Friday, February 28, 2014

Bachelor of Mass Communications (Hons) (Public Relations) in UiTM Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum guys :)

Siapa yang pernah dengar kos Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian (Perhubungan Awam) ? Aku rasa ramai yang pernah dengar mengenai kos nie kan tapi banyak yang tidak tahu apa kursus nie sebenarnya. Maybe ada yang fikir sebagai sales promoter, bercakap-cakap dengan orang. Even aku sendiri pun fikir begitu time dapat kos ni. Yang aku tahu, connect to people, memang betullah connect to people, but in what way ? Let me tell and share with you what I know about this course. Actually kursus ni sangat-sangat diperlukan dalam negara kita. Pegawai Perhubungan Awam nie boleh bekerja dengan ahli politik, government atau private sector. You can choose either want to become Government Public Relations or Political Public Relations. But if you want to work with private sectors, it's up to you. So, every company memerlukan seorang atau maybe more than seorang Public Relations Officer atau dikenali sebagai Pegawai Perhubungan Awam untuk menjaga nama baik dan reputasi syarikat tersebut. That means Pegawai Perhubungan Awam atau lebih dikenali sebagai PRO, akronim kepada Public Relations Officer yang boleh keluarkan statement mengenai syarikat tue dan menjaga hubungan especially towards the public. 

Antara tugas-tugas PRO di Kementerian/Jabatan/Agensi yang ditugaskan ialah:
  • Merancang dan menguruskan perhubungan media dan publisiti serta memupuk hubungan baik dengan media tempatan
  • Mengurus dan membuat perancangan acara kepada jabatan/agensi
  • merancang dan mengurus media sosial jabatan/agensi
  • Menguruskan bahan penerbitan korporat jabatan/agensi
  • Merancang dan mengurus pameran/lawatan di dalam dan luar negara
  • Mengurus sebarang maklumat balas dan aduan yang diterima oleh jabatan/agensi
  • Memantau dan menilai isu-isu semasa dari akhbar yang dilanggan
  • Menguruskan sewaan tempat oleh organisasi/orang perseorangan di jabatan/agensi
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa
So, kepada sesiapa yang interesting untuk menjadi Pegawai Perhubungan Awam, kamu boleh melanjutkan pelajaran dalam kos Komunikasi atau Mass Communication. Kalau tidak silap aku, ada beberapa universiti tempatan (IPTA) yang menawarkan bidang Komunikasi Massa (Masscomm). Antaranya ialah:

Universiti Sains Malaysia (USM),Georgetown, Pulau Pinang.
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah
Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
Universiti Islama Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor

Aku pun ambil kos ni dan major dalam Public Relations di UiTM Shah Alam. Sekarang nie dalam semester 3 dan bakal masuk ke semester 4 bila cuti semester untuk semester niehabis. Alhamdulillah tak sangka juga masuk 2 tahun sudah aku di UiTM Shah Alam. Insya-Allah akan graduate pada tahun 2015. Semoga dipermudahkan :). Gambar di bawah pula ialah syarat-syarat khas program bagi Masscomm UiTM. So, kepada sesiapa yang mahu berminat dalam bidang nie boleh tengok syarat-syarat khasnya. By the way, UiTM pun ada tawarkan kos Masscomm nie dalam diploma. Kalau mahu masuk dalam diploma Masscomm bagi pelajar SPM, UiTM Alor Gajah (Lendu), Melaka merupakan satu-satunya UiTM cawangan yang menawarkan kos Masscomm nie. Kalau habis sudah belajar di peringkat diploma, boleh sambung dalam degree mengikut bidang yang kamu suka dan terus berada di semester 3.




Okey, kos Masscomm a.k.a Mass Communication nie sebenarnya ada ujian bertulis dan temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Cara pemilihan pun sudah berbeza sekarang, dulu kami boleh pilih kos mana yang kami nak masuk. Tapi sekarang nie dah berbeza, pihak fakulti akan tawarkan mana 1 kos yang sesuai dengan kebolehan dan bakat yang anda ada. Untuk UiTM Shah Alam, kos Masscomm ada tawarkan 8 sequences which are:
  1. Perhubungan Awam (Public Relations)
  2. Kewartawanan (Journalism)
  3. Penyiaran (Broadcasting)
  4. Periklanan (Advertising)
  5. Penerbitan (Publishing)
  6. Komunikasi Intruksional dan Latihan (Intructional Communication & Training)
  7. Komunikasi Antarapersonal (Interpersonal)
  8. Pengurusan Komunikasi dan Polisi (Management & Policy)
Kepada sesiapa yang mahu ambil kos Masscomm nie dalam Perhubungan Awam @ Public Relations, di bawah merupakan study plan yang dikeluarkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (UiTM). Kalau mahu tahu tentang other sequence punya study plan, boleh lah terus ke link ni Faculty of Communication & Media Studies untuk maklumat yang selanjutnya. For your information, study plan nie akan bertukar mengikut kesesuaian pelajar. Bergantung kepada fakulti untuk tukar study plan bagi memudahkan pelajar.

