Sunday, March 9, 2014

Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum guys :)

Hari tue aku ada berjanji kan nak masukkan cerita mengenai Universal Studio, Singapore. Sudah sebulan lebih cerita tersangkut di tengah jalan dan hari nie aku akan tunaikan dan langsaikan janjiku dengan kamu semua. So, pada 21 Januari 2014, aku dan 2 orang kawan aku iaitu Fadzida dan Faiyzah atau nama glamour diorang Maymenk dan Adeck *actually dorang 2 nie adik beradik :P pergi ke Universal Studio Singapore. Memang kami sudah plan awal bulan Disember tahun lalu mahu pergi ke Singapore dan alhamdulillah plan kami berjalan dengan lancarnya walaupun ada sedikit masalah teknikal. Masalah teknikalnya ialah kawan aku, Hady lambat ambil kami di airport tapi itu jak masalah teknikalnya. Yang selebihnya memang thumbs up untuk Hady sebab sanggup bawa kami jalan-jalan dan ambil, tumpangkan kami di rumah & hantar kami balik ke airport. Thanks a lot Hady. By the way, kami stay di rumah Hady selama 3 hari 2 malam bermula dari 20 - 22 Januari 2014.

# Begini kisahnya...


Kami sampai JB dalam pukul 9.30 a.m dan tunggu kawan aku, Hady ambil kami bertiga di airport sebab kami 2 sudah deals stay di rumahnya. 1st memang segan juga tapi fikir-fikir balik, okey juga stay rumahnya and at the same time dapat save duit bajet. Hihihihi :D. Almost 4 hour kami 3 stay di airport Senai menunggu Hady ambil kami, dia call aku tak dapat, aku call dia pulak tidak angkat. Memang ngamlah. Tunggu punya tunggu sambil call-call juga, alhamdulillah dapat. Dia ingat kami sudah bertolak ke USS hari tue sebab dia call tak dapat. Sambil menunggu Hady datang, kami pergi makan di KFC dulu sebab perut sudah kebulur tahap gaban. Hahahahaha.


Around pukul 12.00 p.m lah begitu, Hady datang ambil kami dan bawa ke rumahnya untuk berehat dulu. After rehat 2 jam, Hady bawa kami jalan-jalan sekitar Johor Bahru (JB). Kami pergi ke Legoland, Kota Iskandar, dan juga Butik JOHO. After that, kami pergi makan, beli tiket USS before balik ke rumah Hady. Kami beli tiket di Erwin Travel & Tours Sdn. Bhd. For your information, pejabat Erwin Travel & Tours Sdn. Bhd. nie terletak di Danga Bay. Pakej ke USS ada 2 jenis. Pakej pertama "only ticket without transportation", which means naik kereta sendiri dan tidak menaiki bas yang disediakan.  Pakej ke-2 pula "ticket and transportation". Pakej pertama berharga  berharga RM168.00 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak pula berharga RM135.00. Untuk pakej ke-2 pula berharga RM189.00 untuk dewasa dan RM149.00 untuk kanak-kanak. Kedua-dua pakej ini termasuk dengan $10 Meal Voucher (Adult), $5 Retail Voucher (Adult) and Free parking Coupun at RWS. Tapi harga pakej nie akan berganti atau bertukar bergantung kepada keadaan semasa.




So, kepada sesiapa yang nak pergi ke Universal Studio Singapore atau mana-mana tempat pelancongan yang menarik, kamu boleh datang sendiri ke pejabat Erwin Travel yang terletak di Johor Bahru. Ini alamatnya, Terminal Bas Larkin, BT-50 G-Floor Jalan Garuda, 80350 Johor dan ada lagi 1 alamatnya iaitu Danga Bay G-09, Blk 6, Danga Bay Jalan Skudai 80200, Johor. No. Tel: 07-2300116. No.Hp: 0127100597/012-7077558. Untuk sesiapa yang nak Whatsapp pun boleh dan juga melalui BBM. Pin BB: 2AA0BA38

Pada sebelah malamnya pula, Hady's family bawa keluar makan di salah tempat tapi aku pun tak tahu di mana dan malam tue, bapa Hady belanja kami semua makan. Memang terharu dan segan juga sebab sudahlah kami stay di rumah dorang then dibelanja makan lagi. Siapa yang tidak segan, kan. But anyways, thanks a lot to Hady and his family sebab layan kami macam raja dan permaisuri.  After dinner, Hady bawa lagi kami jalan-jalan sekitar Pasar Karat. So,  kalau nak beli barang-barang macam baju-baju, bolehlah datang ke sini. Pasar Karat nie kira macam Uptown lah begitu dan lepas jalan-jalan tue, kami balik ke rumah Hady.


