapkan entry pada hari nie, masa nie. Kena punctual dah sekarang untuk update blog, atas permintaan ramai. Wah, macam drama bersiri plak yang ditayang berulang-ulang kali macam Tv3, konon-konon atas permintaan ramai. Hahahaha...Okey, stop for that joke. Sekarang kita sambung balik entry pada kali nie. Seperti yang kamu baca title di atas tue, opkoslah ianya mengenai program. Siap ada simbol love lagi aku letak.

♥ Program Jelajah Didik 1 Malaysia Orang Asli ♥

Program nie telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 12 April - 14 April 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) dan bertempat di Kampung Kenang, Sungai Siput, Perak. Actually program nie dilaksanakan oleh Kolej Anggerik dan menjemput setiap kolej yang ada di UiTM Shah Alam untuk hantar wakil. Bagi kolej perempuan sebanyak 4 orang wakil dan kolej lelaki pula sebanyak 8 orang wakil. So, for honestly, aku tak tahu pun yang aku terpilih untuk program ni. 1st-1st macam ndak mahu pergi jak program tu sebab banyak assignment mahu dibuat tapi takkanlah nak tolak sebab pengetua Kolej Meranti, Encik Irwan Bin Zakaria dah pilih, maknanya dia percayakan aku dan kawan-kawan aku yang lain untuk join program nie.

Dari kolej Meranti yang pergi program nie ialah Addy (*me :D), Asrul, Iman, Insan, Aizat, Anam, Hidayat, Yusof dan Iman sorang lagi. Majoriti yang pergi program tue budak bilik aku. Rasanya tak perlu mentionlah nama dorang. Kamu tahu jugak sapa tue. Aku risau nanti dorang lagi famous daripada aku. Muahahaha. Masuk bakul angkat sendiri. Nampak muka bersemangat dengan 2 beg yang dibawa ke Kampung Kenang. Gaya-gaya seorang ARTIS @ RETIS. Uwekkkk, dengan segala hormatnya anda semua boleh muntah darah. Ni gambar sebelum bertolak.


Kembali lagi ke jalan yang benar. 
Kami bertolak dari UiTM Shah Alam dalam pukul 1 lebihlah gitu 
dan pelajar lelaki bersolat jumaat di surau dekat dengan Bukit Raja. 
Habis solat tue, kami terus bergerak ke Perak. 
Dalam bas apa lagi, semestinya tidur. 
Dalam sejam atau 45 minit begitu, 
kami berhenti di RnR yang aku pun tak tahu di mana. 
Aku just turun pergi makan dengan kawan-kawna yang lain. 
Habis makan tu, biasalah teruskan balik perjalanan ke destinasi yang nak dituju. 
But, before that, beli makanan ringan dulu untuk dikunyah-kunyah dalam bas nanti. 
So, tidaklah jugak boring sangat dalam bas nanti. 
Sebagai peneman bagi menghilangkan rasa bosan duduk lama-lama di kerusi tu. 
Aku belilah gula-gula tangkai, "Chupa-Chupa".


Dan tidak lupa juga dengan Blackberry aku sebagai 
peneman setia aku untuk melayan lagu-lagu yang memang 
aku dah siap simpankan dalam handphone tu 
sebab aku tahu dalam bas semestinya bosan sebab tiada lagu yang dimainkan. 
Padahal ada jak lagu yang diputarkan dalam bas, 
cuma aku jak yang bebal ndak mahu dengar semua lagu tu.


Dalam jam 9.30 malam gitulah baru kami di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, mesti patah tulang belakang sebab duduk terlalu lama. Nasib ada jugak berhenti tapi itu pun jarang turun dari bas. Kalau diikutkan dalam tentatif, sepatutnya kami sampai di tapak program tue dalam jam 5 gitulah tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal yang berlaku dan tidak dapat dielakkan. Terpaksalah kami sampai lewat di SK. Kg. Kenang. But, but, but, dalam penat-penat tue, budak-budak Orang Asli tue bersemangat gila tunggu kami sampai. Bila kami semua masuk jak dewan serbaguna sekolah dorang tue, dorang terus menyanyikan 1 lagu untuk kami. Terharu walaupun penat. (T_T).


