Monday, July 20, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum guys :)

It's been a long day without you, my blog and I'll tell you about it when I update you again. Sorrylah lama tidak update blog nie. Eyalah, orang sekarang mana main blog dah, nak baca lagi, memang payahlah. Sekarang orang dah main Instagram, Twitter and paling lame pun orang main Facebook dan aku pun dah ke arah tu. Hahahaha. Sorry blog, tidak bermaksud melukakan hati kau. Kita kosong-kosong ya, kan sekarang nie hari raya. Mana boleh marah-marah, so kita start over again. I promised I won't let you down and sad. Hmmmm. Okay, seperti yang kita tahu kita dah menyambut hari raya aidilfitri 4 hari yang lepas setelah berpuasa selama sebulan, cukup tak tu puasa. Kalau tak cukup, kena ganti tau. Pastikan ganti puasa tu sebelum bulan Ramadhan tahun depan tau. Untuk elakkan lupa, tulislah di mana-mana, dalam handphone kamu yang canggih banggih tu kah, di kertas kah, atau di mana-manalah sebagai reminder. Okay, kita kembali ke pangkal jalan, cukup dengan tazkirah tadi. So, macam mana raya tahun ni, meriah ? gembira ? sedih ? ataupun tak nak keluar beraya. 

Bagi aku, raya tahun nie kurang meriah sikit. Ah, sudahlah kau, Addy. Tiap tahun raya kau cakap kurang meriah, tak tahu bersyukur dapat menyambut hari raya aidilfitri. Apa yang kurang lagi. Okey, sorry. Tapi betullah, kurang meriah sikit jak, dalam 25% begitulah. Yang 75% tu meriah, kalau ikut gred sekolah atau universiti, dapat A- lah tu. Kira okaylah tu. Yang penting dapat menyambut lebaran bersama-sama dengan family yang tersayang, sepupu sepapat dan sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui. So, aku belanja kamu 2 keping raya tahun bersama sahabat-sahabat aku. Gambar dengan family tidak boleh tunjuk di sini, nanti kena marah oleh mak aku. Hahahahaha. Cukuplah tengok gambar raya 2 keping ni, bukan kamu kenal siapa-siapa pun dalam gambar ni. Kalau ada yang kenal pun, diam-diam jaklah ya. 


Beraya di rumah Farqhan (hujung dari kanan gambar) 
bersama abang-abang handsome dan kakak-kakak yang cantik. 
Kalau ada berkenan, sila batalkan niat anda sebab semua sudah berpunya. 
Harap maaf. Tapi aku masih available, kalau ada yang sudi, bolehlah usha. 
Hahahaha. Gurau saja, okay. Maafkan aku ya, kosong-kosong.


#TEAMRAYAADDY 

Tema pakaian kami kali nie lebih arabic macam pakai jubah dan kurta tapi ada juga yang tidak ikut tema. Tidak apalah, dimaafkan tapi lain kali kena ikut tema, okay. By the way, kami konvoi raya ni masa raya ke-3 tapi tidak semua dapat menghadirkan diri sebab ada yang tidak balik, ada yang balik kampung dan ada pula yang menjauhkan diri. Oppps, terlepas cakap. Hahahahaha. Tiadalah sahabat-sahabat yang menjauhkan diri, cuma tidak sempat beraya di rumah kawan yang lain sebab kekangan masa. Kami pun hanya sempat pergi 10 buah rumah jak, itupun sampai pukul 10 pm. Kalau ada masa lagi, kita pergi beraya sakan lagi dan kalau tidak sempat tahun ni, kita pergi tahun depan. Okay, insya-Allah. Mana tau tahun depan lagi ramai yang ikut, kan. Okay. So, sampai sini sajalah dulu cerita raya nie. See you guys later. By the way lupa pula mahu ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Bye.

1 comment :

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete