Sunday, November 10, 2013

IKEA Meatballs, Damansara, Selangor

Assalamualaikum guys :)


Well, entry kali pasal makanan lagi, hari tue dah pasal makanan. Hahahaha. Blog aku nie dah jadi segmen makan-makan, kalah AFC atau Jalan-Jalan Cari Makan. Hehehehe. So, tempat yang aku pergi kali nie ialah IKEA. Aku pergi masa hari Jumaat yag lalu. Dari semester 1 lagi aku nak pergi ke tempat nie sebab selalu dengar kawan-kawan se"fakulti' cakap meatballs IKEA sedap tahap nak mampus, sedap yang betul-betul sedap, cuma tiada kenderaan atau kawan nak pergi sama-sama ke IKEA tue. Hehehehe. Aku rasa ramai dah tahu pasal meatballs IKEA nie, aku jak yang ketinggalan zaman dan jakun pasal meatballs nie. Tapi alhamdulillah hari nie tercapai juga hajat nak makan meatballs IKEA yang sedap-modap tue seperti orang cakap. 




Actually perkara nie tak dirancang pun nak pergi IKEA, tiba-tiba jak kawan aku, Asrul ajak pergi makan di sana. Dia cakap dia teringin nak makan meatballs. Aku pun layanlah sebab sudah lama mahu pergi makan meatballs IKEA dan akhirnya tercapai juga. Laluan nak pergi ambil makanan, stylenya sama macam style orang putih makan atas dulang dan beratur nak pilih makanan apa yang nak dimakan. After that, beratur untuk bayar makanan yang diprovidekan oleh IKEA. Hehehehe :)




Harga untuk meatballs tue RM14.00, 15 biji. Murah tau. Kalau nak order selain daripada meatball, ada juga menu yang lain disediakan. Ikut pilihan sendiri, kalau terasa mahu makan meatball, beli lah meatball tapi jangan order banyak-banyak nanti ndak habis, memang rugi lah. Makan panas-panas lagi sedap.



Tempat makan disediakan tapi ken awal datang lah sebab nanti ramai orang, susah nak cari tempat duduk. Kalau tak pun, just beli dan take away. Makan di rumah atau makan dalam kereta jak. Hahahaha.



Inilah meatballs yang orang-orang selalu cakap tue. Memang sedap. Tunggu apa lagi, pergilah ke IKEA sekarang, makan meatballs nie. Nyum-nyum :D




Muka excited konon makan IKEA :P. Actually time nie aku sudah kenyang sangat tapi disebabkan tidak mahu membazir, aku makan juga semua meatball tue. Rugi lah kalau makan habis. 



After makan, kami jalan-jalan sekitar IKEA, tengok barang-barang yang boleh digrab. First nak beli meja tapi berfikir malas nak bawa balik. So, lupakan saja hasrat nak beli meja tue. Kalau tak dapat beli meja, beli makanan pun boleh. Hihihihi :D


So, kalau teringin nak makan meatballs IKEA, datanglah ke IKEA yang terletak di Damansara. Bersebelahan dengan The Curve dan One Utama, nanti boleh jalan-jalan pergi mall nie . Ini link FB untuk Meatballs IKEA, so boleh tengok menu-menu yang diorang provide mengikut citarasa anda semua. Okey, that's all for today. Goodbye.

Friday, November 8, 2013

Cafe Kasturi, Shah Alam, Selangor


Assalamualaikum guys :D

Hehehehehe, well post hari nie mengenai makan. Hahahaha. Tadi aku pergi makan di kedai nie dengan kawan-kawan kolej aku. Makanan di kedai nie not bad at all, memang sedap. So, memang tak rugilah kalau pergi makan di sini. Nama kedai nie KASTURI, terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Berdekatan dengan kedai Molek, tapi kedai kena terletak di tengah-tengah kedai yang lain. Memang kena alert, takut tak terjumpa pulak kan. Kalau nak senang, cari jaklah signboard kedai KASTURI nie. 


Suasana kedainya santai dan tenang. So, time makan memang tenanglah tanpa ada sebarang gangguan :D. Time kami pergi tue, tak ramai sangat orang yang datang makan tapi para pelanggannya tak pandai putus. Orang keluar masuk jak kedai Kasturi nie. Kedainya pun tak terlalu "crowded" dengan bermacam-macam jenis perhiasan, maybe bagi memudahkan orang untuk lalu dan makan di situ. 