Muka-muka excited jumpa dengan abang-abang dan 
kakak-kakak Mahasiswa dari UiTM Shah Alam.


Then, kami semua yang tiba lewat tue diminta oleh AJK program untuk makan dulu sebelum memulakan aktiviti. Aktivitinya ialah pemberian adik angkat bagi setiap seorang. So, setiap daripada kami mesti ada seorang atau 2 orang adik angkat yang kami kena jaga. Ada yang dapat 2 orang adik angkat, ada yang dapat 1 jak. Tapi alhamdulillah, aku dapat seorang adik angkat dari suku Orang Asli nie. Namanya Ikhwan, umurnya 12 tahun, dia anak ke-4 daripada 5 orang adik-beradik. Banyak jugaklah aku bertanya dengan budak nie sampai dia pun pening nak menjawab. Muahahahaha. Eyalah, kan mengeratkan hubungan silaturahim antara kita. Chewwaaahhh :P.

Budak belakang tue pun ikut interframe.
Tak tahu apa aksi yang dia cuba sampaikan.
By the way, inilah adik angkat aku.
Artis Kampung Kenang. Sedap suaranya kalau menyanyi.


Tapi sedih jugaklah sikit, sebab tiada coverage line di sana. 
Terpaksalah handphone berdiam diri selama 2 hari. 
Hanya dibuka untuk dengar lagu, baca sms dulu-dulu 
then ketawa sendiri-sendiri, main game or anything else 
yang kita boleh buat dengan handphone masing-masing. 
Aku biarkan jak handphone aku tu mati, 
last day nak balik baru charge balik 
sebab aku lupa bawa kepala charger Blackberry aku ni. 
Terpaksalah pinjam dengan kawan dan tunggu turn 
& oppoturnity untuk mengecas handphone.


Muka-muka excited menunggu balik ke bilik.
Muahahahaha.


Dalam jam 12 gitu, baru settle pemberian adik angkat masing-masing. 
Kami masuk ke bilik rehat yang telah disediakan. 
Semua peserta lelaki tidur dalam 1 bilik. 
Dalam bilik tue ada 6 katil bertingkat, so semuanya ada 12 katil lah kan. 
Tapi memandangkan kami ada 30 orang, so terpaksalah berkongsi-kongsi. 
Ada yang tidur di katil, ada yang di bawah lantai dengan tilam. 
Testing-testing baju yang dibagi untuk program tu 
"Program Jelajah Didik 1 Malaysia Orang Asli", so bergambar dulu sebelum tidur. 
Muka-muka penat semuanya.Hahahahaha.


Hari seterusnya iaitu hari Sabtu. 
After breakfast, kami diberikan taklimat tentang 
program yang dijalankan pada hari tu. 
So, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 
Ada kumpulan yang buat Khidmat Masyarakat 
dan 1 kumpulan lagi buat Modul bersama budak-budak Orang Asli tu. 
So, aku ikut buat Modul tue sebab Khidmat Masyarakat tu 
cuma perlukan wakil 4 orang dari setiap kolej lelaki 
dan 2 orang wakil dari kolej perempuan.


Ada gaya menjadi seorang guru kah ? Muahahaha. 
Susah sebenarnya nie menjadi seorang guru. 
Bukan mudah tau, sebab memerlukan kesabaran yang besar 
baru boleh mendidik pelajar-pelajar nie. 
Apatah lagi dengan budak-budak sekolah rendah, 
yang dorang tahu main, main dan main. 
So, perlu kuat motivasi pelajar supaya rajin belajar.
 Chewahh, padahal kita pun begitu dulu -_-. 
Takpalah, ambil tu sebagai pengajaran dan guideline kepada budak-budak nie.


