Sunday, October 20, 2013

Tragedi Oktober

Assalamualaikum guys :)

It's already a month aku tidak update apa-apa di blog ni. Seems like I quite busy. Hahahaha. Maybe busy. Bayangkan dulu bukan main selalu update post tapi sekarang sebulan sekali, itu pun belum ada masa untuk update. Tapi alhamdulillah hari nie merupakan post pertama untuk bulan Oktober. Selama 5 minggu di sini, baru hari ni aku beriya-iya meng"update" blog aku nie. Actually aku baru jak lepas cuti seminggu untuk Mid-Term break sekali dengan cuti Hari Raya Aidiladha. Well, as usual aku memang tidak balik rumah kalau cuti seminggu jak. So, raya tahun ni aku beraya bersama-sama dengan kawan-kawan sekolah aku yang dulu. Most of them berada di UKM, so aku pergilah UKM selama seminggu di sana bersama-sama dorang. Terasa macam di Tawau juga, meriah bersama-sama kawan-kawan berada di perantauan. For your information, ini kali keduanya aku beraya di sini sempena Hari Raya Aidiladha. Bersyukurlah masih dapat menyambut Hari Raya Aidiladha. Hehehehe.

Part yang paling sedih bila terdengar takbir raya. Hati memang terasa sayu sebab tidak dapat balik beraya bersama keluarga. Ini baru Hari Raya Aidiladha, belum lagi Hari Raya Aidilfiri, memang sedih atau menangis di dalam bilik kalau ndak dapat balik. Hahahaha. Tapi time beraya di sini, perasaan lucu + sedih + gembira bercampur baur. Tidak tahulah apa yang buat aku rasa lucu. Maybe sebab kawan aku mengeluh sebab ndak dapat balik beraya atau sebab rasa raya nie sekejap jak. Tidak macam Hari Raya Aidilfitri yang kita selalu fikir ada raya ke-2, raya ke-3 dan seterusnya, kan. Semalam aku baru balik dari UKM, mahu cakap penat ndak juga sebab dalam kepala otak aku mahu cepat-cepat sampai jak di kolej. 

Bila sudah sampai, barulah terasa penat. Barulah terfikir pasal assignment bila kembali ke UiTM. Banyak kerja yang tertangguh, bila kerja tu tidak diminta, memang tidak bergeraklah. Hahahaha, kalau sudah diminta, memang kelam-kabut padahal atas kelalaian diri sendiri. Hmmmm. Harus dielakkan perkara itu daripada terjadi walaupun sudah terjadi tapi insya-Allah akan cuba dielakkan dan tidak akan buat kerja last minute. Sebab kalau sudah terbiasa, memang payah sudah dielakkan tapi kita usaha ubah, okey. Nasihat untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang baca post ni. Ambil yang baik, yang tidak baik tue ambil sebagai pengajaran. Kan, kan, kan (*sambil angkat-angkat kening). Cukup gambar di bawah nie sebagai gambar hiasan. Hehehehehe. Ambil mood, konon-konon balik rumah beraya.


Sampai di sini aku menaip, ada kerja yang menanti. By the way, tulis panjang-panjang pun buat orang penat membaca. So, better taip semampu yang boleh and at the same time menghiburkan. See you guys bila ada masa untuk update blog ni lagi.