So, aku choose untuk makan Kuehtiaw Kungfu sebab abang, pekerja restoran tue yang recommendkan untuk makan kuehtiaw Kungfu nie sebab menurut abang tue ramai orang yang take order Kuehtiaw Kungfu  di kedai tue. Aku pun pesanlah mengikut apa yang abang tue recommendkan untuk aku. Hehehehe. Honestly, Kuehtiaw Kungfu kedai nie memang sedap tapi tak tahulah pulak kalau kamu yang rasa kan, maybe ada yang kata sedap, ada yang kata tak sedap, ada yang kata biasa jer atau seumpamanya. Setiapa orang ada citarasa masing-masing tapi bagi aku, Kuehtiaw Kungfu di kedai Kasturi nie memang sedap. Kepada sesiapa yang penggemar Kuehtiaw Kungfu, memang kena try makan Kuehtiaw Kungfu di restoran nie. Memang tidak rugi tapi jangan lupa bayar. Hahahaha. 


Nasi Goreng U.S.A. Nie bukan aku yang order tapi kawan aku yang order. 


Kalau nak makan makanan yang lain, jangan risau disediakan menu yang ada pelbagai jenis makanan yang dapat mengenyangkan. By the way, harga makanan yang kedai nie provide memang berpatutan dan semua orang mampu makan di kedai nie.


Bersama dengan Hidayat, muka khusyuk tengok berita ambil makan time tue. 




Ini pula seorang lagi kawan yang makan bersama-sama, Insan. Muka takut nak senyum atau lapar sangat nie sampai senyum pun paksa. Hihihihi :P


Nampak sangat muka berlakon makan, padahal tangan dah bergeletar pegang sudu tue sebab lambat betul diambil gambarnya. Hahahaha. 


Khusyuk makan, perut dah lapar sangat, tak mampu nak tahan-tahan lagi. Hehehehe :D


Aku rasa makanan yang kedai nie provide memang typical dan sama jak di mana-mana kedai makan atau restoran. Tapi sekali sekala cuba makan di kedai lain pun tak pa kan, rasanya lagi better sebab kita boleh bandingkan dari harga, kesedapan makanan dan juga kuantiti makanan yang dijual tue in every kedai makan atau restoran. By the way kita boleh save budget dengan menikmati makanan yang sedap-sedap, kan. Selamat mencuba dan kalau boleh datang lah makan ke kedai Kasturi nie untuk mencuba makanan yang ada di sini. Okeylah sampai sini jaklah entry aku kali nie, lain kali aku akan share lagi kalau aku pergi makan di tempat-tempat lain. Okey. See you guys around :D.

- End for this chapter -

Wednesday, November 6, 2013

Program Sukarelawan Mangsa Gunung Berapi Sinabung, Medan, Indonesia

Assalamualaikum guys :D

Alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas aku bersama rombongan pulang dari Medan, Indonesia sempena Program Sukarelawan Mangsa Gunung Berapi Sinabung, Medan, Indonesia. Program nie berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu 1 November - 3 November 2013 dan seramai 34 orang yang mengikuti program nie. By the way, program nie merupakan gabungan 3 kolej di UiTM: Kolej Meranti, Kolej Perindu dan Kolej Anggerik. So, tidaklah bosan sangat kalau 3 kolej yang pergi. Kami bertolak dari Kolej Meranti pada pukul 2.30 a.m, so semua peserta dari Kolej Perindu datang ke kolej kami untuk sama-sama naik bas dan pergi pula ke Kolej Anggerik untuk ambil peserta perempuannya lagi.

# Hari Pertama (Jumaat) - 01 November 2013

So, bila semua barang barang-barang bantuan yang kami nak bawa ke Medan dimasukkana ke dalam bas, kami pun bertolak dari UiTM Shah Alam ke KLIA around 45 minit jugaklah kalau tidak silap aku. Time dalam bas tue, semuanya silent tahap kebabom sebab masih mengantuk. For your information, malam sebelum kami bertolak tue, kolej kami ada buat Pertandingan Jayawara Pidato antara kolej di UiTM. Kolej kami kolabrasi dengan Kolej Teratai. So, memang penat tahap gabanlah before bertolak ke Medan. Aku kelam-kabut packing segala barang-barang untuk dibawa ke Medan dan hasilnya aku hanya bawa 1 backpack dan 1 beg untuk simpan passport, dompet dan barang-barang yang kecil. Around pukul 4.50 lebih, kami dah settle check-in semua barang-barang dan pergi ke McDonald untuk sarapan pagi tapi masing-masing bayarlah dan makan di sana sangat mahal. Tapi honestly, time tue dah kebulur sangat, so tak fikirkan sangat pasal harga McDonald yang lebih mahal di airport berbanding McDonald tempat lain.