Bersama dengan Ucop menguruskan Modul bersama budak-budak ni.


Explain, explain, explain.
Budak depan aku tu dok ternganga jak, tidak paham apa aku cakap.
 Takpa, janji semangat mengajar tu kuat.


Hasil kerja daripada Modul yang diberikan.
Mengenai "Pulau Impian" kalau tak silap aku.
Objektifnya memberi budak-budak pendedahan tentang kreativiti dorang.
So, dorang tak segan mahu tunjukkan dan faham 
matlamat dorang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.


Habis Modul tue, jam 2.30 p.m ada upacara perasmian 
daripada Timbalan Naib Canselor UiTM Shah Alam  
iaitu Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said datang ke SK. Kg. 
Kenang untuk merasmikan Program Jelajah Didik 1 Malaysia Orang Asli. 
So, before turun ke dewan, sempat lagi bergambar dengan Asrul dekat tangga.


Setelah habis perasmian, semua VIP bergambar bersama-sama.



Bergambar bersama dengan Hadi @ Adi dan merupakan 
satu-satunya wakil daripada Kolej Teratai.


Sempat lagi bergambar.
Muahahahaha, gila bergambar.


Lepas perasmian tue, kami balik semula ke bilik untuk berehat seblum memulakan aktiviti yang seterusnya. Aku malas nak ganti-ganti baju atau seluar, aku just pakai baju & seluar yang sama time aktiviti sukan. Hahahahahahahaha, pedulilah situ. Bukan main apa-apa pun, just bagi support ngan budak-budak tue jak pun dan urus dorang. Nie antara aktiviti yang dilaksanakan, aku pun ndak tahu apa nama aktiviti nie sebenarnya. Buat-buat faham jaklah game apa nie. Muahahahaha. Mahasiswa & Mahasiswi UiTM bersemangat menguruskan budak-budak Orang Asli nie. Memang terbaiklah (y).


Sebelum aktiviti bermula, abang-abang dan kakak-kakak sibuk
menguruskan pasukan masing-masing.



Bergambar jak kerjaku, tapi aku buat kerja jugak bha.
Bukan tidakbuat kerja, eyalah mahu masukkan dalam blog.
Mestilah kena banyak gambar penulisnya.



Once again , bergambar lagi. Muahahahaha. 
Tapi takpalah, banyak jugak kawan-kawan yang lain. 
So, tidaklah jugak bosan asyik tengok gambar aku jak. 
Muahahahaha. Nampak tangan Asrul sedia nak tuangkan air di kepala aku. 
Aku tak perasan, bila air tu dah mengalir atas kepala aku. 
Aku siram balik air dengan Asrul.


Nampak rambut aku dah basah.
Semuanya disebabkan oleh Asrul.
Kureng betul.



Before balik ke bilik untuk bersihkan diri, sempat lagi bergambar. 
Time tue ada aktiviti pembuangan tepung (*sesuai kah ayat aku nie :P)
Aku dah lari jauh-jauh pun still kena juga 
tapi bahagian seluar jaklah, muka still suci bersih lagi. 
Tapi ada jak cara dorang kenakan aku tepung walaupun sedikit. 
Macam tepuk bahu aku time jalan sama-sama 
balik ke bilik -_-, macam-macam jak.



Pada sebelah malam pulak, aktiviti malam kebudayaan dan persembahan daripada Mahasiswa UiTM dan suku kaum Orang Asli. 
Memang bestlah tapi lambat habis. Sampai ndak bertenaga 
sudah mahu naik tangga pergi ke bilik. Hahahahaha. 
Bersama dengan kawan-kawan dari Kolej Jati. Hehehehe. 
Ambil gambar dulu. Siap pakai "tengkolok", 
bukan "tengkolok" namanya tu, aku pun lupa sudah apa namanya.
Ni "seludang namanya. Time tue Pengerusi PIBG SK.Kg. 
Kenang yang sarungkan di kepala kami. 
Itu pun sebab kami minta dengan dia.



