Monday, May 19, 2014

My Doodles

Assalamualaikum guys :)

I'm back. Hari nie tetiba rasa semangat nak update blog and actually I want to talk about my DOODLES. Tahu tak apa tue doodle, doodle : to draw shapes, lines or pattern without really thinking about you're doing. So, kalau kamu yang suka melukis-lukis di tepi-tepi buku teks tue dikira sebagai doodle lah tue sebab kita tak fikirkan pun apa yang kita lukis tue. By the way, semua doodle nie aku jual sebenarnya dan alhamdulillah ada beberapa orang dah beli doodle aku nie. Terima kasih banyak-banyak sebab support aku buat doodle nie.

Kepada sesiapa yang nak tempah doodles nie, bolehlah PM di Facebook or just call/sms me at 017-3058428. Maybe you can whatsapp me but if only I using mobile data, but for now, I'm not using it. So, just sms or call to me. Okey. Harga untuk setiap doodle ada berbeza mengikut saiz. 
  • 30cm x 40cm = RM40.00
  • 20cm x 30cm = RM25.00
  • 15cm x 23cm = RM15.00
Tapi harga nie not include with postage, untuk Semenanjung: RM6.00 dan untuk Sabah/Sarawak: RM10.00. Gambar di bawah nie adalah hasil-hasil doodle aku. Untuk design, boleh berikan design apa yang dimahu tapi not yang susah tahap dewa. Okey :).





Actually I'm still newbie in doing doodle stuff but I will try to improve my skills and give the best for you (customer). Okey, sampai sini dulu aku taip cerita nie. Pasal doodle jak pun, nak promosi sikit di blog nie. Mana lah tau ada yang berkenan kan. Hahahahaha. Jangan risau, gambar doodle insya-Allah akan diupdate bila ada masa, okey. See you guys around. Goodbye :)

Sunday, May 18, 2014

We are MASSCOMM UiTM, Passionately Different !

Assalamualaikum guys :)

Well, well well. Tengok tajuk pun dah tahu cerita apa. Mestilah pasal MASSCOMM. Hidup MASSCOMM, Hidup MASSCOMM, Hidup MASSCOMM ! Cukup 3 kali jak laungkan. Tak boleh lebih-lebih. Hahahahaha. Actually aku post entry nie sebab pada 24 -25 Mei ada interview Mass Communication untuk degree level bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, STPM atau mana-mana diploma yang nak sambung ke degree Masscomm. Untuk interview diploma sudah pun dijalankan pada pertengahan bulan 3. Alhamdulillah, banyak juga yang bertanya mengenai kursus nie pada entry yang lepas. Kalau ada yang tak sempat baca, nie linknya MASSCOMM. Okey.

First of all, alhamdulillah ramai yang bertanya mengenai soalan-soalan yang akan ditanya dan memberi feedback mengenai kos Masscomm dalam entry yang lalu. Thank you so much for the feedback. Malu kitew taw :P. So hari nie aku nak share pengalaman aku yang tidak seberapa nie semasa hadapi temuduga Masscomm nie. Harap-harap dapat membantu kalian yang dapat temuduga nie. Aku akan bagi sedikit tips yang harap dapat memberikan kamu tapi nie aku tak copy paste dari mana-mana blog. Tips yang aku bagi nie based on my experienced sebab daripada pengalamanlah kita tahu macam mana sesi temuduga tue dijalankan. Pengalaman mendewasakan kita, chewah ayat tak boleh blah. Setiap orang ada cara tersendiri untuk hadapi temuduga kan. So, this is my way attending an interview.

Tips menghadapi temuduga:

1. Do preparation
Once kamu dapat tahu yang kamu akan dapat temuduga, dapatkan infomation mengenai kos yang akan diambil. Sebab selalunya interviewer akan bertanya dengan kita apa yang tahu pasal kos nie dan mengapa pilih kos nie. So, kalau kita dah buat research, kita dah faham sedikit sebanyak mengenai kos yang kita akan ambil nie. Honestly, aku dulu pun tak tahu apa kos Masscomm nie tapi bila dah tahu, terasa bangga pula dapat masuk bidang nie. But jangan menghafal pula, risau kalau terlupa, kamu akan terus gelabah, so just relaks dan ingat keyword yang penting-penting sahaja. Okey.