Peserta dari Kolej Kediaman Meranti dan Kolej Kediaman Perindu.



After breakfast, kami semua turun ke bawah dan bersiap sedia untuk terbang. Honestly, banyak sangat security nak dilalu, memang menyusahkan. Hmmmmm :C.



Bersiap sedia untuk bertolak seawal pukul 6.15 a.m pada waktu Malaysia.



Siap layan movie tapi tak cukup masa nak habiskan sebab penerbangan ke Medan sekejap jak. So, terpaksalah tengok separuh movie tue. Hehehehehe. By the way, sediakan sendiri earphone untuk disambungkan jika mahu tengok movie atau pun dengar lagu. Okey :D.



Pemandangan Medan dari atas kapal terbang.



Welcome to Medan, Indonesia !

Inilah Kuala Namu International Airport sekitar 1 jam dari bandar Medan. For your information, kami tiba di Medan pada pukul 7.15 a.m waktu Malaysia dan kalau ikut waktu Medan pula, kami tiba pada pukul 6.15 a.m. That means di Medan lewat sejam berbanding waktu Malaysia. Macam lucu juga, sebab kami terbang dari KLIA pada pukul 6.15 dan tiba di Medan pada pukul 6.15 juga. Hahahahaha. So, jangan pening nanti kalau pergi ke Medan. Memang kena alert supaya tak salah tengok waktu. 



Muka-muka excited dan sembab sampai di Kuala Namu International Airport, Medan, Indonesia. Tidak lama pun penerbangannya, sekitar 45 minit dari KLIA - KNIA (*bagi singkatan untuk Kuala Namu International Airport :D).



After siap check-out dari airport, kami dah disambut oleh tour guide Indonesia kami iaitu Pak Siddik dan seorang mahasiswa, Antonio Limbeng daripada Universitas Darma Agung, Medan yang sedang menjalani praktikalnya. Umurnya 21 tahun, sama umur dengan aku tapi dia dah nak habis belajar. Hehehehe. Aku masih ada 1 tahun setengah lagi baru graduate, insya-Allah :D. Dari Kuala Namu ke bandar Medan atau kota Medan mengambil masa 1 jam. So, sekali lagi bas macam cerita silent hills, sangat-sangat senyap sebab semuanya sambung tidur termasuk aku selepas bercerita-cerita dengan Antonio. Kami lambat sampai ke bandar Medan sebab jalan sesak. Time tue orang sibuk nak kerja, sebab tulah jalan sesak. Kami singgah makan tak tau di warung mana. Oleh kerana terlalu lapar, kami pergi makan jak. Tapi tengok warung tue, memang ramai yang pergi makan di sana. 

Inilah makanan yang kami makan pada waktu pagi di sana. Sedap tue memang sedap tapi tak kena dengan tekak. Tapi disebabkan lapar, makan jugaklah sampai habis. Tapi tengok jak makanan begini, ingatkan murah. Mahal tau diorang cajkan around RM9.00 ++ untuk seorang, kalau dalam matawang Indonesia sekitar Rp40 000.00. Better makan di Chicken Rice Shop, lagi murah makan sana. Maybe diorang cajkan mahal sebab diorang tau matawang Malaysia lagi mahal berbanding dengan matawang Indonesia. Hurmmm :C.



Habis sarapan, kami terus bertolak ke Perkampungan Gunung Sinabung yang meletus pada Hari Raya Aidiladha baru-baru tue untuk program Khidmat Masyarakat kami di sana. Kami singgah makan tengah hari di  restoran dan solat jamak bagi memudahkan perjalanan kami. Time kami sampai jak sana, penduduk kampung di situ sudah berkumpul di masjid menanti ketibaan kami. Nampak sangat muka excited penduduk kampung di situ time kami sampai bawa sedikit bantuan. Aku sempat juga bertanya jumlah penduduk yang tinggal di Desa Kutambelin dengan pakcik yang bawa kami ke sana. Aku apa lagi berlagak cakap indon lah dengan pakcik nie dan pakcik nie pun layan jaklah. By the way, nama perkampungan nie ialah Desa Kutambelin Kecamatan Namanteran.