Malam tu macam-macam tarian dan aktiviti macam karaoke 
dan persembahan khas daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Shah Alam. 
Menari tarian tradisional suku kaum Orang Asli. 
Time tu aku mahu naik tapi malu. 
So, ambil gambar kawan-kawan jaklah 
yang join menari di atas pentas tu. Muahahahahaha.



Bersama dengan kakak dari Kolej Anggerik, dari FSPU. 
Kakak ni bernama Zaireen Ishaqin Jaini dan aku 
tahu dia lama dha menunggu aku update blog nie. 
Dari semalam lagi dia tunggu. 
Sorrylah lambat update, kakak, "IJEK".



After malam kebudayaan tu, semuanya macam silent jak. Kepenatan semuanya, sampai jak bilik. Semuanya "landing", bukan semuanyalah tapi majoriti. Then, esok paginya kami pergi berjalan-jalan pergi ke kampung-kampung Orang Asli dan mandi sungai. Tapi for honestly, aku langsung ndak turun pergi mandi sungai. Ndak taulah, malas sebab balik Tawau pun nanti boleh mandi sungai cuma kena berbayar jaklah. Amboi, bertrepnya abang nie ndak mahu mandi sungai. Well, biasalah jaga status konon. Sampai jak di bilik, kami bersiap sedia & packing barang untuk balik ke UiTM Shah Alam.Bergambar dengan hadiah yang dimenangi. Lepas tue, bagi dengan adik angkat hadiah yang di sebelah tangan kiri aku tue. Huhay.


Bergambar dulu dengan banner program sebelum balik.



Time majlis penutupan tue, kami semua bergambar beramai-ramai. 
Well, biasalah. Sudah menjadi kebiasaan kan 
untuk setiap program buat gambar beramai-ramai. 
Sorrylah aku crop gambar nie sebab aku rasa terlalu besar. 
Hahahahaha. Kalau mahu tengok muka sendiri, pandai-pandailah zoom.


Before balik, aku berjumpa dulu dengan adik angkat aku, Ikhwan 
dan ambil gambar bersama dengan dia. 
Harap-harap dia still ingat aku kalau-kalau aku ada 
rezeki datang ke sekolah lagi tu balik. 
Insha-Allah, masukkan dalam plan kalendar 2013. Hihihihi.


Sesi bersalam-salaman bersama dengan budak-budak Orang Asli ni. 
Siap ada yang menangis, yalah sedih kan. 
Jarang-jarang orang luar datang ke SK.Kg. Kenang nie 
untuk buat program bersama-sama dengan pelajar-pelajar SK.Kg. Kenang. 
So, bila orang luar datang, dorang pun malu-malu 
dan menjadi pasif tapi sebenarnya dorang suka 
bila kita bagi perhatian dan bermain-main dengan dorang ni.


So, aku rasa cerita yang aku tulis nie tunggang langgang. Hahahaha. Kelam kabut tulis cerita nie. Aku tak dapat berikan ayat-ayat yang bombastik untuk kamu feel the moment, but just look at the pictures, mesti nampak best kan. Hihihihihi. By the way, ucapan terima kasih kepada Kolej Anggerik sebab sudi mengajak kami dari Kolej Meranti dan kolej-kolej yang lain seperti Kolej Jati, Kolej Perindu, Kolej Teratai, Kolej Delima, Kolej Seroja, Kolej Melati, Kolej NR dan Kolej Mawar. Terima kasih jugak kepada Encik Irwan Bin Zakaria sebab pilih saya dan kawan-kawan yang dari Kolej Meranti untuk join program nie.

