Friday, November 14, 2014

♥ "ROAD TO PITAS: EMBRACING YOUTH" ♥

Assalamualaikum guys :). 

This is our final year project.This programme is organized by Final Year Public Relations Students (MC242S5A), Faculty of Communication and Media Studies, UiTM Shah Alam. We are collaborating with Institut Onn Jaafar (IOJ) which our programme is:

"ROAD TO PITAS: EMBRACING YOUTH"
#FIXPITAS

The main objective of our programme is to increase the self-esteem and at the same time giving motivation among the youth in Pitas, Sabah. We need your support and don't forget to supporting us. We are still counting day before fly to Sabah. Spread the love for the people in Pitas, Sabah. 


#FIXPITAS
"One hand Can Change Everything"

Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

Assalamualaikum guys :)

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia. Cukuplah dengan ucapan yang ringkas tue. So, kali nie baru hati nie terdetik nak menaip dalm blog nie setelah sekian lama dilupakan, adalah dalam sebulan lebih aku lupakan. Seperti biasa cuti Hari Raya Aidiladha nie aku tak balik ke rumah, so aku akan merantau ke UKM bersama dengan kawan-kawan sekolah aku yang study dekat sana. Luangkan masa dengan mereka sebelum kesibukan melanda diri. Eyalah, dah final year but not last semester, ada lagi satu semester nak diharungi iaitu INTERNSHIP. But aku tak bincang pasal INTERNSHIP dulu, itu tahun depan punya kisah, nantilah aku masukkan dalam blog nie. Okey, kita kembali ke pangkal jalan.

Well, sekarang nie student degree UiTM Shah Alam dan mana-mana student degree cawangan UiTM yang lain sedang bercuti (MID-TERM BREAK) selama seminggu sekali dengan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha. Cuti nie pun macam tak cuti sebab there's a lot of assignment yang kami kena buat. But it's okey sebab dah final year kan, so kenalah berkorban sikit. Selama sebulan di sini, ada 85 hari lectures yang kena lalui sebelum final examination yang bermula dari 29 Disember 2014 -19 Januari 2015. harap-harap final exam nanti nie tak balik lambat ke rumah. Muahahahaha. Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah semester 5 dan bakal mengakhiri pengajian di dalam fakulti sebab semester depan dah internship. 

Memandangkan cuti seminggu nie tak balik rumah beraya, so aku letakkan gambar raya aidilfitri tahun nie bersama dengan family aku. Well, as you can see, I'm the only son in my family. Hahahahaha. Sedih seyh tak dapat merasa ada abang dan adik lelaki. (T_T) sobs sobs sobs. Tapi alhamdulillah Allah gives me an awesome and good family. Semoga mamy, dady dan adik-beradik aku yang lain sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T dan sentiasa dilindungi-Nya. Amin. Rasanya aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Another 10 weeks to go before start semester break. Chayok ! Chayok ! Goodbye for now. By the way, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA again for all the muslim in the world. 


Wednesday, September 10, 2014

Semester 5 !

Assalamualaikum guys :)

How's your day ? Well, saja nak tanya khabar padahal tak nak ambil tahu pun. Hahahaha. Well, kan sekarang dah senior year so berlagak banyaklah but the truth is pelajar semester 1 tak kenal pun kau, macam mana nak berlagak senior. (T_T) sobs sobs sobs. Sedihnya hidup tapi itu langsung aku tak pedulikan. Yang penting, aku dah berada di semester 5. Yeah ! Alhamdulillah, masih larat aku juga menuju ke semester 5 walaupun terpaksa merangkak-rangkak. Kuliah baru bermula 3 hari dan ada masih 131 hari untuk dijalani di semester 5 nie sebelum menjalani cuti semester selama 7 minggu. Tengok, gigihkan aku tengok takwim akademik UiTM. *bangga dengan diri sendiri. Okey, abaikan perasaan riak tue. Setakat nie, belum jumpa lagi dengan junior-junior masscomm especially junior PR. 

Tak sangka juga sekarang aku dah berada di semester 5 padahal sebelum buka semester baru tue, dalam hati berkobar-kobar tak nak balik Shah Alam tapi disebabkan ini final year aku, so aku kena juga balik dan habiskan degree aku. Terpaksalah ketepikan semua perasaan sedih tue tapi kalau stay di Tawau pun tak pergi mana-mana juga. 24/7 selalunya akan stay di dalam bilik. Kalau kerajinan tue datang, barulah akan keluar tapi selalunya rajin tue datang bila ada duit, memang tak reti duduk rumahlah. Asyik jalan jak, kalau dah penat, barulah balik ke rumah. Kamu pun begitu gak kan ? Ala, jangan tipulah but depends dari diri kita sendiri macam mana nak manage semua tue. Kan. Apa lagi nak share ya ? Honestly tak tahu nak cerita apa sebab aku hanya nak bagitau yang aku dah berada di semester 5. Selfie untuk semester 5 pun belum ada. Terasa menyampah pula aku dengan diri sendiri. Hahahahahaha. Okeylah sampai sini dulu aku taip, nanti kalau ada cerita, aku share tapi not 100% janji, okey. Goodbye for now. Sebelum tue, aku nak belanja 1 gambar masa semester 1, ada perubahan tak ?

Tuesday, August 19, 2014

Untunglah Menjadi Mahasiswa dan Mahasiswi

Assalamualaikum guys :)

It's been a long time aku tak update blog nie sejak cuti semester. Hahahaha. Well, sampai jak Tawau hari tue, aku langsung lupa nak update blog nie. Well, biasalah cuti kan. Entry untuk raya pun aku tak buat, ,malaslah nak buat. Just tengok gambar raya aku dalam Instagram dan juga Facebook aku sebab bagi aku raya tahun nie bolehlah. Bukan tak meriah tapi macam something missing. Okey, cuti semester bakal melabuhkan tirainya  dantidak lama akan berakhir dan aku bakal kembali ke Shah Alam untuk semester 5. Zaman senior. Yahooooo. Seniorlah sangat. Insya-Allah. Alhamdulillah 4 semester dah habis, tinggal 2 semester lagi. Tak sabarnya nak habiskan degree nie. Lepas tue, sambung Master lagi itupun kalau mampu lah. Kalau tak, hold dulu. Cari kerja and then baru sambung belajar lagi.