Addy: Pak, penduduk yang tinggal sekitar sini berapa orang ?
Pakcik: Kalau yang tinggal di kampung nie lebih kurang 300 orang tapi yang Muslimnya cuma 130 orang. Jadi yang selebihnya bukan Muslim.
Addy: Owh. Terima kasih, pak.

So, berdasarkan dialog aku dengan pakcik tue, kamu mesti dapat pick-up dah kan. That means tidak ramai penduduk Islam di Desa Kutambelin nie. But before that, aku ada juga tanya dengan Antonio dan dia cakap ramai penduduk di Medan nie orang Battak dan ramai juga orang Non-Muslim. Banyak jugaklah aku bertanya dengan si Antonio nie dan dia pun menjawab jak semua pertanyaan aku. Kadang-kadang dia tak faham aku cakap and kena cakap Bahasa Inggeris dengan dia. Lagipun bagus untuk dia sebab dia nak jadi tour guide lepas nie. 




Selamat Datang !
"Puan Siti Hafsah Zulkarnain dan Rombongan University Technologi Mara Malaysia di Desa Kutambelin Kecamatan Namanteran"



Inilah dia Antonio Limbeng, mahasiswa dari Universitas Darma Agung, Medan dan juga merupakan tour guide kami sambil dia menjalani praktikalnya. Dia ambil kursus Tourism dan Travel di Universitas Darma Agung, Medan.



Bersama dengan penduduk Desa Kutambelin, Medan, Indonesia.


Selesai program di Desa Kutambelin, kami terus check-in hotel di Berastagi. Nama hotel tue ialah Sinabung Hills Berastagi. So, kalau nak menginap di sini, bolehlah terus booking bilik melalui link nie Sinabung Hills. Cuaca di resort nie memang best sebab cuacanya hawa sederhana, tak payah guna aircond pun sudah sejuk. By the way, cafe di resort nie buka 24 hour dan tak perlu risau kalau nak makan tengah malam, datang and order jak di cafe di dalam tapi bukan semua makanan lah dapat disediakan, cuma makanan ringan jak. 

Masa aku tengah lapar dengan Ridhwan, aku dengan dia makan Pisang Goreng Seri Kaya. Memang sedap. Sorrylah aku tak sempat ambil gambar guna kamera tapi aku ada ambil guna kamera handphone. Harganya dalam Rp20 000.00, kalau dalam Ringgit Malaysia sekitar RM5.00 ++ lah gitu. Kalau dibandingkan harga makanan hotel yang lain, di Sinabung Hills Berastagi nie antara hotel yang menawarkan harga yang rendah dan berpatutan tapi kalau nak lagi save, bawalah makanan sendiri.

Kolam renang pun ada disediakan. Tapi time semuanya penat dan tak larat nak mandi kolam. So, aku, Pian dan Asrul sudah plan nak mandi kolam dan beria-ria nak mandi di kolam tue walaupun cuaca di luar sejuk, memang tidaklah sejuk macam di Kundasang,tapi boleh mengigil juga dibuatnya. Masa tue, baju dah basah kuyup terjun kolam sana sini, tiba-tiba datang pulak pakcik sekuriti yang ada di situ bagitau yang air kolam tue rosak disebabkan debu letusan gunung berapi. Memang kena lagi time tue, lampu di kolam tak hidup, so memang tak ketara lah macam mana warna air kolam tue. Kami pulak dah sibuk terjun sana sini. Maka atas faktor keselamatan, terpaksalah balik ke bilik dengan pakaian basah kuyup. Sampai jak bilik, berendam dengan air panas dalam tab mandi, memang tertidurlah dibuatnya. 


Suasana di Hotel Sinabung Hills Berastagi.



Bilik tidur yang sangat-sangat selesa. Boleh muat 1 family kalau datang ke sini.


Siap ada Tv lagi tau. Tapi rancangannya memang rancangan Indonesia lah dan sari katanya pun bahasa Indonesia. Hehehehe. So, servicenya memang terbaiklah untuk orang ramai.