SEMESTER 1
CO-CURRICULUM I
ISLAMIC AND ASIAN CIVILIZATION
PSYCHOLOGY
INTRODUCTION TO COMMUNICATION AND MEDIA STUDIES
NEWS WRITING AND REPORTING
PHOTO COMMUNICATION
PRINCIPLES OF PUBLIC RELATIONS
ONE ELECTIVE COURSE
SEMESTER 2
CO-CURRICULUM II
PRINCIPLES OF TRANSLATION
MARKETING COMMUNICATION
EFFECTIVE SPEAKING
SOCIOLOGY
GRAPHIC AND CREATIVE DESIGN
ONE ELECTIVE COURSE
SEMESTER 3
THIRD LANGUAGE I
CO-CURRICULUM III
BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
ETHNIC RELATIONS
COMMUNICATION THEORY
COMMUNICATION AND RESEARCH METHODS
WRITING FOR PUBLIC RELATIONS
PUBLIC RELATIONS IN GOVERNMENT AND POLITICS
SEMESTER 4
THIRD LANGUAGE II
MEDIA LAW, REGULATION AND ETHICS
CORPORATE PUBLIC RELATIONS
FINANCIAL PUBLIC RELATIONS
PUBLICITY AND EVENT MANAGEMENT
SEMESTER 5
THIRD LANGUAGE III
SCIENTIFIC TECHNIQUES IN COMMUNICATION RESEARCH
MASS MEDIA AND SOCIETY
POLITICAL COMMUNICATION
PUBLIC RELATIONS CAMPAIGN AND ISSUES
PUBLIC RELATIONS COUNSELLING PROJECT
INTERNATIONAL PUBLIC RELATIONS
SEMESTER 6
ACADEMIC WRITING
PRACTICAL TRAINING
So, kepada sesiapa yang mempunyai kemusykilan atau nak tambah boleh bagi cadangan di ruang komen bawah nie. Aku share apa yang aku tahu dan kalau ada silap atau kurang mengenai kos nie, minta maaf. Selamat berkongsi maklumat.

Monday, February 24, 2014

2 month ago :)

Assalamualaikum guys :)

It's been 2 month aku tidak update blog aku nie. Bukan aku melupakan tanggungjawab aku sebagai blogger tapi laptop aku rosak dan sekarang nie berada di kedai untuk dibaiki. Maybe laptop tue tidak mampu sudah berkhidmat untuk aku tapi aku perlukan perkhidmatannya untuk update blog. Bukan update blog jak tapi buat assignment dan buat kerja-kerja lain.By the way, laptop tue simpan banyak kenangan aku masa 1st masuk ke UiTM dan simpan gambar-gambar aku. Laptop tue 3 tahun sudah bersama dengan aku. Harap-haraplah laptop tue tidak rosak teruk. Okey, stop cerita sedih pasal laptop aku. Itu masalah teknikal yang aku hadapi. Kalau aku cerita panjang-panjang pun, kamu hanya mampu geleng kepala jak kan. Hahahahaha.

Okey, jom kita beralih topik. Actually aku ada cerita mahu share dalam blog nie. 1st cerita pasal ke Universal Studio Singapore dan 2nd cerita ke Jakarta & Bandung, Indonesia. Tapi bila laptop aku rosak, so aku pun tidak sempat update blog aku. Terpaksalah pinjam dengan notebook bapa aku. Hahahahaha. So, kena tunggu jaklah cerita tue masuk dalam entry yang seterusnya. Ini just bagi clear kepada pembaca blog aku. Kalau yang sudi baca, terima kasih diucapkan dan kepada yang just scroll over pun terima kasih juga sebab susah payah buka blog aku nie. Aku selalu ingat dan berpegang pada prinsip nie. "Semua orang boleh ada blog tapi ada 1 tanggungjawab yang susah nak dilaksanakan iaitu menulis dan update blog". So, kepada para blogger, jangan harap blog jak cantik tapi malas nak update. Better jangan jadi blogger kalau malas menulis, bikin sesak jak dalam internet. Kalau mahu baca kisah di Universal Studio Singapore dan Jakarta dan Bandung, Indonesia, tunggu di entry yang akan datang. Okey, take care guys.

Aku selitkan sekeping gambar aku masa di USS dulu, okey. Gambar di Jakarta & Bandung, Indonesia nanti baru aku upload dalam entry yang seterusnya. Hihihihi.