By the way, 5 hari yang lalu (14 Ogos 2014) result final examination untuk student UiTM keluar dan alhamdulillah result aku stilll maintain walaupun tidak dapat dekan. And lagi satu result UPU untuk sesi akademik 2014/2015 bagi pelajar STPM (1994), Matrikulasi (1995 & 1994) dan dari mana-mana diploma. Selamat menyambung pelajaran dan selamat menjadi mahasiswa. Ucapan tahniah jaklah yang aku dapatkan sampaikan kepada kamu. Bagi yang tidak berjaya, tunggu rayuan kamu. Insya-Allah dapat tue. Okey. Jangan berputus asa dan rasa kecewa sebab tidak dapat masuk ke universiti. Rezeki Allah S.W.T itu luas dan mungkin bukan rezeki kamu dapat masuk ke universiti. Insya-Allah ada hikmah semuanya tue. Sebab apa, sebab orang belajar untuk mendapatkan pekerjaan. Biar tidak belajar tinggi, kalau rezeki Allah berikan kepada kita melimpah ruah, insya-Allah boleh juga kita berjaya macam orang lain. Okey.

Okeylah guys, sampai sini dulu aku menaip. Aku nak tidur dulu. Selamat malam + subuh. Sebelum tue, aku belanja kamu sekeping gambar aku terutamanya yang bakal menjejakkan kaki ke universiti masing-masing. Harap tidak muntah depan laptop or tab kamu sebab nanti kamu sendiri juga yang rugi kalau rosak. Hahahahaha. Apa-apa persoalan, boleh PM aku di Facebook aku or just leave your comment. Okey bye.

Friday, July 18, 2014

Garage Sale !

Assalamualaikum guys :)

Hari nie juga aku selongkar semua barang-barang terpakai aku especially baju-baju lama aku yang tidak digunakan pun. Bikin semak jak di dalam almari  dan kepala otak aku. So, aku decide mahu jual semua baju-baju yang aku tidak guna tue kepada sesiapa yang mahu. Aku jual dengan harga yang murah bermula dari harga RM10.00 - RM30.00 sahaja. Better aku jual baju-baju nie daripada tidak dipakai dan mereput dalam almari aku. Time selongkar-selongkar tue, banyak betul habuk sampai berair hidung aku, sudahlah resdung ku nie parah. Kena sikit jak habuk, habislah. Bersin terus jak kerja aku. Hahahahaha :D.

Cara untuk order baju nie, senang jak. Aku dah letakkan kod pada setiap baju tue. So, kamu just tulis begini sebelum hantar sms/whatsapp:



Nama penuh <> Alamat <> Kod Baju <> Hantar direct ke nombor telefon aku 
017-3058428

Kalau nak call pun boleh, nak order baju yang mana satu atau nak book siap sedia. Untuk penghantaran di area Tawau adalah percuma :). That means aku sendiri yang akan hantar baju tue dengan kamu sebagai tanda terima kasih kerana membeli baju-baju terpakai aku. By the way, untuk pembeli yang bertuah akan mendapat hadiah istimewa daripada aku. Hehehehe. Tak lupa juga, setiap pembeli baju terpakai aku akan bergambar dengan dorang dan masukkan dalam blog nie tapi hanya untuk pembeli area Tawau sahaja. Sorry :').


Okey, keep scrolling your mouse untuk lihat baju-baju yang terpakai tue. Malas nak jadi model untuk baju-baju aku yang terpakai nie. So, aku just capture each of the clothes. Harga untuk setiap baju yang aku jual akan diletakkan di setiap gambar and it is fixed price. Harga paling tinggi aku letak ialah RM30.00 dan paling rendah ialah RM10.00. Enjoy it and buy it. Hahahahaha. Selamat melihat dan membeli >_< ! Kita start scroll sekarang.




Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : Cheetah


Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : Blue Toms


Saiz : M
Harga : RM10.00
Jenama : Chargers Outfitter


Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : Oreef


Saiz : M
Harga : RM30.00
Jenama : Romps


Saiz : M
Harga : RM30.00
Jenama : Chargers Outfitter


Saiz : M
Harga : RM10.00
Jenama : -


Saiz : M
Harga : RM30.00
Jenama : Blue Toms


Saiz : M
Harga : RM10.00
Jenama : John Langford


Saiz : M
Harga : RM10.00
Jenama : Republic Edgy


Saiz : M
Harga : RM10.00
Jenama : Techno Design


Saiz : M
Harga : RM30.00
Jenama : Guy's Vision

Untuk yang baju nie, nie semuanya pair. So, kena beli kedua-duanya.


Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : Mercy Vintage


Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : -


Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : Head & Batchline


Saiz : M
Harga : RM15.00
Jenama : Batchline & Rabbits

That's all. Harap kamu semua membeli baju-baju yang terpakai nie. Insya-Allah aku akan hantar sendiri dengan kamu bagi pembeli area Tawau sahaja. Okey. By the way, saiz baju tue depends dengan saiz badan kamu sebab kadang-kadang saiz badan kita tidak sama. So, apa-apa kemusykilan bolehlah direct sms dengan saya. Okey. Selamat ber"shopping".

Tuesday, July 8, 2014

Untitled Post :P

Assalamualaikum guys :)

It's been a month aku tak update apa-apa dalam blog ni. Sorrylah sekarang ni final exam, lagipun dah nak habis. Aku tinggal 1 paper jak lagi ni. Lepas tu, berakhirlah sudah semester 4 aku di UiTM Shah Alam. Tinggal 2 semester lagi, lepas tu graduate. Insya-Allah. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan dan proses pembelajaran. Amin. By the way, selamat berpuasa. Lupa nak wishkan pula, dah masuk hari 10 kita berpuasa kan. Tak sangka pula kali ni kami student-student UiTM sempat berpuasa di sini. Final exam + puasa, insya-Allah lebih barakah walaupun jeles dengan kawan-kawan universiti yang lain yang mana cuti lebih awal. Tapi, it's okey. Lagipun, aku dah siap packing barang-barang aku dan bersiap sedia nak balik ke Tawau bumi peladang. Selepas dapat jak jadual final exam, aku terus booking tiket . Eyalah, nanti harga tiket mahal, lagi-lagi kalau musim perayaan. Insya-Allah ada lagi 3 hari berada di bumi Shah Alam sebab flight aku nanti 10 Julai pada pukul 7.25 a.m dan akan sampai ke bumi Tawau pada pukul 10.30 a.m.  

Okey. Kawan-kawan yang lain dah goyang kaki di rumah, aku dan classmates aku belum dapat lagi nak goyang kaki di rumah. Eyalah, masih ada lagi paper yang last ni, 09 Julai. Orang lain sibuk study, aku pula sibuk update blog ni. 1 habuk apa pun aku belum baca. Macam mana nak skor ni ? Hmmmm. Susah-susah sebab kepala otak aku ni dah start plan aktiviti sepanjang cuti nanti. Then, cuti 2 bulan, aku dah plan hampir 40% aktiviti yang aku akan buat sepanjang cuti nanti. 60% lagi aku akan fikirkan masa dalam kapal terbang nanti, nampak tak lagaknya di situ atau bila sudah sampai di Tawau nanti. Hahahahaha. Harap-haraplah aktiviti yang dibuat ni dapat memberi manfaat kepada diri sendiri. Tapi not sure lah apa aktiviti yang aku akan buat, still blur lagi ni.