By the way, siapa yang suka berendam, tab mandi ada disediakan. Kalau di rumah tiada, so apa lagi. Gunalah tab mandi nie sepuas-puasnya. Memang terbaik :D



# Hari Kedua (Sabtu) - 02 November 2013

Habis berehat dan sarapan, kami bersiap sedia untuk check-out dari Hotel Sinabung Hills Berastagi pada pukul 8.00 a.m (waktu Medan) dan 9.00 a.m (waktu Malaysia). Before nak check-out, kami sempat bergambar-gambar di sekitar Hotel Sinabung Hills Berastagi. Memang sangat cantik landskapnya dengan cuaca yang tidak terlalu panas. So, aku capture lah gambar Hotel Sinabung Hills Berastagi pada waktu pagi sebab semalam time check-in hotel, kamera aku dah habis cas. So, tak sempat nak ambil gambar. Lagipun, kalau nak ambil di luar Hotel Sinabung Hills Berastagi pada waktu malam, memang tak nampak. 

Suasana di sekitar Hotel Sinabung Hills Berastagi dari arah pintu belakang. Udaranya pun memang nyaman dan tenang berada di sini. 




Pemandangan daripada bilik Hotel Sinabung Hills Berastagi.




Gambar kenangan bersama dengan kawan-kawan yang mengikuti program nie di Hotel Sinabung Hills Berastagi. Dari kiri gambar : Husna, Asrul, Antonio, Addy, Farouq dan Aini.



Then, kami stop di Berastagi dan turun dekat area pasarnya untuk beli barang-barang. Time di sini, barang nya pun kira murah juga. Tapi memang kena pandai tawar dan manis mulut kalau nak murah. 




Macam orang Jawa tak ? Hahahahaha. 



Jaket kulitnya nie dalam sekitar Rp200 000.00 (RM60.00), memang berbaloi beli dan puas hati kalau nak beli di Malaysia, maybe kedai-kedai di Malaysia jual dalam sekitar RM150.00. So, aku pun grablah jaket nie untuk dipakai pergi ke kuliah :D.


Strawberry dijual di Berastagi sangat murah kalau compare di Kundasang. Bayangkan 1 kotak plastik yang besar tue dijual dalam harga RM5.00, kalau nak dibandingkan di Kundasang, diorang jual RM10 -15.00 untuk kotak plastik yang kecil. So, memang puaslah kalau nak makan strawberry tapi aku bukanlah penggemar strawberry. Hahahaha.



Singgah sekejap untuk makan durian :D. Nom nom nom nom.



Sampai jak di Medan, kami terus pergi makan tengah hari dan after lunch dan solat semuanya, kami pergi Bolu Meranti yang terletak di Jalan Kruing No.2K Medan bersebelahan dengan Garuda Plaza Hotel Medan. Kalau nak tengok lokasi atau lebih lanjut mengenai bolu nie, bolehlah pergi ke link nie Bolu Meranti. Bolu gulung Meranti nie memang terkenal dan sangat ramai yang beli. Memang tidak rugilah kalau beli bolu nie. Bangga sikit sebab nama kedai nie sama dengan nama kolej kami, iaitu Kolej Meranti :D.



Senarai Bolu Meranti yang dijual. Banyak pilihan. So, depend dengan kamu nak pilih yang mana satu. Yang paling murah ialah Rp50 000.00 (RM10.00) dan yang paling mahal ialah Rp360 000.00 (RM100.00). Boleh tengok gambar di bawah dan buatlah pilihan sendiri :D.




Bergambar bersama dengan Farouq di Bolu Meranti :D.



So, kami share-share duit dan beli Bolu Meranti: Topping Keju dan intinya pun keju. Memang sangat sedap. Kalau Topping Keju dalam sekitar Rp65 000.00 (RM15.00), so better beli sama-sama sebab bolu sangat besar dan tak tahan lama, paling tahan pun 3 hari. So, kalau nak beli dan bawa balik ke Malaysia, better beli time nak balik.



Time nir pulak berada di Pajak Ikan, Medan. Syurga bagi sesiapa yang suka belanja. Barang-barang di sini murah kalau pandai tawar. Tapi aku tak sempat gambar suasana time di dalam Pajak Ikan tue sebab ramai sangat orang. Nasib baik kami pergi tempat tue habis hujan, kalau time hujan kami pergi, mesti payah nak berjalan atau membeli. So, time pergi ke Pajak Ikan tue, aku sempat beli jubah pada harga Rp 250 000.00 bersamaan dengan RM80.00 dan juga sehelai baju "I LOVE MEDAN" pada harga RM10.00. Habis pergi ke Pajak Ikan tue, kami terus pergi check-in Hotel Green Garden Alpha Inn.



