Thursday, July 18, 2013

Selamat Menjadi Mahasiswa & Mahasiswi

Assalammualaikum guys :)

Okey, this is my second entry since I'm back from Shah Alam. Hihihihi. Banyak masa terluang di rumah. So, manfaatkan dengan sebaiknya. Lagipun  cuti aku untuk semester nie cukup-cukup sebulan sebab aku kena balik ke UiTM Shah Alam maybe pada hari raya ke-5 atau ke-6 iaitu bersamaan 14 atau 15 Ogos 2013. Nak tahu kenapa aku balik awal ? Actually ini berkaitan dengan pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), terus terang aku cakap, aku malas nak balik awal ke Shah Alam. Rasa macam cuti sebulan nie macam tidak cukup jak bagi aku. Dulu bukan main terhegeh-hegeh balik Shah Alam tapi sekarang nie macam mahu stay di rumah jak. Sobs, sobs, sobs (T_T). 


By the way, aku dan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku telah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan di semester ke-2, tamat sudah pengajian di Tahun 1, sekarang move on pengajian di Tahun yanng ke-2 untuk semester 3. Yahooooo ! Tapi belum boleh bergembira sangat sebab result untuk semester ke-2 sangat-sangat merisaukan aku. Aku pun ndak tahulah kalau boleh dapat 3.00 and above. Semester nie bukan banyak main, cuma banyak tidak fokus dan serius dalam setiap kelas dan tidak tumpukan fokus untuk subjek-subjek yang lemah. Insya-Allah untuk semester 3 nie, aku nak rajin banyak daripada semester 1 dan 2 and at the same time aku akan tumpukan perhatian ketika berada di kelas. Insya-Allah :D.

Okey, kita balik ke agenda utama kita. Sorrylah aku nie suka cakap hal yang merapuh-rapuh sebelum masuk ke agenda utama. Muahahahahaha. Aku just nak ucapkan Selamat Menjadi Mahasiswa dan Mahasiswi. Hihihihihi :D. Tahniah kepada kawan-kawan, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan masing-masing ataupun yang tidak dapat masuk ke universiti pilihan sendiri tapi still dapat masuk universiti daripada tidak dapat apa-apa langsung, kan :D. So bersiap sedialah mental dan fizikal anda untuk menempuhi cabaran sebagai mahasiswa ataupun mahasiswi. Kepada yang tidak berjaya menempatkan diri ke universiti, jangan risau. Insya-Allah lagi banyak peluang dan rezeki yang kamu bakal perolehi, okey :D. 


Lagi 1, nanti aku masukkan entry mengenai senarai barang yang perlu dibawa semasa masuk ke universiti, okey :D. Good luck for all of us dan semoga diberkati usaha kita. Usaha tangga kejayaan, bukan kegagalan tapi merujuk kepada usaha yang digunakannya, kalau usaha itu untuk kebaikan, maka kebaikanlah yang dia perolehi tapi kalau usaha itu digunakan untuk keburukan, maka keburukanlah yang dia akan perolehi :D. Selamat berpuasa.Sorrylah lambat wish tanpa ada alasan yang kukuh. Untuk gambar kali nie, aku bagi bayang-bayang aku jak. Malas nak show off muka untuk entry kali nie, tapi lain kali jangan risau, akan ku sisipkan setiap entry tue dengan gambar aku.

Wednesday, July 17, 2013

I have Instagram !

Assalamualaikum guys :D

Setelah sekian lama aku tidak update blog nie, terasa hidup nie tidak bermakna, chewwah. Ayat menyedapkan hati sendiri. Muahahahaha. Tiba-tiba teriak :

I have INSTAGRAM !

Well, it's normal lah orang ada Instagram. Kau nie ketinggalan zaman lah, Addy. Orang dah berpuluh-puluh, beratus-ratus pic sudah orang masukkan dalam Instagram. Kau baru nak start pakai. Ehemehem. Actually aku bukan baru nak start pakai. Sudah lama ada Instagram, tapi ndak tahu macam mana mahu pakai. My bad :C. Tapi sekarang nie jangan risau, aku dah "reti" pakai. Okey. Thumbs up untuk diri sendiri :D. Muahahahaha. Dulu aku ndak tahu macam mana mahu guna insta-insta nie bagai. Yang selalu update Facebook, Twitter, sekarang nie pun mula berjinak-jinak dengan Instagram. 


Okey. This is my Instagram : Addy Azizul Jeffry. Kepada sesiapa yang nak follow tue, perasan famous pulak aku suruh-suruh orang follow Instagram aku tapi tak nak pulak follow Instagram orang lain. Hehehehehe, jangan risau, insha-Allah kalau aku ada kekuatan nak follow Instgram kamu, aku akan follow, okey :D. Lagi better kalau follow-memollow,(*perkataan apalah yang aku cipta nie). Konon-konon dapatlah kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim :D. Okey guys, sampai jak dulu aku menaip, okey. Mahu sambung pmtidur, penat semalam mengecat dinding bilik. Entry yang terpendek setakat nie :D.

- End for this chapter -