Ermm, baju raya ? Ah, pasal baju raya. Baju raya dah siapkah atau beli yang pasang siap jak terus di kedai ? Baju raya kali bertemakan warna apa ? Aku syak raya tahun ni ramai gila yang pakai baju raya bertemakan warna HIJAU ZAMRUD. Tahu dak macam mana warna hijau zamrud tu ? Malas lah aku nak bagi tunjuk, pergi google, search sendiri. Hahahahaha. Kalau aku beli baju Melayu yang pasang siap jak terus di kedai sebab upah nak jahit Melayu mahal, better beli di kedai lagipun pakai sekali jak pun, itu pun time raya pertama. Lepas tu, buka dan siap dalam almari. Memandangkan aku dan bapa aku berdua jak lelaki di rumah, so kami tak payah pening-pening nak jahit baju ke apa. Just pergi kedai, beli. Simple as it can be. Oh, nak tahu warna baju Melayu aku, tunggulah aku post nanti dalam entry yang seterusnya. Goodbye dan selamat berpuasa dan jangan lupa niat puasa. Jumpa lagi di entry yang akan datang bila aku rajin menaip macam malam ni.


Sebelum terlupa dan kamu keluar dari blog ni, meh aku belanja 1 keping gambar dengan bestfriend aku. Tadi sempat gak aku korek album lama aku dan tengok gambar ni tiba-tiba dengan dia. Takpa, nanti aku balik kita buka puasa sama-sama ya. By the way, aku tak tahu nak letak title post ni. Hahahahaha :P.

Monday, May 19, 2014

My Doodles

Assalamualaikum guys :)

I'm back. Hari nie tetiba rasa semangat nak update blog and actually I want to talk about my DOODLES. Tahu tak apa tue doodle, doodle : to draw shapes, lines or pattern without really thinking about you're doing. So, kalau kamu yang suka melukis-lukis di tepi-tepi buku teks tue dikira sebagai doodle lah tue sebab kita tak fikirkan pun apa yang kita lukis tue. By the way, semua doodle nie aku jual sebenarnya dan alhamdulillah ada beberapa orang dah beli doodle aku nie. Terima kasih banyak-banyak sebab support aku buat doodle nie.

Kepada sesiapa yang nak tempah doodles nie, bolehlah PM di Facebook or just call/sms me at 017-3058428. Maybe you can whatsapp me but if only I using mobile data, but for now, I'm not using it. So, just sms or call to me. Okey. Harga untuk setiap doodle ada berbeza mengikut saiz. 
  • 30cm x 40cm = RM40.00
  • 20cm x 30cm = RM25.00
  • 15cm x 23cm = RM15.00
Tapi harga nie not include with postage, untuk Semenanjung: RM6.00 dan untuk Sabah/Sarawak: RM10.00. Gambar di bawah nie adalah hasil-hasil doodle aku. Untuk design, boleh berikan design apa yang dimahu tapi not yang susah tahap dewa. Okey :).





Actually I'm still newbie in doing doodle stuff but I will try to improve my skills and give the best for you (customer). Okey, sampai sini dulu aku taip cerita nie. Pasal doodle jak pun, nak promosi sikit di blog nie. Mana lah tau ada yang berkenan kan. Hahahahaha. Jangan risau, gambar doodle insya-Allah akan diupdate bila ada masa, okey. See you guys around. Goodbye :)

Sunday, May 18, 2014

We are MASSCOMM UiTM, Passionately Different !

Assalamualaikum guys :)

Well, well well. Tengok tajuk pun dah tahu cerita apa. Mestilah pasal MASSCOMM. Hidup MASSCOMM, Hidup MASSCOMM, Hidup MASSCOMM ! Cukup 3 kali jak laungkan. Tak boleh lebih-lebih. Hahahahaha. Actually aku post entry nie sebab pada 24 -25 Mei ada interview Mass Communication untuk degree level bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, STPM atau mana-mana diploma yang nak sambung ke degree Masscomm. Untuk interview diploma sudah pun dijalankan pada pertengahan bulan 3. Alhamdulillah, banyak juga yang bertanya mengenai kursus nie pada entry yang lepas. Kalau ada yang tak sempat baca, nie linknya MASSCOMM. Okey.

First of all, alhamdulillah ramai yang bertanya mengenai soalan-soalan yang akan ditanya dan memberi feedback mengenai kos Masscomm dalam entry yang lalu. Thank you so much for the feedback. Malu kitew taw :P. So hari nie aku nak share pengalaman aku yang tidak seberapa nie semasa hadapi temuduga Masscomm nie. Harap-harap dapat membantu kalian yang dapat temuduga nie. Aku akan bagi sedikit tips yang harap dapat memberikan kamu tapi nie aku tak copy paste dari mana-mana blog. Tips yang aku bagi nie based on my experienced sebab daripada pengalamanlah kita tahu macam mana sesi temuduga tue dijalankan. Pengalaman mendewasakan kita, chewah ayat tak boleh blah. Setiap orang ada cara tersendiri untuk hadapi temuduga kan. So, this is my way attending an interview.

Tips menghadapi temuduga:

1. Do preparation
Once kamu dapat tahu yang kamu akan dapat temuduga, dapatkan infomation mengenai kos yang akan diambil. Sebab selalunya interviewer akan bertanya dengan kita apa yang tahu pasal kos nie dan mengapa pilih kos nie. So, kalau kita dah buat research, kita dah faham sedikit sebanyak mengenai kos yang kita akan ambil nie. Honestly, aku dulu pun tak tahu apa kos Masscomm nie tapi bila dah tahu, terasa bangga pula dapat masuk bidang nie. But jangan menghafal pula, risau kalau terlupa, kamu akan terus gelabah, so just relaks dan ingat keyword yang penting-penting sahaja. Okey.

2. Find out the current issues
Current issues pun penting tau sebab interviewer nak tengok sama ada kita nie alert dengan surrounding kita atau tidak. Kita nie yang kisah atau tak kisah dengan apa yang berlaku di persekitaran kita. So, cari isu semasa yang tengah "hangat" disiarkan di Tv, radio, newspaper or other medium. Mestilah kena tahu sebab kita yang akan belajar media nanti, so kenalah tahu. By the way, kalau dah jadi pelajar Masscomm, we are media practitioner.