#21 Januari 2014

Keesokan harinya iaitu bersamaan dengan 21 Januari 2014, kami bertolak ke Universal Studio Singapore seawal pukul 7.30 a.m dari Pejabat Erwin Travel. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih lah menaiki bas dan sila pastikan tiket USS, kad pengenalan dan passport semuanya dibawa. Jangan risau, abang driver bas tue akan bagi briefing sebelum pergi. So, dengar betul-betul sebab kita melancong ke negara orang. Lain negara, lain caranya. Memang kena berhati-hati untuk mengelakkan sebarang permasalahan berlaku. Okey :D.



Masa kami pergi USS hari tue, seramai 15 orang yang pergi bersama-sama dengan kami menaiki bas. Sepanjang perjalanan ke USS, aku tidur jak dalam bas sampailah ternampak pintu gerbang nie barulah bangun dan mata tue meliar sebab dekat sudah dengan USS. By the way, lepas masuk jak pintu gerbang nie, kamu akan nampak keindahan Resort World Sentosa Singapore. Macam tidak percaya Singapura yang begitu kecil nampak mewah.



Bagi tidak mengelirukan diri kamu untuk main game apa dulu, ambil peta USS yang terdapat di sana. Mahu ambil berapa banyak pun tidak kisah, kira macam bawa balik souvenir bagi dengan kawan-kawan, adik-beradik dan keluarga. Eyalah, mana lah tau tiba-tiba dorang teringin nak pergi ke USS kan. At the same time dapat save cost untuk beli souvenir dan juga bermanfaat. So, bila sudah dapat peta tue, buka seluas-luasnya dan kamu akan jumpa 7 stesen iaitu New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away, Madagascar dan last sekali Hollywood. Each of the station have their own attraction. Kamu tengok sendiri lah dalam peta ada beritahu sekali apa attractions yang ada pada setiap tempat tue.



Jangan lupa untuk ambil yang telah disediakn oleh pihak USS.


Inilah lambang keramat bagi sesiapa yang pergi ke sini sebab semua orang berebut mahu bergambar dengan arca USS nie. Siap ada yang marah-marah suruh orang ke tepi. Hello, kami pun bayar masuk ke sini, bukan kau jak. So, macam mana nak buat diorang diam, just give your middle finger or say sorry ? Tapi kita rakyat Malaysia yang pergi ke tempat orang, so jagalah adab sebab nanti diri sendiri juga yang susah kalau cari masalah kan. Time nie ada seorang pakcik dan isterinya dari Indonesia yang tolong ambil gambar kami bertiga. Hehehehe. Credit kepada pakcik sebab sudi ambilkan gambar kami.

Okey, kami ambil masa 30 minit jugalah untuk ambil di arca USS tue sebab kena tunggu turn yang sesuai untuk dapat gambar yang cantik. Hahahaha. After that, kami masuk ke USS dan terpaku sekejap di tempat berdiri sebab dalam USS tue. Macam tidak sangka dapat menjejakkan kaki ke dalam USS. Hahahaha. 

Berlagak sikit bergambar dengan lambang Universal Studio tue.



Pintu masuk ke Universal Studio Singapore, suka gila aku sebut 3 perkataan tue :P.




# HOLLYWOOD

Masa kami masuk ke dalam USS tue, kami blur sekejap sebab tak tahu nak start dari mana dulu and at the same time terpegun tengok bangunan-bangunan  yang ada dalam USS. Then kami pergi ambil map USS untuk start journey kami dalam USS. Kalau kamu masuk jak, kamu akan pergi ke Hollywood dan ambil lah seberapa banyak gambar pun sebab tiada pun yang larang kamu untuk bergambar. Nak selfie kah, melompat kah, baring kah, mana ada yang kisah except for baring tue over sikit pulak kan. It's up to you.


Kalau nak dan mahu beli souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia atau bagi dengan kawan-kawan dan juga diri sendiri. Jangan risau, di sepanjang laluan Hollywood dan New York ada jual souvenir. Tapi pastikan duit cukup untuk beli souvenir sebab harga barang dalam USS sangat mahal, okey. 1 Dolar Singapore = RM2.70. Barangan yang paling murah pun dalam sekitar 10 Dolar Singapore. Kalau ikut harga Malaysia, dalam RM30.00 lah begitu kamu belanja. Bagi memudahkan kamu, sediakan memang awal-awal bajet untuk souvenir. Okey.



Lagi satu, better kamu tukar duit awal-awal di mana-mana money exchange di Malaysia sebab kalau tukar dalam Singapore lagi mahal. Money exchange ada disediakan di dalam USS, kalau tak silap aku, berdekatan dengan kedai area Hollywood. Itu last choice kalau tidak sempat tukar duit di Malaysia. 



# NEW YORK

Then, kami pergi kota New York, dekat sini pun best kalau bergambar-gambar. So, jangan lepaskan peluang bergambar di sini. New York nie pun lebih kurang macam Hollywood juga sebab banyak kedai di tepi-tepi yang jual souvenir. Memang feeling-feeling ada di New York, cuma tidak nampak patung Statue of Liberty  dan juga lautan. Hahahaha.

Salah satu tarikan yang ada di sini ialah kereta antik yang dolu-dolu punya.





Area sini pun boleh jalan-jalan. 




# SCI-FI CITY

After kami jalan area New York, kami terus pergi ke Sci-Fi City. 1st aktiviti yang kami main ialah Transformer Ride di sana. It was totally crazy. Rugi kalau tidak masuk dan tidak cuba main game nie. Game nie memang terbaik dengan effect 3D nya lagi, memang mantap. So kalau sudah sampai ke USS, main game dulu lepas tue baru shopping. Sebab nanti kalau penat dah shopping, opkos akan malas nak main games dalam USS. 




Tengok muka-muka excited mahu main Transformer Ride nie. Hahahaha :P.




Sempat bergambar dengan Transformer yang tidak seberapa nak tinggi. Rasanya kalau tolak, konfom susah nak bangun balik kan. Hahahaha. So cruel. 


Roller coaster nie pun  terletak di Sci-Fi City, cuma kami tidak berpeluang naik sebab time tue game nie tak dibuka langsung padahal inilahv game yang kami tunggu nak main. Tak tahulah kenapa "dorang" tak buka game nie, maybe droang risau nanti berlaku macam Final Destination 3. Hahahaha. Rasanya kalau main nie, konfom urat perut tegang sebab menahan nafas. Tengok laluan roller coaster nie pun boleh terbeliak biji mata. Tapi takpalah, bukan rezeki kami dapat main game. Apa boleh buat, kan.




# ANCIENT EGYPT

Then, kami pergi Ancient Egypt pula. Nama game nie " Revenge of the Mummy". Game nie pun sangat best sebab ada roller coaster dalam bangunan nie. Masa naik roller coaster tue, 1 benda apa pun tak nampak sebab gelap di dalam. So, memang berteriak sekuat mana dan seburuk mana pun muka kamu, orang lain tak dapat tengok. Hahahaha :P. Tapi hati-hati jelah, sebab ada kamera terlindung yang akan capture moment kita main roller coaster tue. Tup tap tup tap pergi skrin tengok gambar, mesti muka dah macam haprak. 





Sekali lagi bergambar dengan maskot yang ala-ala zaman Mesir Purba. Tapi ada slek sikitlah, sebab muka lelaki tue tak macam muka orang pada zaman Mesir Purba. Hahahahaha :P. 


Bersama dengan pengawal istana Mesir Purba. Terasa macam dalam cerita The Mummy pulak sebab ada 2 orang pengawal nie :P.



# THE LOST WORLD

After Ancient Egypt, kami pergi ke The Lost World. Masa di Lost World nie, banyak juga orang beratur nak main game dalam sini. Tapi malangnya kami hanya sempat main 1 game jak dalam The Lost World nie sebab ramai sangat orang beratur nak main. Antara attraction di sini pula ialah Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Ambek Rock Climb dan juga WaterWorld. Game yang sempat kami main iaitu Jurassic Park Rapids Adventure, game nie sangat best dan kena basah tapi taklah teruk sangat. Better bawa raincoat sendiri untuk mengelakkan basah tapi kalau nak beli di dalam dulu, 4 Dolar Singapore = RM10 atau RM12 lah begitu harganya. So, my suggestion is better bawa sendiri, dapat jimat duit dan kamu pun tak basah :P. 