2. Find out the current issues
Current issues pun penting tau sebab interviewer nak tengok sama ada kita nie alert dengan surrounding kita atau tidak. Kita nie yang kisah atau tak kisah dengan apa yang berlaku di persekitaran kita. So, cari isu semasa yang tengah "hangat" disiarkan di Tv, radio, newspaper or other medium. Mestilah kena tahu sebab kita yang akan belajar media nanti, so kenalah tahu. By the way, kalau dah jadi pelajar Masscomm, we are media practitioner.

3. Use an appropriate clothes
Etika pemakaian mestilah yang kemas dan rapi. Untuk lelaki kena ada 5 item asas nie:

Baju kemeja (polos) + neck tie + seluar slack + stokin hitam + kasut kulit @ PVC

Kalau boleh, baju kemeja tue gunakan warna pastel, maksudnya warna yang lembut. Necktie gunakan warna yang berlawanan dengan warna baju, yang lebih terang atau lebih gelap. Bagi rambut lelaki yang panjang, sikat dan pastikan nampak kemas. Untuk kaum wanita pula, pakailah pakaian yang menutup aurat dan pastikan sedap mata memandang. Gunakan baju kurung atau corporate style pun boleh. Tapi pastikan juga selesa dipakai, okey :). Jangan lupa, pastikan etika pemakaian mengikut standard yang telah ditetapkan. Jangan nak show off sangat, pakai color blocking, sakit mata orang yang interview kamu. Nanti kalau dah dapat masuk MASSCOMM, bergayalah puas-puas. 

4. Drink a lot of water & eat snack
Time menunggu giliran di"interview", pastikan bawa air mineral dan sedikit snek bagi mengurangkan rasa nervous tue. Banyakkan minum air mineral, it will help to reduce your nerves dan jangan lupa exercise sikit-sikit bagi hilangkan lenguh-lenguh badan. Beli coklat Cadbury atau makanan yang manis-manis tapi janganlah macam bawa 1 kedai. Sebab time menunggu giliran tue, mana taulah lama kan. So, boleh makan bagi alas perut dan tidak rasa bosan menunggu giliran.

5. Be confident
Siapa yang tak nervous kalau nak ditemuduga tue memang aku respectlah dia, mungkin dia dah banyak kali hadapi sesi temuduga nie atau mungkin dia dah yakin dengan apa yang study sebelum interview tue. Tapi rasanya everyone will be nervous sebelum interview dimulakan. Eyalah, risau nanti apa yang dibaca atau disoal tak dapat nak jawab. Don't worry about it, just be confident and become yourself, but don't too cocky or overconfident.  Interviewer akan tengok cara kita menjawab, cara kita duduk, cara kita memberikan pendapat. That means the interviewer will look how confident we are. Just go with the flow, okey.

So, itu sajalah tips yang aku boleh kongsi bersama. Bukan apa, aku tak expert pun pasal interview-interview but people when asking me, I share what I know. Sharing is caring, kan. Ambil yang baik, buang yang tidak baiknya. Honestly aku buat entry nie supaya junior-junior kita yang masuk Masscomm dapat sedikit sebanyak tahu tentang dunia Masscomm nie. By the way, ada juga junior yang tanya course Masccomm nie susah tak ? Bagi aku, depend on your effort and your passion. Menuntut ilmu mana ada yang mudah, semua ada cabaran masing-masing dan terpulang kepada diri kita macam mana nak atasi semua itu. Lagi satu,  kalau tak suka Masscomm, jangan ambil Masscomm dan letakkan dalam pilihan UPU anda sebab anda menutup peluang orang lain yang nak masuk Masscomm nie. Okey. Jangan marah dengan teguran tue, ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri dan juga orang lain.