3. Use an appropriate clothes
Etika pemakaian mestilah yang kemas dan rapi. Untuk lelaki kena ada 5 item asas nie:

Baju kemeja (polos) + neck tie + seluar slack + stokin hitam + kasut kulit @ PVC

Kalau boleh, baju kemeja tue gunakan warna pastel, maksudnya warna yang lembut. Necktie gunakan warna yang berlawanan dengan warna baju, yang lebih terang atau lebih gelap. Bagi rambut lelaki yang panjang, sikat dan pastikan nampak kemas. Untuk kaum wanita pula, pakailah pakaian yang menutup aurat dan pastikan sedap mata memandang. Gunakan baju kurung atau corporate style pun boleh. Tapi pastikan juga selesa dipakai, okey :). Jangan lupa, pastikan etika pemakaian mengikut standard yang telah ditetapkan. Jangan nak show off sangat, pakai color blocking, sakit mata orang yang interview kamu. Nanti kalau dah dapat masuk MASSCOMM, bergayalah puas-puas. 

4. Drink a lot of water & eat snack
Time menunggu giliran di"interview", pastikan bawa air mineral dan sedikit snek bagi mengurangkan rasa nervous tue. Banyakkan minum air mineral, it will help to reduce your nerves dan jangan lupa exercise sikit-sikit bagi hilangkan lenguh-lenguh badan. Beli coklat Cadbury atau makanan yang manis-manis tapi janganlah macam bawa 1 kedai. Sebab time menunggu giliran tue, mana taulah lama kan. So, boleh makan bagi alas perut dan tidak rasa bosan menunggu giliran.

5. Be confident
Siapa yang tak nervous kalau nak ditemuduga tue memang aku respectlah dia, mungkin dia dah banyak kali hadapi sesi temuduga nie atau mungkin dia dah yakin dengan apa yang study sebelum interview tue. Tapi rasanya everyone will be nervous sebelum interview dimulakan. Eyalah, risau nanti apa yang dibaca atau disoal tak dapat nak jawab. Don't worry about it, just be confident and become yourself, but don't too cocky or overconfident.  Interviewer akan tengok cara kita menjawab, cara kita duduk, cara kita memberikan pendapat. That means the interviewer will look how confident we are. Just go with the flow, okey.

So, itu sajalah tips yang aku boleh kongsi bersama. Bukan apa, aku tak expert pun pasal interview-interview but people when asking me, I share what I know. Sharing is caring, kan. Ambil yang baik, buang yang tidak baiknya. Honestly aku buat entry nie supaya junior-junior kita yang masuk Masscomm dapat sedikit sebanyak tahu tentang dunia Masscomm nie. By the way, ada juga junior yang tanya course Masccomm nie susah tak ? Bagi aku, depend on your effort and your passion. Menuntut ilmu mana ada yang mudah, semua ada cabaran masing-masing dan terpulang kepada diri kita macam mana nak atasi semua itu. Lagi satu,  kalau tak suka Masscomm, jangan ambil Masscomm dan letakkan dalam pilihan UPU anda sebab anda menutup peluang orang lain yang nak masuk Masscomm nie. Okey. Jangan marah dengan teguran tue, ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri dan juga orang lain.



Okeylah sampai sini aku taip, kena buat another task. Harap apa yang aku share sedikit sebanyak bantu kamu yang bakal hadapi interview Masscomm nie. Jangan lupa juga tanya dengan senior-senior yang ambil kos Masscomm nie dan tanya dengan mereka juga, mana tau mereka ada tips yang lebih baik daripada apa yang aku share nie. Lagi satu, sesi interview mungkin berubah mengikut keadaan dan persekitaran kita. Eyalah dulu-dulu interview face-to-face, mana tau sekarang guna Skype jak interview. So, kalau ada apa-apa kemusykilan, silalah komen di ruang komen di bawah. Insya-Allah aku akan balas secepat yang mungkin. By the way, terima kasih kerana baca blog aku.We are MASSCOMM, Passionately Different ! See you guys again . Goodbye :)

Friday, May 16, 2014

It's my 1st post in May

Assalammualaikum guys :)


It's been two week I haven't update my blog. Actually aku tiada idea nak tulis apa dalam blog ni. Rasa macam loser sangat jadi blogger yang jarang update blog ni. Dulu harapan bukan main nak jadi blogger terkenal, tapi nak update blog bukan main payah, tunggu mood rajin tue datang sampai raya tahun depan tak datang-datang. Rajin kena push sikit baru nampak, kan kan kan.

By the way, sempena cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, aku akan balik ke TAWAU. Walaupun cuti seminggu, aku tetap nak balik. Eyalah, aku tak sanggup nak duduk sendiri-sendiri di bilik kolej. Cuti Mid-Term hari tue aku mana ada balik rumah. Sedih tau :'(. Semester 1, 2, dan 3 mampu tahan lagi tapi sejak masuk semester 4 nie, perangai semakin menjadi-jadi. Hahahahaha. Mungkin terlalu lama bertahan, so tiba masanya untuk lepaskan. Ada lagi 2 semester untuk dilalui dan insya-Allah tahun depan akan berakhirlah penderitaan dan keriangan sebagai mahasiswa. Bukan aku cakap jadi mahasiswa ni tak best tapi lagi best kalau ada kawan sama-sama kan, kalau sendiri-sendiri di universiti, I means like pergi kelas sendiri-sendiri, balik sendiri-sendiri umpama roh orang mati yang tak tenang. Oppps. Over pulak aku berkata macam tu kan. But as long you're tough and independent, you'll survive.

Okey, stop bercakap mengarut-ngarut ni. Kita bincang pasal perkara yang baik-baik. Aku akan balik pada 23 Mei nie bersamaan dengan hari Jumaat. Insya-Allah, aku balik dengan Nurifiney E.Hairoland merangkap cousin sebelah bapa aku dan juga ex-classmate aku masa form 4 dan 5. Latar belakangnya nantilah aku ceritakan di post yang akan datang. Aku nak cakap pasal plan aku dulu. Okey, plan cuti seminggu nie actually aku belum buat lagi. Bukan apa, time di sini, bukan main sel-sel otak aku ni berhubung dan fikir apa aktiviti yang aku akan buat kalau sampai di rumah. Tapi kalau dah sampai rumah, plan yang diatur memang hancur sebab malas nak berjalanlah, tunda aktiviti pergi hari lain lah dan macam-macamlah yang menganggu plan aku. Hahahaha. 

Family pun dah rancang nak pergi ke Kota Kinabalu dan Keningau tapi tengoklah dulu macam mana sebab nak balik kampung bapa aku di Keningau sekali pergi tengok Pesta Kaamatan di kampung. Aku pun sudah lama tak balik Keningau. Seingat aku, last time aku balik Keningau masa form 4 kalau tak silap aku lah. So, azam kali nie dan tahun nie nak balik jumpa ngan family2 sebelah bapa aku di sana. Eyalah, sudah lama aku tak pergi melawat keluarga di sana, nanti tak kenal pula keluarga sendiri. Aiyooo. Okeylah, sampai sini dulu aku update blog aku. See you guys on next post :).

