Sunday, May 18, 2014

We are MASSCOMM UiTM, Passionately Different !

Assalamualaikum guys :)

Well, well well. Tengok tajuk pun dah tahu cerita apa. Mestilah pasal MASSCOMM. Hidup MASSCOMM, Hidup MASSCOMM, Hidup MASSCOMM ! Cukup 3 kali jak laungkan. Tak boleh lebih-lebih. Hahahahaha. Actually aku post entry nie sebab pada 24 -25 Mei ada interview Mass Communication untuk degree level bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, STPM atau mana-mana diploma yang nak sambung ke degree Masscomm. Untuk interview diploma sudah pun dijalankan pada pertengahan bulan 3. Alhamdulillah, banyak juga yang bertanya mengenai kursus nie pada entry yang lepas. Kalau ada yang tak sempat baca, nie linknya MASSCOMM. Okey.

First of all, alhamdulillah ramai yang bertanya mengenai soalan-soalan yang akan ditanya dan memberi feedback mengenai kos Masscomm dalam entry yang lalu. Thank you so much for the feedback. Malu kitew taw :P. So hari nie aku nak share pengalaman aku yang tidak seberapa nie semasa hadapi temuduga Masscomm nie. Harap-harap dapat membantu kalian yang dapat temuduga nie. Aku akan bagi sedikit tips yang harap dapat memberikan kamu tapi nie aku tak copy paste dari mana-mana blog. Tips yang aku bagi nie based on my experienced sebab daripada pengalamanlah kita tahu macam mana sesi temuduga tue dijalankan. Pengalaman mendewasakan kita, chewah ayat tak boleh blah. Setiap orang ada cara tersendiri untuk hadapi temuduga kan. So, this is my way attending an interview.

Tips menghadapi temuduga:

1. Do preparation
Once kamu dapat tahu yang kamu akan dapat temuduga, dapatkan infomation mengenai kos yang akan diambil. Sebab selalunya interviewer akan bertanya dengan kita apa yang tahu pasal kos nie dan mengapa pilih kos nie. So, kalau kita dah buat research, kita dah faham sedikit sebanyak mengenai kos yang kita akan ambil nie. Honestly, aku dulu pun tak tahu apa kos Masscomm nie tapi bila dah tahu, terasa bangga pula dapat masuk bidang nie. But jangan menghafal pula, risau kalau terlupa, kamu akan terus gelabah, so just relaks dan ingat keyword yang penting-penting sahaja. Okey.

2. Find out the current issues
Current issues pun penting tau sebab interviewer nak tengok sama ada kita nie alert dengan surrounding kita atau tidak. Kita nie yang kisah atau tak kisah dengan apa yang berlaku di persekitaran kita. So, cari isu semasa yang tengah "hangat" disiarkan di Tv, radio, newspaper or other medium. Mestilah kena tahu sebab kita yang akan belajar media nanti, so kenalah tahu. By the way, kalau dah jadi pelajar Masscomm, we are media practitioner.

3. Use an appropriate clothes
Etika pemakaian mestilah yang kemas dan rapi. Untuk lelaki kena ada 5 item asas nie:

Baju kemeja (polos) + neck tie + seluar slack + stokin hitam + kasut kulit @ PVC

Kalau boleh, baju kemeja tue gunakan warna pastel, maksudnya warna yang lembut. Necktie gunakan warna yang berlawanan dengan warna baju, yang lebih terang atau lebih gelap. Bagi rambut lelaki yang panjang, sikat dan pastikan nampak kemas. Untuk kaum wanita pula, pakailah pakaian yang menutup aurat dan pastikan sedap mata memandang. Gunakan baju kurung atau corporate style pun boleh. Tapi pastikan juga selesa dipakai, okey :). Jangan lupa, pastikan etika pemakaian mengikut standard yang telah ditetapkan. Jangan nak show off sangat, pakai color blocking, sakit mata orang yang interview kamu. Nanti kalau dah dapat masuk MASSCOMM, bergayalah puas-puas. 

4. Drink a lot of water & eat snack
Time menunggu giliran di"interview", pastikan bawa air mineral dan sedikit snek bagi mengurangkan rasa nervous tue. Banyakkan minum air mineral, it will help to reduce your nerves dan jangan lupa exercise sikit-sikit bagi hilangkan lenguh-lenguh badan. Beli coklat Cadbury atau makanan yang manis-manis tapi janganlah macam bawa 1 kedai. Sebab time menunggu giliran tue, mana taulah lama kan. So, boleh makan bagi alas perut dan tidak rasa bosan menunggu giliran.

5. Be confident
Siapa yang tak nervous kalau nak ditemuduga tue memang aku respectlah dia, mungkin dia dah banyak kali hadapi sesi temuduga nie atau mungkin dia dah yakin dengan apa yang study sebelum interview tue. Tapi rasanya everyone will be nervous sebelum interview dimulakan. Eyalah, risau nanti apa yang dibaca atau disoal tak dapat nak jawab. Don't worry about it, just be confident and become yourself, but don't too cocky or overconfident.  Interviewer akan tengok cara kita menjawab, cara kita duduk, cara kita memberikan pendapat. That means the interviewer will look how confident we are. Just go with the flow, okey.

So, itu sajalah tips yang aku boleh kongsi bersama. Bukan apa, aku tak expert pun pasal interview-interview but people when asking me, I share what I know. Sharing is caring, kan. Ambil yang baik, buang yang tidak baiknya. Honestly aku buat entry nie supaya junior-junior kita yang masuk Masscomm dapat sedikit sebanyak tahu tentang dunia Masscomm nie. By the way, ada juga junior yang tanya course Masccomm nie susah tak ? Bagi aku, depend on your effort and your passion. Menuntut ilmu mana ada yang mudah, semua ada cabaran masing-masing dan terpulang kepada diri kita macam mana nak atasi semua itu. Lagi satu,  kalau tak suka Masscomm, jangan ambil Masscomm dan letakkan dalam pilihan UPU anda sebab anda menutup peluang orang lain yang nak masuk Masscomm nie. Okey. Jangan marah dengan teguran tue, ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri dan juga orang lain.



Okeylah sampai sini aku taip, kena buat another task. Harap apa yang aku share sedikit sebanyak bantu kamu yang bakal hadapi interview Masscomm nie. Jangan lupa juga tanya dengan senior-senior yang ambil kos Masscomm nie dan tanya dengan mereka juga, mana tau mereka ada tips yang lebih baik daripada apa yang aku share nie. Lagi satu, sesi interview mungkin berubah mengikut keadaan dan persekitaran kita. Eyalah dulu-dulu interview face-to-face, mana tau sekarang guna Skype jak interview. So, kalau ada apa-apa kemusykilan, silalah komen di ruang komen di bawah. Insya-Allah aku akan balas secepat yang mungkin. By the way, terima kasih kerana baca blog aku.We are MASSCOMM, Passionately Different ! See you guys again . Goodbye :)

2 comments :

  1. Okay saya dah baca cuma saya nak tanya in degree dia ada subcourse kan? so pemilihan subcourse tu akan diberi semasa iv atau selepas result iv keluar?

    ReplyDelete
  2. Itu kalau dah dapat masuk fakulti, baru boleh pilih sendiri which you want to take.

    ReplyDelete