Tuesday, August 19, 2014

Untunglah Menjadi Mahasiswa dan Mahasiswi

Assalamualaikum guys :)

It's been a long time aku tak update blog nie sejak cuti semester. Hahahaha. Well, sampai jak Tawau hari tue, aku langsung lupa nak update blog nie. Well, biasalah cuti kan. Entry untuk raya pun aku tak buat, ,malaslah nak buat. Just tengok gambar raya aku dalam Instagram dan juga Facebook aku sebab bagi aku raya tahun nie bolehlah. Bukan tak meriah tapi macam something missing. Okey, cuti semester bakal melabuhkan tirainya  dantidak lama akan berakhir dan aku bakal kembali ke Shah Alam untuk semester 5. Zaman senior. Yahooooo. Seniorlah sangat. Insya-Allah. Alhamdulillah 4 semester dah habis, tinggal 2 semester lagi. Tak sabarnya nak habiskan degree nie. Lepas tue, sambung Master lagi itupun kalau mampu lah. Kalau tak, hold dulu. Cari kerja and then baru sambung belajar lagi.

By the way, 5 hari yang lalu (14 Ogos 2014) result final examination untuk student UiTM keluar dan alhamdulillah result aku stilll maintain walaupun tidak dapat dekan. And lagi satu result UPU untuk sesi akademik 2014/2015 bagi pelajar STPM (1994), Matrikulasi (1995 & 1994) dan dari mana-mana diploma. Selamat menyambung pelajaran dan selamat menjadi mahasiswa. Ucapan tahniah jaklah yang aku dapatkan sampaikan kepada kamu. Bagi yang tidak berjaya, tunggu rayuan kamu. Insya-Allah dapat tue. Okey. Jangan berputus asa dan rasa kecewa sebab tidak dapat masuk ke universiti. Rezeki Allah S.W.T itu luas dan mungkin bukan rezeki kamu dapat masuk ke universiti. Insya-Allah ada hikmah semuanya tue. Sebab apa, sebab orang belajar untuk mendapatkan pekerjaan. Biar tidak belajar tinggi, kalau rezeki Allah berikan kepada kita melimpah ruah, insya-Allah boleh juga kita berjaya macam orang lain. Okey.

Okeylah guys, sampai sini dulu aku menaip. Aku nak tidur dulu. Selamat malam + subuh. Sebelum tue, aku belanja kamu sekeping gambar aku terutamanya yang bakal menjejakkan kaki ke universiti masing-masing. Harap tidak muntah depan laptop or tab kamu sebab nanti kamu sendiri juga yang rugi kalau rosak. Hahahahaha. Apa-apa persoalan, boleh PM aku di Facebook aku or just leave your comment. Okey bye.

No comments :

Post a Comment