Tuesday, April 29, 2014

Typical Me :P

Assalamualaikum guys :)

Long time no see kan. Hampir sebulan aku menghilang. Well, opkoslah. Life as a student, kononlah dan lagi satu bila penyakit yang berbahaya kepada setiap manusia datang iaitu "MALAS" datang, memang aku malas lah nak update blog ni. Kesian, kesian. Padahal kalau sampai bilik, honestly tau mahu buat apa. Penat tue memang penatlah, could not deny about it. Assignment seperti biasa, ditangguh, ditangguh dan ditangguh sampai tarikh subsmission tue dah dekat, baru kelam kabut nak buat. Hurmm. Typical me :/. Time tulah masa tidur malam pun dah berubah disebabkan nak siapkan semua assignment yang membukit sebab hampir semua assignment sudah dihantar, only a few lagi tinggal untuk di"submit". Hehehehe. By the way, tinggal 5 minggu lagi kuliah, lepas tue study week, after study week, FINAL EXAMINATION. Preparation untuk final nie baru 40%, itu pun belum confirm and confident lagi 40% tu dah maintain atau tidak. 


Share sekeping gambar cukup kan :P

Jadual untuk semester nie tidaklah pack sangat sebab ada beberapa subjek yang tukar ke hari lain. So,hari jumaat, sabtu dan ahad aku free tapi tak macam free pun sebab tak tahu nak jalan ke mana. Senang cerita, most of the time aku akan berada di bilik dan keluar pun hanya untuk pergi makan. Kesian tak :P. By the way, aku update nie pun ada masa terluang sekejap dan kerajinan aku datang untuk menaip semula di blog ni. For honestly, semester 4 nie sangat-sangat-sangat tidak perform, sangat-sangat-sangat kecewa dengan diri sendiri :'(. 4 kali tahu aku ulang perkataan "sangat' tu. Macam semua benda yang aku buat, semuanya aku kurang berpuas hati. 

Bukanlah nak perfect sangat tapi dapat ukur usaha yang diberikan dalam melakukan sesuatu tugasan tue. Sebab itulah rasa sangat-sangat-sangat down untuk semester 4 nie. Tapi kena move on juga, insya-Allah. Habis jak nanti final exam ni, aku nak lupakan sekejap pasal study nie. Hahahaha. Nak bagi badan nie dapat full rehat dan tidur yang secukupnya sebab masa tidur aku dah lari, selalu tidur-tidur ayam sebab takut over slept. Lagipun aku dah plan cuti aku, hewhew. Tapi not sure lagi sebab plan cuti aku ni bergantung kepada situasi. Insya-Allah semuanya berjalan lancar untuk plan cuti aku ni. Okeylah, see you guys around. Mata aku dah layu-layu nak menaip panjang-panjang ni. Good night :).

Sunday, March 9, 2014

Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum guys :)

Hari tue aku ada berjanji kan nak masukkan cerita mengenai Universal Studio, Singapore. Sudah sebulan lebih cerita tersangkut di tengah jalan dan hari nie aku akan tunaikan dan langsaikan janjiku dengan kamu semua. So, pada 21 Januari 2014, aku dan 2 orang kawan aku iaitu Fadzida dan Faiyzah atau nama glamour diorang Maymenk dan Adeck *actually dorang 2 nie adik beradik :P pergi ke Universal Studio Singapore. Memang kami sudah plan awal bulan Disember tahun lalu mahu pergi ke Singapore dan alhamdulillah plan kami berjalan dengan lancarnya walaupun ada sedikit masalah teknikal. Masalah teknikalnya ialah kawan aku, Hady lambat ambil kami di airport tapi itu jak masalah teknikalnya. Yang selebihnya memang thumbs up untuk Hady sebab sanggup bawa kami jalan-jalan dan ambil, tumpangkan kami di rumah & hantar kami balik ke airport. Thanks a lot Hady. By the way, kami stay di rumah Hady selama 3 hari 2 malam bermula dari 20 - 22 Januari 2014.

# Begini kisahnya...


Kami sampai JB dalam pukul 9.30 a.m dan tunggu kawan aku, Hady ambil kami bertiga di airport sebab kami 2 sudah deals stay di rumahnya. 1st memang segan juga tapi fikir-fikir balik, okey juga stay rumahnya and at the same time dapat save duit bajet. Hihihihi :D. Almost 4 hour kami 3 stay di airport Senai menunggu Hady ambil kami, dia call aku tak dapat, aku call dia pulak tidak angkat. Memang ngamlah. Tunggu punya tunggu sambil call-call juga, alhamdulillah dapat. Dia ingat kami sudah bertolak ke USS hari tue sebab dia call tak dapat. Sambil menunggu Hady datang, kami pergi makan di KFC dulu sebab perut sudah kebulur tahap gaban. Hahahahaha.


Around pukul 12.00 p.m lah begitu, Hady datang ambil kami dan bawa ke rumahnya untuk berehat dulu. After rehat 2 jam, Hady bawa kami jalan-jalan sekitar Johor Bahru (JB). Kami pergi ke Legoland, Kota Iskandar, dan juga Butik JOHO. After that, kami pergi makan, beli tiket USS before balik ke rumah Hady. Kami beli tiket di Erwin Travel & Tours Sdn. Bhd. For your information, pejabat Erwin Travel & Tours Sdn. Bhd. nie terletak di Danga Bay. Pakej ke USS ada 2 jenis. Pakej pertama "only ticket without transportation", which means naik kereta sendiri dan tidak menaiki bas yang disediakan.  Pakej ke-2 pula "ticket and transportation". Pakej pertama berharga  berharga RM168.00 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak pula berharga RM135.00. Untuk pakej ke-2 pula berharga RM189.00 untuk dewasa dan RM149.00 untuk kanak-kanak. Kedua-dua pakej ini termasuk dengan $10 Meal Voucher (Adult), $5 Retail Voucher (Adult) and Free parking Coupun at RWS. Tapi harga pakej nie akan berganti atau bertukar bergantung kepada keadaan semasa.




So, kepada sesiapa yang nak pergi ke Universal Studio Singapore atau mana-mana tempat pelancongan yang menarik, kamu boleh datang sendiri ke pejabat Erwin Travel yang terletak di Johor Bahru. Ini alamatnya, Terminal Bas Larkin, BT-50 G-Floor Jalan Garuda, 80350 Johor dan ada lagi 1 alamatnya iaitu Danga Bay G-09, Blk 6, Danga Bay Jalan Skudai 80200, Johor. No. Tel: 07-2300116. No.Hp: 0127100597/012-7077558. Untuk sesiapa yang nak Whatsapp pun boleh dan juga melalui BBM. Pin BB: 2AA0BA38

Pada sebelah malamnya pula, Hady's family bawa keluar makan di salah tempat tapi aku pun tak tahu di mana dan malam tue, bapa Hady belanja kami semua makan. Memang terharu dan segan juga sebab sudahlah kami stay di rumah dorang then dibelanja makan lagi. Siapa yang tidak segan, kan. But anyways, thanks a lot to Hady and his family sebab layan kami macam raja dan permaisuri.  After dinner, Hady bawa lagi kami jalan-jalan sekitar Pasar Karat. So,  kalau nak beli barang-barang macam baju-baju, bolehlah datang ke sini. Pasar Karat nie kira macam Uptown lah begitu dan lepas jalan-jalan tue, kami balik ke rumah Hady.


