Tuesday, July 8, 2014

Untitled Post :P

Assalamualaikum guys :)

It's been a month aku tak update apa-apa dalam blog ni. Sorrylah sekarang ni final exam, lagipun dah nak habis. Aku tinggal 1 paper jak lagi ni. Lepas tu, berakhirlah sudah semester 4 aku di UiTM Shah Alam. Tinggal 2 semester lagi, lepas tu graduate. Insya-Allah. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan dan proses pembelajaran. Amin. By the way, selamat berpuasa. Lupa nak wishkan pula, dah masuk hari 10 kita berpuasa kan. Tak sangka pula kali ni kami student-student UiTM sempat berpuasa di sini. Final exam + puasa, insya-Allah lebih barakah walaupun jeles dengan kawan-kawan universiti yang lain yang mana cuti lebih awal. Tapi, it's okey. Lagipun, aku dah siap packing barang-barang aku dan bersiap sedia nak balik ke Tawau bumi peladang. Selepas dapat jak jadual final exam, aku terus booking tiket . Eyalah, nanti harga tiket mahal, lagi-lagi kalau musim perayaan. Insya-Allah ada lagi 3 hari berada di bumi Shah Alam sebab flight aku nanti 10 Julai pada pukul 7.25 a.m dan akan sampai ke bumi Tawau pada pukul 10.30 a.m.  

Okey. Kawan-kawan yang lain dah goyang kaki di rumah, aku dan classmates aku belum dapat lagi nak goyang kaki di rumah. Eyalah, masih ada lagi paper yang last ni, 09 Julai. Orang lain sibuk study, aku pula sibuk update blog ni. 1 habuk apa pun aku belum baca. Macam mana nak skor ni ? Hmmmm. Susah-susah sebab kepala otak aku ni dah start plan aktiviti sepanjang cuti nanti. Then, cuti 2 bulan, aku dah plan hampir 40% aktiviti yang aku akan buat sepanjang cuti nanti. 60% lagi aku akan fikirkan masa dalam kapal terbang nanti, nampak tak lagaknya di situ atau bila sudah sampai di Tawau nanti. Hahahahaha. Harap-haraplah aktiviti yang dibuat ni dapat memberi manfaat kepada diri sendiri. Tapi not sure lah apa aktiviti yang aku akan buat, still blur lagi ni.

Ermm, baju raya ? Ah, pasal baju raya. Baju raya dah siapkah atau beli yang pasang siap jak terus di kedai ? Baju raya kali bertemakan warna apa ? Aku syak raya tahun ni ramai gila yang pakai baju raya bertemakan warna HIJAU ZAMRUD. Tahu dak macam mana warna hijau zamrud tu ? Malas lah aku nak bagi tunjuk, pergi google, search sendiri. Hahahahaha. Kalau aku beli baju Melayu yang pasang siap jak terus di kedai sebab upah nak jahit Melayu mahal, better beli di kedai lagipun pakai sekali jak pun, itu pun time raya pertama. Lepas tu, buka dan siap dalam almari. Memandangkan aku dan bapa aku berdua jak lelaki di rumah, so kami tak payah pening-pening nak jahit baju ke apa. Just pergi kedai, beli. Simple as it can be. Oh, nak tahu warna baju Melayu aku, tunggulah aku post nanti dalam entry yang seterusnya. Goodbye dan selamat berpuasa dan jangan lupa niat puasa. Jumpa lagi di entry yang akan datang bila aku rajin menaip macam malam ni.


Sebelum terlupa dan kamu keluar dari blog ni, meh aku belanja 1 keping gambar dengan bestfriend aku. Tadi sempat gak aku korek album lama aku dan tengok gambar ni tiba-tiba dengan dia. Takpa, nanti aku balik kita buka puasa sama-sama ya. By the way, aku tak tahu nak letak title post ni. Hahahahaha :P.

No comments :

Post a Comment