Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum guys :)

Sebelum aku start menulis blog nie, aku akan pastikan ada chocolate cadbury di sebelah aku. Konon-kononnya bila chocolate tue cair di mulut, so otak aku pun mula cair dengan memberikan pelbagai-pelbagai idea. Hahahahaha. Sebenarnya saja jak, aku bukannya peminat tegar chocolate, okey. Kalau ada chocolate, aku makanlah tapi kalau tiada, tiadalah. Tidaklah terlalu taksub dengan chocolate. Hahahahahaha. Sekarang nie masuk raya ke-5 sudah kan, macam ndak sangka cepatnya masa berlalu. Aku lagi bertambah bosan bila si Muslihuddin @ Ucik balik sudah ke UTM di Skudai, Johor. Tapi ndak pa, ada juga sahabat-sahabat yang lain boleh diajak berjalan. Hehehehehe. Honestly aku cakap, ramadhan tahun dan raya tahun nie aku rasa macam ndak meriah sangat macam dulu-dulu dan aku pun ndak tahulah apa sebabnya atau aku nie banyak sangat berfikir. 

So, raya tahun nie warna tema kami sekeluarga ialah berwarna "MERAH", menyala seperti api. Hahahahaha. Aku beli baju Melayu yang pasang siap jak, senang tak payah fikir banyak mahu jahit di mana nanti. Mamy aku yang suruh beli baju pasang siap, kalau aku mestilah high demand, mahu minta dijahit juga. Hahahahaha. Tapi oleh kerana malas mencari tukang jahit lagi, terus beli lah yang pasang siap terus. Beli butang jak. Simple as it can. 



Malaslah aku mahu share gambar family sekeluarga, ndak apa bha kan. Hahahahaha. Semakin malas sudah aku menaip cerita di blog nie, ikut mood kalau mahu menaip di blog nie. Kesian kan. Tahap kemalasan aku semakin menjadi-jadi. Bila tiada internet, terhegeh-hegeh mahu mencari line untuk update blog nie tapi bila ada sudah internet, dibiar-biar jak blog nie. Adoooooiiii, susahlah kalau begini kan. So, kalau mahu tunggu lagi cerita aku, kena tunggu mood kerajinan ku datang. Kalau ndak, berminggu-minggu atau berbulan-bulanlah tue ndak diupdate oleh aku. By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin, cukuplah ucapan yang ringkas dan bermakna. Jemput datang ke rumah kalau ndak malu, hahahahaha. Jahatnya bha aku. Datang jak bha ke rumah, dialu-alukan tapi kena SMS, CALL, WHATSAPP, WECHAT atau apa-apa cara yang boleh contact aku dulu untuk beritahu yang kamu mahu datang rumah. Kalau kamu main terjah jak, menyesal nanti kamu. Ndak ada apa-apa yang special dibuat untuk kamu. Hahahahaha. Sekian saja untuk entry kali nie. See you next time.