Friday, May 16, 2014

It's my 1st post in May

Assalammualaikum guys :)


It's been two week I haven't update my blog. Actually aku tiada idea nak tulis apa dalam blog ni. Rasa macam loser sangat jadi blogger yang jarang update blog ni. Dulu harapan bukan main nak jadi blogger terkenal, tapi nak update blog bukan main payah, tunggu mood rajin tue datang sampai raya tahun depan tak datang-datang. Rajin kena push sikit baru nampak, kan kan kan.

By the way, sempena cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, aku akan balik ke TAWAU. Walaupun cuti seminggu, aku tetap nak balik. Eyalah, aku tak sanggup nak duduk sendiri-sendiri di bilik kolej. Cuti Mid-Term hari tue aku mana ada balik rumah. Sedih tau :'(. Semester 1, 2, dan 3 mampu tahan lagi tapi sejak masuk semester 4 nie, perangai semakin menjadi-jadi. Hahahahaha. Mungkin terlalu lama bertahan, so tiba masanya untuk lepaskan. Ada lagi 2 semester untuk dilalui dan insya-Allah tahun depan akan berakhirlah penderitaan dan keriangan sebagai mahasiswa. Bukan aku cakap jadi mahasiswa ni tak best tapi lagi best kalau ada kawan sama-sama kan, kalau sendiri-sendiri di universiti, I means like pergi kelas sendiri-sendiri, balik sendiri-sendiri umpama roh orang mati yang tak tenang. Oppps. Over pulak aku berkata macam tu kan. But as long you're tough and independent, you'll survive.

Okey, stop bercakap mengarut-ngarut ni. Kita bincang pasal perkara yang baik-baik. Aku akan balik pada 23 Mei nie bersamaan dengan hari Jumaat. Insya-Allah, aku balik dengan Nurifiney E.Hairoland merangkap cousin sebelah bapa aku dan juga ex-classmate aku masa form 4 dan 5. Latar belakangnya nantilah aku ceritakan di post yang akan datang. Aku nak cakap pasal plan aku dulu. Okey, plan cuti seminggu nie actually aku belum buat lagi. Bukan apa, time di sini, bukan main sel-sel otak aku ni berhubung dan fikir apa aktiviti yang aku akan buat kalau sampai di rumah. Tapi kalau dah sampai rumah, plan yang diatur memang hancur sebab malas nak berjalanlah, tunda aktiviti pergi hari lain lah dan macam-macamlah yang menganggu plan aku. Hahahaha. 

Family pun dah rancang nak pergi ke Kota Kinabalu dan Keningau tapi tengoklah dulu macam mana sebab nak balik kampung bapa aku di Keningau sekali pergi tengok Pesta Kaamatan di kampung. Aku pun sudah lama tak balik Keningau. Seingat aku, last time aku balik Keningau masa form 4 kalau tak silap aku lah. So, azam kali nie dan tahun nie nak balik jumpa ngan family2 sebelah bapa aku di sana. Eyalah, sudah lama aku tak pergi melawat keluarga di sana, nanti tak kenal pula keluarga sendiri. Aiyooo. Okeylah, sampai sini dulu aku update blog aku. See you guys on next post :).

No comments :

Post a Comment