#21 Januari 2014

Keesokan harinya iaitu bersamaan dengan 21 Januari 2014, kami bertolak ke Universal Studio Singapore seawal pukul 7.30 a.m dari Pejabat Erwin Travel. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih lah menaiki bas dan sila pastikan tiket USS, kad pengenalan dan passport semuanya dibawa. Jangan risau, abang driver bas tue akan bagi briefing sebelum pergi. So, dengar betul-betul sebab kita melancong ke negara orang. Lain negara, lain caranya. Memang kena berhati-hati untuk mengelakkan sebarang permasalahan berlaku. Okey :D.



Masa kami pergi USS hari tue, seramai 15 orang yang pergi bersama-sama dengan kami menaiki bas. Sepanjang perjalanan ke USS, aku tidur jak dalam bas sampailah ternampak pintu gerbang nie barulah bangun dan mata tue meliar sebab dekat sudah dengan USS. By the way, lepas masuk jak pintu gerbang nie, kamu akan nampak keindahan Resort World Sentosa Singapore. Macam tidak percaya Singapura yang begitu kecil nampak mewah.



Bagi tidak mengelirukan diri kamu untuk main game apa dulu, ambil peta USS yang terdapat di sana. Mahu ambil berapa banyak pun tidak kisah, kira macam bawa balik souvenir bagi dengan kawan-kawan, adik-beradik dan keluarga. Eyalah, mana lah tau tiba-tiba dorang teringin nak pergi ke USS kan. At the same time dapat save cost untuk beli souvenir dan juga bermanfaat. So, bila sudah dapat peta tue, buka seluas-luasnya dan kamu akan jumpa 7 stesen iaitu New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away, Madagascar dan last sekali Hollywood. Each of the station have their own attraction. Kamu tengok sendiri lah dalam peta ada beritahu sekali apa attractions yang ada pada setiap tempat tue.



Jangan lupa untuk ambil yang telah disediakn oleh pihak USS.


Inilah lambang keramat bagi sesiapa yang pergi ke sini sebab semua orang berebut mahu bergambar dengan arca USS nie. Siap ada yang marah-marah suruh orang ke tepi. Hello, kami pun bayar masuk ke sini, bukan kau jak. So, macam mana nak buat diorang diam, just give your middle finger or say sorry ? Tapi kita rakyat Malaysia yang pergi ke tempat orang, so jagalah adab sebab nanti diri sendiri juga yang susah kalau cari masalah kan. Time nie ada seorang pakcik dan isterinya dari Indonesia yang tolong ambil gambar kami bertiga. Hehehehe. Credit kepada pakcik sebab sudi ambilkan gambar kami.

Okey, kami ambil masa 30 minit jugalah untuk ambil di arca USS tue sebab kena tunggu turn yang sesuai untuk dapat gambar yang cantik. Hahahaha. After that, kami masuk ke USS dan terpaku sekejap di tempat berdiri sebab dalam USS tue. Macam tidak sangka dapat menjejakkan kaki ke dalam USS. Hahahaha. 

Berlagak sikit bergambar dengan lambang Universal Studio tue.



Pintu masuk ke Universal Studio Singapore, suka gila aku sebut 3 perkataan tue :P.




# HOLLYWOOD

Masa kami masuk ke dalam USS tue, kami blur sekejap sebab tak tahu nak start dari mana dulu and at the same time terpegun tengok bangunan-bangunan  yang ada dalam USS. Then kami pergi ambil map USS untuk start journey kami dalam USS. Kalau kamu masuk jak, kamu akan pergi ke Hollywood dan ambil lah seberapa banyak gambar pun sebab tiada pun yang larang kamu untuk bergambar. Nak selfie kah, melompat kah, baring kah, mana ada yang kisah except for baring tue over sikit pulak kan. It's up to you.


Kalau nak dan mahu beli souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia atau bagi dengan kawan-kawan dan juga diri sendiri. Jangan risau, di sepanjang laluan Hollywood dan New York ada jual souvenir. Tapi pastikan duit cukup untuk beli souvenir sebab harga barang dalam USS sangat mahal, okey. 1 Dolar Singapore = RM2.70. Barangan yang paling murah pun dalam sekitar 10 Dolar Singapore. Kalau ikut harga Malaysia, dalam RM30.00 lah begitu kamu belanja. Bagi memudahkan kamu, sediakan memang awal-awal bajet untuk souvenir. Okey.



Lagi satu, better kamu tukar duit awal-awal di mana-mana money exchange di Malaysia sebab kalau tukar dalam Singapore lagi mahal. Money exchange ada disediakan di dalam USS, kalau tak silap aku, berdekatan dengan kedai area Hollywood. Itu last choice kalau tidak sempat tukar duit di Malaysia. 



# NEW YORK

Then, kami pergi kota New York, dekat sini pun best kalau bergambar-gambar. So, jangan lepaskan peluang bergambar di sini. New York nie pun lebih kurang macam Hollywood juga sebab banyak kedai di tepi-tepi yang jual souvenir. Memang feeling-feeling ada di New York, cuma tidak nampak patung Statue of Liberty  dan juga lautan. Hahahaha.

Salah satu tarikan yang ada di sini ialah kereta antik yang dolu-dolu punya.





Area sini pun boleh jalan-jalan. 




# SCI-FI CITY

After kami jalan area New York, kami terus pergi ke Sci-Fi City. 1st aktiviti yang kami main ialah Transformer Ride di sana. It was totally crazy. Rugi kalau tidak masuk dan tidak cuba main game nie. Game nie memang terbaik dengan effect 3D nya lagi, memang mantap. So kalau sudah sampai ke USS, main game dulu lepas tue baru shopping. Sebab nanti kalau penat dah shopping, opkos akan malas nak main games dalam USS. 




Tengok muka-muka excited mahu main Transformer Ride nie. Hahahaha :P.




Sempat bergambar dengan Transformer yang tidak seberapa nak tinggi. Rasanya kalau tolak, konfom susah nak bangun balik kan. Hahahaha. So cruel. 