Lain kali kalau buat program, ajak-ajaklah lagi kolej-kolej lain & buat program bersama-sama, okey. Hahahahaha. By the way, program nie sedikit sebanyak memberi input kepada diri aku di samping dapat kawan-kawan baru dari kolej-kolej lain. Lastly, sorry kalau aku gunakan ayat skema or semi-formal. Risau-risau kalau ada yang terbaca kan post nie oleh kawan-kawan dari UiTM. So, better beware. Penat tangan aku menaip dari semalam. Ini baru cerita untuk 3 hari 2 malam, ndak tahulah kalau ada program 7 hari 6 malam. Muahahahaha. Patah tangan aku kali untuk menaip dan otak pun kena fikirkan ayat yang bombastik. Harap kawan-kawan yang join program nie berada dalam sihat walafiat. So, that's all fo today, bubye.

Tuesday, April 9, 2013

I'm a bookworm :3

Assalamualaikum guys :)

Hihihihi, once again aku dapat update blog. Gunakan opportunity yang ada, just grab. Habis update blog nie, nak pergi study (*kononlah :P). Muahahahaha. By the way, aku ndak tahu mahu cerita apa sebenarnya nie. Tengah memikirkan modal cerita apa yang patut aku sampaikan dalam blog nie. You're such a WEIRDO -_-, Addy ! Tak tahulah, tiba-tiba semangat nak menaip di blog nie tapi ndak tahu cerita apa yang mahu dikongsi. Kalau aku cerita aku beli buku, bolehkah ? Bolehlah bha. Muahahahaha, boleh bha kalau kau, Addy ! Kami layan jak kau bha. Nie adalah antara buku-buku yang aku beli. Gunakan baucer buku 1Malaysia, aku ndak tahu mahu beli dengan baucer buku yang tinggal RM50.00 tue, so aku belilah buku-buku dengan penambahan RM0.50 jak, aku dapat beli 4 buah buku.






Actually time nie ada promosi jualan buku dekat PTAR UiTM. Area dataran, aku pun ndak tahu apa dataran tue. Muahahahaha. So, kira macam miracle time lah tue. Tiba-tibalah ada promotion, aku apa lagi. Grab the oppoturnity yang ada. Insha-Allah aku akan habiskan baca buku nie semua. By the way, kepada pelajar UiTM, datang-datanglah ke promosi buku nieberdekatan dengan PTAR 1 jak. Rugi tak pergi. Goodbye.

Friday, April 5, 2013

My New Phone: Blackberry 9320

Assalamualaikum guys :)

1 minggu dah berlalu untuk post aku yang lalu. Lambatkan aku update status nie, eh, update status pula. Update blog nie bha. As you all know, as usual... (*malas nak sebut dha :P). Muahahahahaha. By the way guys, I just want to tell you that I have bought a new phone. I hope it doesn't bother you at all. Well, sometimes people will said like this:

Untunglah banyak duit, boleh beli handphone baru...
Beli handphone baru pun perlukan nak masukkan dalam blog ?
Does I care you buy a new phone, I can buy 10 of it...
Ala, guna duit PTPTN jak pun beli handphone tue, kan ?

Kalau boleh beli sampai 10, bagilah dengan aku 1. Terlebih kaya sudah kau nie. Aku beli pun atas keperluanku juga dan aku guna duitku juga bukan pakai PTPTN, okey...
Take a note for that statement. (*tiba-tiba emosilah pulak :P). Tapi kamu belum tahu kan apa type handphone yang aku pakai ? Aku guna Blackberry 9320.


Aku beli sebab aku rasa designnya yang sedap digenggam. Tapi skrin agak kurang puas hati sikitlah sebab kecil. Tidak palah, janji boleh BBM, boleh Whatsapp, boleh LINE, boleh Internet, boleh buka Twitter, boleh buka Facebook, boleh call, boleh sms. Actually aku nak beli Blackberry Torch 9810 tapi oleh kerana duitnya yang tidak cukup, aku belilah 9320 dan sangat berpuas hati dengannya. Yups, aku tahu kalau pakai Blackberry 9810 lebih bergaya tapi apakan daya -_-. That's all for today. Cerita pendek yang membosankan. Muahahahaha.