Ada dinosaur lagi dorang bawa keluar. Aku tak tahu pulak apa nama spesies dinosaur yang ini. Tapi yang pasti, dinosaur jenis pemangsa. Siap mengganas lagi, konon-konon nak makan orang. Nampak macam real tapi sebenarnya robot jak pun. 


Perempuan nie kira macam spokeperson. Dia explain segala-galanya tentang spesies dinosaur nie. Kira macam lawatan sambil belajar lah.



Bergambar dulu bersama 2 ekor dinosaur peliharaan aku. Hahahahaha :P.



# FAR FAR AWAY

Then, kami pergi ke Far Far Away. Jauh betul kami merantau kan. Tak sangka dapat pergi ke Istana Far Far Away, kalau kamu tengok cerita Shrek. Mesti kamu tahu tentang istana nie. Sebab nielah tempat tinggal Shrek bersama dengan Princess Fiona kalau tak silap aku lah. Kalau nak makan murah dari kedai-kedai makan yang ada dalam USS, pergilah ke USS sebab di Far Far Away nie ada 1 kedai yang jual makanan murah. Kira baucer 10 Dolar Singapore tue berbaloi lah makan di sini. Kalau makan tempat lain, semuanya 11 Dolar Singapore dan ke atas. So, memang mahal. Better makan di Far Far Away jak tapi kalau nak lagi save, better bawa makanan sendiri tapi sayang baucer makanan tidak digunakan. 

Lagi 1, air minuman dalam USS sangat mahal, 3.50 Singapore Dolar = RM10.00. Itu untuk minuman berkarbonat botol kecil yang kalau di Malaysia jual di kedai-kedai runcit dalam RM2.00 - RM2.50. Air mineral pun mahal. So, tips aku ialah bawa air mineral botol kecil dalam 3 - 6 botol minuman, simpan di dalam beg. Kalau air habis, jangan risau sebab ada tempat refill air minuman dekat tepi-tepi jalan, pergi jak tadah air dekat situ. Memang boleh save duit daripada beli air mineral yang harganya dalam RM6.00. Kalah mahalnya kalau naik kapal terbang. @_@.

Pintu masuk Far Far Away :D.


Cantik kan istana Far Far Away. Untunglah Shrek tinggal di situ :P.


Pandangan tepi istana Far Far Away :D.





Dalam istana nie pun ada show, iaitu Donkey Show. Kawan kepada Shrek tue yang kahwin dengan naga. Dalam gambar di bawah nie, aku bersama dengan host untuk Donkey Show nie. Sebenarnya, rancangan atau game nie sesuai untuk budak-budak jak, kalau remaja macam kita, opkoslah tidak sesuai tengok rancangan nie. Tapi depends kepada kamu, kalau kamu mahu masuk juga, pergilah. Tiada siapa pun yang larang kamu untuk masuk ke sana. 




Gambar di bawah pula untuk Shrek 4-D Adventures. Dalam sini, kamu akan duduk dan merasai pengembaraan Shrek dan juga Princess Fiona. So, kamu sendiri yang rasa apa berlaku dalam skrin di hadapan tue. Time Donkey tue bersin, kamu akan terkena dengan hingus dan alir liurnya. Kalau Shrek naik kuda pula, kamu pun akan ikut terasa macam naik kuda. Memang best lah :D.


Kami keluar jak dari situ. Kami dapat bergambar bersama dengan Puss in Boots. Buat muka-muka comel lagi. Ingatkan hati tak mahu pun bergambar begitu tapi ikut jaklah. Bila lagi nak bergambar begini kan. Hahahaha :P.



Aku mahu pergi beraya di rumah Shrek. Ketuk punya ketuk pintu rumah dia tapi dia tak buka pun pintu rumahnya. SAD :'(. Bergambar jaklah depan rumahnya.


# MADAGASCAR


Lepas pergi ke istana Far Far Away, kami jalan lagi ke Madagascar untuk berjumpa dengan Alex, Marty, Gloria dan Melman. Jangan lupa masuk ke dalam Madagascar. Kalau boleh, main jak semua games yang ada di dalam USS. Rasainya semua. Baru mantap :D.


A crate adventure :D.


Nampak tak kapal besar tue, di situlah kamu akan masuk kalau main game Madagascar: A Crate Adventure di mana kamu akan menaiki bot seperti gambar di atas nie. 