Roller coaster nie pun  terletak di Sci-Fi City, cuma kami tidak berpeluang naik sebab time tue game nie tak dibuka langsung padahal inilahv game yang kami tunggu nak main. Tak tahulah kenapa "dorang" tak buka game nie, maybe droang risau nanti berlaku macam Final Destination 3. Hahahaha. Rasanya kalau main nie, konfom urat perut tegang sebab menahan nafas. Tengok laluan roller coaster nie pun boleh terbeliak biji mata. Tapi takpalah, bukan rezeki kami dapat main game. Apa boleh buat, kan.




# ANCIENT EGYPT

Then, kami pergi Ancient Egypt pula. Nama game nie " Revenge of the Mummy". Game nie pun sangat best sebab ada roller coaster dalam bangunan nie. Masa naik roller coaster tue, 1 benda apa pun tak nampak sebab gelap di dalam. So, memang berteriak sekuat mana dan seburuk mana pun muka kamu, orang lain tak dapat tengok. Hahahaha :P. Tapi hati-hati jelah, sebab ada kamera terlindung yang akan capture moment kita main roller coaster tue. Tup tap tup tap pergi skrin tengok gambar, mesti muka dah macam haprak. 





Sekali lagi bergambar dengan maskot yang ala-ala zaman Mesir Purba. Tapi ada slek sikitlah, sebab muka lelaki tue tak macam muka orang pada zaman Mesir Purba. Hahahahaha :P. 


Bersama dengan pengawal istana Mesir Purba. Terasa macam dalam cerita The Mummy pulak sebab ada 2 orang pengawal nie :P.



# THE LOST WORLD

After Ancient Egypt, kami pergi ke The Lost World. Masa di Lost World nie, banyak juga orang beratur nak main game dalam sini. Tapi malangnya kami hanya sempat main 1 game jak dalam The Lost World nie sebab ramai sangat orang beratur nak main. Antara attraction di sini pula ialah Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Ambek Rock Climb dan juga WaterWorld. Game yang sempat kami main iaitu Jurassic Park Rapids Adventure, game nie sangat best dan kena basah tapi taklah teruk sangat. Better bawa raincoat sendiri untuk mengelakkan basah tapi kalau nak beli di dalam dulu, 4 Dolar Singapore = RM10 atau RM12 lah begitu harganya. So, my suggestion is better bawa sendiri, dapat jimat duit dan kamu pun tak basah :P. 




Ada dinosaur lagi dorang bawa keluar. Aku tak tahu pulak apa nama spesies dinosaur yang ini. Tapi yang pasti, dinosaur jenis pemangsa. Siap mengganas lagi, konon-konon nak makan orang. Nampak macam real tapi sebenarnya robot jak pun. 


Perempuan nie kira macam spokeperson. Dia explain segala-galanya tentang spesies dinosaur nie. Kira macam lawatan sambil belajar lah.



Bergambar dulu bersama 2 ekor dinosaur peliharaan aku. Hahahahaha :P.



# FAR FAR AWAY

Then, kami pergi ke Far Far Away. Jauh betul kami merantau kan. Tak sangka dapat pergi ke Istana Far Far Away, kalau kamu tengok cerita Shrek. Mesti kamu tahu tentang istana nie. Sebab nielah tempat tinggal Shrek bersama dengan Princess Fiona kalau tak silap aku lah. Kalau nak makan murah dari kedai-kedai makan yang ada dalam USS, pergilah ke USS sebab di Far Far Away nie ada 1 kedai yang jual makanan murah. Kira baucer 10 Dolar Singapore tue berbaloi lah makan di sini. Kalau makan tempat lain, semuanya 11 Dolar Singapore dan ke atas. So, memang mahal. Better makan di Far Far Away jak tapi kalau nak lagi save, better bawa makanan sendiri tapi sayang baucer makanan tidak digunakan. 

Lagi 1, air minuman dalam USS sangat mahal, 3.50 Singapore Dolar = RM10.00. Itu untuk minuman berkarbonat botol kecil yang kalau di Malaysia jual di kedai-kedai runcit dalam RM2.00 - RM2.50. Air mineral pun mahal. So, tips aku ialah bawa air mineral botol kecil dalam 3 - 6 botol minuman, simpan di dalam beg. Kalau air habis, jangan risau sebab ada tempat refill air minuman dekat tepi-tepi jalan, pergi jak tadah air dekat situ. Memang boleh save duit daripada beli air mineral yang harganya dalam RM6.00. Kalah mahalnya kalau naik kapal terbang. @_@.

Pintu masuk Far Far Away :D.


Cantik kan istana Far Far Away. Untunglah Shrek tinggal di situ :P.


Pandangan tepi istana Far Far Away :D.





Dalam istana nie pun ada show, iaitu Donkey Show. Kawan kepada Shrek tue yang kahwin dengan naga. Dalam gambar di bawah nie, aku bersama dengan host untuk Donkey Show nie. Sebenarnya, rancangan atau game nie sesuai untuk budak-budak jak, kalau remaja macam kita, opkoslah tidak sesuai tengok rancangan nie. Tapi depends kepada kamu, kalau kamu mahu masuk juga, pergilah. Tiada siapa pun yang larang kamu untuk masuk ke sana. 




Gambar di bawah pula untuk Shrek 4-D Adventures. Dalam sini, kamu akan duduk dan merasai pengembaraan Shrek dan juga Princess Fiona. So, kamu sendiri yang rasa apa berlaku dalam skrin di hadapan tue. Time Donkey tue bersin, kamu akan terkena dengan hingus dan alir liurnya. Kalau Shrek naik kuda pula, kamu pun akan ikut terasa macam naik kuda. Memang best lah :D.


Kami keluar jak dari situ. Kami dapat bergambar bersama dengan Puss in Boots. Buat muka-muka comel lagi. Ingatkan hati tak mahu pun bergambar begitu tapi ikut jaklah. Bila lagi nak bergambar begini kan. Hahahaha :P.



Aku mahu pergi beraya di rumah Shrek. Ketuk punya ketuk pintu rumah dia tapi dia tak buka pun pintu rumahnya. SAD :'(. Bergambar jaklah depan rumahnya.


# MADAGASCAR


Lepas pergi ke istana Far Far Away, kami jalan lagi ke Madagascar untuk berjumpa dengan Alex, Marty, Gloria dan Melman. Jangan lupa masuk ke dalam Madagascar. Kalau boleh, main jak semua games yang ada di dalam USS. Rasainya semua. Baru mantap :D.


A crate adventure :D.


Nampak tak kapal besar tue, di situlah kamu akan masuk kalau main game Madagascar: A Crate Adventure di mana kamu akan menaiki bot seperti gambar di atas nie. 