Malam tue kami dah plan nak pergi Spa dan Saloon tapi memandangkan semua kedai tutup, terpaksalah batalkan niat dan plan nak pergi ke Merdeka Walk daripada duduk di bilik jak. Lagi bosan kalau duduk bilik jak, so better luangkan masa sepenuhnya semasa berada di Medan. Kan, kan, kan (*angkat-angkat kening minta sokong :D).

On the way ke Merdeka Walk. Tak semua yang pergi sebab ada yang penat, ada yang pergi tempat lain. So, kami nie kira yang bersemangat mahu berjalan ke Merdeka Walk sebab bosan duduk bilik. Hahahahaha. 11 orang pergi ke Merdeka Walk, so taklah risau sangat kalau jalan ramai-ramai tapi kena berhati-hati juga.



Sebelah kiri dari pandangan gambar, itulah Merdeka Walk. 




Sampai di Merdeka Walk :D.




Lepak minum dan makan di Merdeka Walk. Rasanya yang special tempat tue tempat orang lepak duduk minum dan makan jak. Selain daripada tue, memang tiada apa yang special di Merdeka Walk. Tapi honestly, memang ramai orang, so kena berhati-hati dengan pencopet. Kalau time malam minggu, memang ramai orang, sangat crowded. 



Habis makan di Merdeka Walk, kami balik tapi oleh kerana semuanya penat nak jalan kaki balik dan at the same time, hotel yang kami tinggal tue jauh daripada Merdeka Walk. Nasib baik ada Nurikmal minta tolong dengan pakcik yang bawa lori banner tue hantar kami ke hotel. Tapi mestilah kena bayar kan, so kami semua bayar Rp 100 000.00 untuk 11 orang. Semuanya duduk di belakang dengan muka tiada perasaan malu. Hahahaha, memang luculah time tue. Sampai jak hotel, mandi dan turun bawah untuk makan bolu yang kami beli tue.

# Hari Ketiga (Ahad) - 03 November 2013

Habis sarapan dan check-out dari Hotel Green Garden Alpha Inn, kami terus ke Istana Maimoon yang terkenal di Medan, Indonesia.




Bapak atau pakcik yang bertugas untuk menerangkan sejarah mengenai Istana Maimoon nie kepada kami semua. Dia pernah tinggal di Malaysia tapi pada usia 17 tahun, dia pindah ke Medan, Indonesia. 


Suasana di sekitar Istana Maimoon. 




Gambar rombongan di dalam Istana Maimoon.



Gambar rombongan di luar Istana Maimoon.



Habis kami lawatan di Istanan Maimoon, kami beli dan take away makanan tengah hari untuk makan di airport nanti. After that, kami terus pergi ke Kuala Namu International Airport. Flight kami dari KNIA - KLIA pada 3.15 p.m (waktu Medan) dan 4.15 p.m (waktu Malaysia). Memang rasa tak puas time berada di Medan tapi yang penting kami dah jejakkan kaki di Medan, Indonesia dan at the same time dapat membantu dan membuat khidmat masyarakat di Perkampungan Gunung Berapi Sinabung, Kabupaten Karo, Sumatera Utara, Indonesia.


Nampak kapal terbang Indonesia, Garuda Indonesia. Bersebelahan dengan kapal terbang Malaysia, Mas Airlines.


On the way balik ke Malaysia :D.


Honestly, walaupun 3 hari 2 malam jak berada di Medan, Indonesia, aku memang sudah lupa pasal hal-hal di Malaysia. Hahahaha. Nampak tak teruknya aku di situ. Hahahaha. Tapi memang betul, aku langsung tak ingat tentang hal-hal lain sampailah nak balik ke Shah Alam baru teringat semula pasal assignment, kerja-kerja yang lain. Hahahaha. Program nie sangat-sangat best walaupun tak cukup masa. Lain kali nak pergi ke negara lain pulak. Hahahaha. Kena kumpul duit start dari sekarang kalau nak travel ke luar negara. So, jumpa lagi dalam pengembaraan yang akan berlaku nanti. See you again guys.