After pusing USS, baru kami pergi lunch. Aku pun lupa apa nam kedai nie tapi yang pasti kedai makan nie sederet dengan kawasan New York. Kalau kamu nampak kedai makan yang retro nie, itulah kedainya. Makanan di sini semuanya western food, harga untuk 1 burger = 11 Singapore Dollar, kalau covert duit Malaysia, dalam RM30.00 untuk satu burger. Burger paling mahal pernah kami makan dalam hidup, Hahahaha. Padahal sama jak saiz burger kalau beli dekat pasar malam yang harga RM2.00 1 burger. Rasa pun lebih kurang, eyalah. Kan rasa burger, so memang samalah. Takkan pula tiba-tiba rasa nasi lemak kan. :P. After lunch, kami jalan lagi. Tidak pandai puas berjalan walaupun kaki sudah kebas tahap dewa.


Antara tempat-tempat yang interesting dalam USS. 

WaterWorld
Kalau kamu pernah tengok cerita Waterworld tue, mesti kamu tahu kan jalan ceritanya kan. So, dalam Waterworld nie, diorang lakonan kembali cerita nie. Memang best lah kalau i tengok dengan segala bunyi-bunyi letupan dan aksi-aksi pelakonnya. WaterWorld nie terletak di bahagian The Lost World. So, jangan lupa masuk ke dalam sini.






Di sinilah tempat lakonan tue, siap terjun-terjun lagi pelakonnya. Asal jak kena tembak, mesti jatuh ke dalam kolam tue. Hahahaha. Untuk tempat penonton, USS sediakan tempat duduk yang basah. Maksudnya di sini kalau penonton nak basah, dorang boleh pilih kerusi di bawah sekali. So, memang akan basah lecun kena percikan air di situ.


Lights Camera Action
Then, Lights Camera Action pun best. Di sini dorang share mengenai sound effect, action dan macam-macam lagi lah effect yang digunakan dalam movies Hollywood. Jangan lupa masuk ke dalam studio nie. Memang terbaik di mana kamu sendiri dapat merasai effect tue depan mata kamu. 


Inilah suasana dalam studio tue, actually dorang larang ambil gambar tapi aku ambil jak sebab nak tunjukkan ngan kamu semua. Baik kan aku. *silakan muntah :P.


Live Rock Musical (Monster Rock)
Live Rock Musical (Monster Rock) nie sangat best sebab semuanya jenis hantunya menyanyi lagu-lagu yang famous. Kalau masuk ke dalam nie, boleh tengok hantu-hantunya buat konsert secara live. So, jangan lupa masuk ke dalam hall nie. 






Time kami pergi ke USS hari tue, kira ramai juga orang walaupun kami pergi pada waktu orang bekerja, kalau holidays, tak tahu lah macam mana mahu main semua game. Maybe ambil masa berjam-jam untuk main 1 game sahaja. Another tips untuk kamu yang nak pergi ke USS, better pergi pada waktu hari bekerja sebab tak ramai orang yang pergi ke sana. Bukan tak ramai, tapi tidaklah sesak macam susah nak main atau kena tunggu berjam-jam. But it depends on you guys, mana yang kamu prefer tapi kalau nak ikut cadangan aku, dipersilakan untuk ikut, tiada pun dikenakan cas or bayaran.

Sebelum keluar dari USS, kami sempat bergambar di area sini. Kalau nak tahu, cari sendiri. Takkan semua aku nak ceritakan, penat taip. (*so cruel of Addy :P).




Bergambar dengan maskot-maskot yang ada masa kami pergi ke USS nie.







Sempat kami habiskan 2 round pusing-pusing USS sampai kaki nie mahu tercabut. Ada lagi 1 tips aku nak share. Kalau pergi ke USS, better kamu pakai kasut yang berspan atau kasut sukanlah. Jangan sesekali pakai kasut yang ada tumit, tidak kisahlah rendah atau tinggi, memang bagi effect ngan kaki. Pastikan tapak dalam kasut selesa digunakan. So, tidaklah sakit kamu nak round 1 USS tue. Siap boleh lari lagi, mungkin lah. 

After kami keluar dari USS dalam pukul 7.00 p.m, dalam 7.30 p.m bas pun sampai untuk ambil kami bawa balik ke Malaysia. Kena lalui lagi prosedur yang sama, kena cop passport dan apa semua yang penting. Around pukul 9.30 p.m, kami sampai di pejabat Erwin Travel tue dan Hady pun ambil kami dan ajak lagi pergi makan di McD. Family Hady sudah memang ada di sana tunggu kami. Bertambah segan lagi. Bapa Hady belanja lagi sebab malam tue birthday Hady, so kami celebrate di McD. Memang sangat-sangat berterima kasih dengan keluarga Hady sebab belanja kami makan dan bagi stay di rumah. Parents Hady siap tanya lagi bila lagi nak pergi ke JB. Insya-Allah kalau ada masa, kami datang buat lawatan.