After pusing USS, baru kami pergi lunch. Aku pun lupa apa nam kedai nie tapi yang pasti kedai makan nie sederet dengan kawasan New York. Kalau kamu nampak kedai makan yang retro nie, itulah kedainya. Makanan di sini semuanya western food, harga untuk 1 burger = 11 Singapore Dollar, kalau covert duit Malaysia, dalam RM30.00 untuk satu burger. Burger paling mahal pernah kami makan dalam hidup, Hahahaha. Padahal sama jak saiz burger kalau beli dekat pasar malam yang harga RM2.00 1 burger. Rasa pun lebih kurang, eyalah. Kan rasa burger, so memang samalah. Takkan pula tiba-tiba rasa nasi lemak kan. :P. After lunch, kami jalan lagi. Tidak pandai puas berjalan walaupun kaki sudah kebas tahap dewa.


Antara tempat-tempat yang interesting dalam USS. 

WaterWorld
Kalau kamu pernah tengok cerita Waterworld tue, mesti kamu tahu kan jalan ceritanya kan. So, dalam Waterworld nie, diorang lakonan kembali cerita nie. Memang best lah kalau i tengok dengan segala bunyi-bunyi letupan dan aksi-aksi pelakonnya. WaterWorld nie terletak di bahagian The Lost World. So, jangan lupa masuk ke dalam sini.






Di sinilah tempat lakonan tue, siap terjun-terjun lagi pelakonnya. Asal jak kena tembak, mesti jatuh ke dalam kolam tue. Hahahaha. Untuk tempat penonton, USS sediakan tempat duduk yang basah. Maksudnya di sini kalau penonton nak basah, dorang boleh pilih kerusi di bawah sekali. So, memang akan basah lecun kena percikan air di situ.


Lights Camera Action
Then, Lights Camera Action pun best. Di sini dorang share mengenai sound effect, action dan macam-macam lagi lah effect yang digunakan dalam movies Hollywood. Jangan lupa masuk ke dalam studio nie. Memang terbaik di mana kamu sendiri dapat merasai effect tue depan mata kamu. 


Inilah suasana dalam studio tue, actually dorang larang ambil gambar tapi aku ambil jak sebab nak tunjukkan ngan kamu semua. Baik kan aku. *silakan muntah :P.


Live Rock Musical (Monster Rock)
Live Rock Musical (Monster Rock) nie sangat best sebab semuanya jenis hantunya menyanyi lagu-lagu yang famous. Kalau masuk ke dalam nie, boleh tengok hantu-hantunya buat konsert secara live. So, jangan lupa masuk ke dalam hall nie. 






Time kami pergi ke USS hari tue, kira ramai juga orang walaupun kami pergi pada waktu orang bekerja, kalau holidays, tak tahu lah macam mana mahu main semua game. Maybe ambil masa berjam-jam untuk main 1 game sahaja. Another tips untuk kamu yang nak pergi ke USS, better pergi pada waktu hari bekerja sebab tak ramai orang yang pergi ke sana. Bukan tak ramai, tapi tidaklah sesak macam susah nak main atau kena tunggu berjam-jam. But it depends on you guys, mana yang kamu prefer tapi kalau nak ikut cadangan aku, dipersilakan untuk ikut, tiada pun dikenakan cas or bayaran.

Sebelum keluar dari USS, kami sempat bergambar di area sini. Kalau nak tahu, cari sendiri. Takkan semua aku nak ceritakan, penat taip. (*so cruel of Addy :P).




Bergambar dengan maskot-maskot yang ada masa kami pergi ke USS nie.







Sempat kami habiskan 2 round pusing-pusing USS sampai kaki nie mahu tercabut. Ada lagi 1 tips aku nak share. Kalau pergi ke USS, better kamu pakai kasut yang berspan atau kasut sukanlah. Jangan sesekali pakai kasut yang ada tumit, tidak kisahlah rendah atau tinggi, memang bagi effect ngan kaki. Pastikan tapak dalam kasut selesa digunakan. So, tidaklah sakit kamu nak round 1 USS tue. Siap boleh lari lagi, mungkin lah. 

After kami keluar dari USS dalam pukul 7.00 p.m, dalam 7.30 p.m bas pun sampai untuk ambil kami bawa balik ke Malaysia. Kena lalui lagi prosedur yang sama, kena cop passport dan apa semua yang penting. Around pukul 9.30 p.m, kami sampai di pejabat Erwin Travel tue dan Hady pun ambil kami dan ajak lagi pergi makan di McD. Family Hady sudah memang ada di sana tunggu kami. Bertambah segan lagi. Bapa Hady belanja lagi sebab malam tue birthday Hady, so kami celebrate di McD. Memang sangat-sangat berterima kasih dengan keluarga Hady sebab belanja kami makan dan bagi stay di rumah. Parents Hady siap tanya lagi bila lagi nak pergi ke JB. Insya-Allah kalau ada masa, kami datang buat lawatan.




Dari JB - KL -TAWAU. Memang jauh lah perjalanan aku. Flight dari JB ke KL pukul 7.05 a.m dan sampai di LCCT pukul 8.05 a.m. Sampai jak di LCCT, aku terus check-in barang-barang aku untuk flight aku yang seterusnya ke Tawau pada pukul 10.40 a.m. Maymenk dan Adeck pula diambil oleh pakcik dorang sebab flight dorang pukul 6.00 p.m, so better balik dulu pakciknya. Gila kah mahu stay di airport 12 jam. Memang gila lah. Aku terus check-in di dalam dan tunggu sampai gate buka. Sudahlah aku mengantuk time tue, terpaksalah tidur duduk sambil menunggu. Tunggu punya tunggu, flight delayed sampai pukul 11.00 a.m sebab kapal terbang belum sampai lagi dari destinasi yang asal. Apa boleh buat, terpaksa bersabar jaklah. Dalam kapal terbang tue, aku bercerita-cerita dengan pelancong dari Filipina sampailah aku tertidur. Sampai jak di airport Tawau, hujan pula turun dengan lebatnya. Tapi apa-apa pun, it was totally an amazing experienced in my life. (*guna ayat cliche :P)

So, jangan lupa pergi ke Universal Studio Singapore, kalau ada duit lebih lagi, pergilah round 1 Singapore, mesti best kan :D. By the way, aku ambil 2 minggu untuk tulis cerita nie tambah dengan tahap malas dan edit-edit gambar, memang take time untuk buat 1 entry nie. Sorrylah kalau ada yang kurang dalam entry nie, semua tue based pengalaman aku. Aku tulis jak balik apa yang ingat dan berlaku masa pergi ke sana. Entry untuk Bandung belum siap lagi, aiyooo. Maybe ambil yang lama juga, tapi jangan risau, aku try update secepat yang mungkin. Okeylah guys, aku dah banyak melalut dalam perenggan akhir nie. Macam karangan BM sudah aku tengok. Hahahaha :P. Just enjoy the pictures. Kalau caption tak sama dengan gambar, biarkan jaklah. Penat lagi mahu edit-edit segala. See you guys soon