Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

Assalamualaikum guys :)

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia. Cukuplah dengan ucapan yang ringkas tue. So, kali nie baru hati nie terdetik nak menaip dalm blog nie setelah sekian lama dilupakan, adalah dalam sebulan lebih aku lupakan. Seperti biasa cuti Hari Raya Aidiladha nie aku tak balik ke rumah, so aku akan merantau ke UKM bersama dengan kawan-kawan sekolah aku yang study dekat sana. Luangkan masa dengan mereka sebelum kesibukan melanda diri. Eyalah, dah final year but not last semester, ada lagi satu semester nak diharungi iaitu INTERNSHIP. But aku tak bincang pasal INTERNSHIP dulu, itu tahun depan punya kisah, nantilah aku masukkan dalam blog nie. Okey, kita kembali ke pangkal jalan.

Well, sekarang nie student degree UiTM Shah Alam dan mana-mana student degree cawangan UiTM yang lain sedang bercuti (MID-TERM BREAK) selama seminggu sekali dengan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha. Cuti nie pun macam tak cuti sebab there's a lot of assignment yang kami kena buat. But it's okey sebab dah final year kan, so kenalah berkorban sikit. Selama sebulan di sini, ada 85 hari lectures yang kena lalui sebelum final examination yang bermula dari 29 Disember 2014 -19 Januari 2015. harap-harap final exam nanti nie tak balik lambat ke rumah. Muahahahaha. Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah semester 5 dan bakal mengakhiri pengajian di dalam fakulti sebab semester depan dah internship. 

Memandangkan cuti seminggu nie tak balik rumah beraya, so aku letakkan gambar raya aidilfitri tahun nie bersama dengan family aku. Well, as you can see, I'm the only son in my family. Hahahahaha. Sedih seyh tak dapat merasa ada abang dan adik lelaki. (T_T) sobs sobs sobs. Tapi alhamdulillah Allah gives me an awesome and good family. Semoga mamy, dady dan adik-beradik aku yang lain sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T dan sentiasa dilindungi-Nya. Amin. Rasanya aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Another 10 weeks to go before start semester break. Chayok ! Chayok ! Goodbye for now. By the way, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA again for all the muslim in the world. 


No comments :

Post a Comment