Dari JB - KL -TAWAU. Memang jauh lah perjalanan aku. Flight dari JB ke KL pukul 7.05 a.m dan sampai di LCCT pukul 8.05 a.m. Sampai jak di LCCT, aku terus check-in barang-barang aku untuk flight aku yang seterusnya ke Tawau pada pukul 10.40 a.m. Maymenk dan Adeck pula diambil oleh pakcik dorang sebab flight dorang pukul 6.00 p.m, so better balik dulu pakciknya. Gila kah mahu stay di airport 12 jam. Memang gila lah. Aku terus check-in di dalam dan tunggu sampai gate buka. Sudahlah aku mengantuk time tue, terpaksalah tidur duduk sambil menunggu. Tunggu punya tunggu, flight delayed sampai pukul 11.00 a.m sebab kapal terbang belum sampai lagi dari destinasi yang asal. Apa boleh buat, terpaksa bersabar jaklah. Dalam kapal terbang tue, aku bercerita-cerita dengan pelancong dari Filipina sampailah aku tertidur. Sampai jak di airport Tawau, hujan pula turun dengan lebatnya. Tapi apa-apa pun, it was totally an amazing experienced in my life. (*guna ayat cliche :P)

So, jangan lupa pergi ke Universal Studio Singapore, kalau ada duit lebih lagi, pergilah round 1 Singapore, mesti best kan :D. By the way, aku ambil 2 minggu untuk tulis cerita nie tambah dengan tahap malas dan edit-edit gambar, memang take time untuk buat 1 entry nie. Sorrylah kalau ada yang kurang dalam entry nie, semua tue based pengalaman aku. Aku tulis jak balik apa yang ingat dan berlaku masa pergi ke sana. Entry untuk Bandung belum siap lagi, aiyooo. Maybe ambil yang lama juga, tapi jangan risau, aku try update secepat yang mungkin. Okeylah guys, aku dah banyak melalut dalam perenggan akhir nie. Macam karangan BM sudah aku tengok. Hahahaha :P. Just enjoy the pictures. Kalau caption tak sama dengan gambar, biarkan jaklah. Penat lagi mahu edit-edit segala. See you guys soon

15 comments :

  1. thnks share info yang sgt berguna ni, I pergi uss 7th Nov 2014.

    ReplyDelete
  2. Cantik2 gambar kau ambil. Daebak!

    ReplyDelete
  3. Sharing yang bagus. Informative. Thanks. By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
    From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Jessica. Actually my writing is not that good but I will try to improve it. If you notice, some of the sentence didn't complete and missing some word. I will redo it back to make people easy and comfortable to read it. Besides, I want to travel to Singapore again one day, hopefully.By the way, thank you so much for leaving your comment in here.

      Delete
    2. You're welcome. :) It is good enough for me. People love to hear stories. Do not have to be TOO FORMAL. Yours is one of the stories that people would prefer to read. Especially with all of the beautiful pictures included! So you are a photographer? How long have you been a photographer?
      From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com

      Delete
    3. Thank you Jessica. Actually before I continuing my study, I work as a amateur photographer in studio at my hometown. I love to take pictures but for now I hold it for a moment because I want to focus on my final year degree. But photography is my passion. I will continue to write more story and experienced in my blog. Okey.

      Delete
  4. Oic. Good luck for your study. May you'll pass your degree with flying colours. Well, you can also actually become a freelance photographer. Thanks for your kind reply towards my comments. :) Take care.
    From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm sorry because late to reply your comment. By the way, thank you so much for your wish. Eventually yes, I'm a freelance photographer. You also take care.

      Delete
  5. Hi Addy,..

    Nice photo and info,.. jz nak tahu.. restoran kat dalam USS tu semua halal ka?

    Thanks

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing your experience to us...
    Nice Picture....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. You're welcome. Thank you for reading my blog. :)

      Delete
  7. salam...encik ady ...lenkali letak la bajet keseluruhan ...contoh tiket n makan ....bape sume nyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet keseluruhan lebih kurang RM300. Rasanya boleh kurang lagi dari tue. Tapi untuk keselamatan, bawa dalam RM400 pun okay. Sorry :)

      Delete