Okeylah sampai sini aku taip, kena buat another task. Harap apa yang aku share sedikit sebanyak bantu kamu yang bakal hadapi interview Masscomm nie. Jangan lupa juga tanya dengan senior-senior yang ambil kos Masscomm nie dan tanya dengan mereka juga, mana tau mereka ada tips yang lebih baik daripada apa yang aku share nie. Lagi satu, sesi interview mungkin berubah mengikut keadaan dan persekitaran kita. Eyalah dulu-dulu interview face-to-face, mana tau sekarang guna Skype jak interview. So, kalau ada apa-apa kemusykilan, silalah komen di ruang komen di bawah. Insya-Allah aku akan balas secepat yang mungkin. By the way, terima kasih kerana baca blog aku.We are MASSCOMM, Passionately Different ! See you guys again . Goodbye :)

Friday, May 16, 2014

It's my 1st post in May

Assalammualaikum guys :)


It's been two week I haven't update my blog. Actually aku tiada idea nak tulis apa dalam blog ni. Rasa macam loser sangat jadi blogger yang jarang update blog ni. Dulu harapan bukan main nak jadi blogger terkenal, tapi nak update blog bukan main payah, tunggu mood rajin tue datang sampai raya tahun depan tak datang-datang. Rajin kena push sikit baru nampak, kan kan kan.

By the way, sempena cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, aku akan balik ke TAWAU. Walaupun cuti seminggu, aku tetap nak balik. Eyalah, aku tak sanggup nak duduk sendiri-sendiri di bilik kolej. Cuti Mid-Term hari tue aku mana ada balik rumah. Sedih tau :'(. Semester 1, 2, dan 3 mampu tahan lagi tapi sejak masuk semester 4 nie, perangai semakin menjadi-jadi. Hahahahaha. Mungkin terlalu lama bertahan, so tiba masanya untuk lepaskan. Ada lagi 2 semester untuk dilalui dan insya-Allah tahun depan akan berakhirlah penderitaan dan keriangan sebagai mahasiswa. Bukan aku cakap jadi mahasiswa ni tak best tapi lagi best kalau ada kawan sama-sama kan, kalau sendiri-sendiri di universiti, I means like pergi kelas sendiri-sendiri, balik sendiri-sendiri umpama roh orang mati yang tak tenang. Oppps. Over pulak aku berkata macam tu kan. But as long you're tough and independent, you'll survive.

Okey, stop bercakap mengarut-ngarut ni. Kita bincang pasal perkara yang baik-baik. Aku akan balik pada 23 Mei nie bersamaan dengan hari Jumaat. Insya-Allah, aku balik dengan Nurifiney E.Hairoland merangkap cousin sebelah bapa aku dan juga ex-classmate aku masa form 4 dan 5. Latar belakangnya nantilah aku ceritakan di post yang akan datang. Aku nak cakap pasal plan aku dulu. Okey, plan cuti seminggu nie actually aku belum buat lagi. Bukan apa, time di sini, bukan main sel-sel otak aku ni berhubung dan fikir apa aktiviti yang aku akan buat kalau sampai di rumah. Tapi kalau dah sampai rumah, plan yang diatur memang hancur sebab malas nak berjalanlah, tunda aktiviti pergi hari lain lah dan macam-macamlah yang menganggu plan aku. Hahahaha. 

Family pun dah rancang nak pergi ke Kota Kinabalu dan Keningau tapi tengoklah dulu macam mana sebab nak balik kampung bapa aku di Keningau sekali pergi tengok Pesta Kaamatan di kampung. Aku pun sudah lama tak balik Keningau. Seingat aku, last time aku balik Keningau masa form 4 kalau tak silap aku lah. So, azam kali nie dan tahun nie nak balik jumpa ngan family2 sebelah bapa aku di sana. Eyalah, sudah lama aku tak pergi melawat keluarga di sana, nanti tak kenal pula keluarga sendiri. Aiyooo. Okeylah, sampai sini dulu aku update blog aku. See you guys on next post :).