Monday, August 24, 2015

Air Terjun Bukit Gelas

Assalamualaikum guys :)

MISSION ACCOMPLISHED ! Okay, kelmarin misi pergi hiking ke Air Terjun Bukit Gelas akhirnya terlaksana. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Rafique si Takut Lemas, Memeng si Berlagak Berani Konon, Fiza si Noobist, Otan si Orang Kampung, Cha Cha si Bubu Cha Cha, Mat si Sempoi Sempoi Bahasa, Adam dan Zafran Si Pandai Berenang *anak buah Fiza dan last but not least juga our miss Beast Master Fiqah sebab sama-sama join hiking ke Air Terjun Bukit Gelas. Aku sengaja letak gelaran tue untuk kamu sepanjang hari kita pergi hiking tue. Gelaran untuk aku ? Rasanya ndak perlu. Cukuplah dengan senarai nama yang listkan, bertuah tue dapat nama gelaran. Bila lagi mahu dapat kan? Ala, gelaran jak pun. By the way, gelaran yang aku bagi tue bukan untuk suka-suki tapi hanya untuk aktiviti yag kami lakukan tadi masa pergi hiking. Gurau-gurau jak bah. Jangan marah ya, okay. Kali nie ada 3 orang kawan Memeng which are Cha Cha, Mat dan juga Fiqah dan 2 orang adik buah Fiza which are Adam dan Zafran yang joint venture pergi hiking di air terjun nie.

Walaupun tersasar dari waktu yang kami sudah plan tapi kami dengan segala daya upaya cuba laksanakan aktiviti nie dan alhamdulillah plan kami berjalan dengan lancarnya. Eyalah, janji Melayu, janji berkumpul pukul 9 pagi, tup tap tup tap. Pukul 10.30 pagi juga akhirnya berkumpul, itu pun masih menunggu lagi kawan yang lain datang. By the way, Air Terjun Bukit Gelas nie terletak di Taman Bukit Tawau a.k.a Table *sampai sekarang aku masih ndak tahu kenapa dipanggil Table. Bila semua orang sudah lengkap, kami pun bergerak menuju ke air terjun tue. Tapi tapi tapi, kena bayar dulu di kaunter sebelum masuk ke dalam. Untuk dewasa, cas yang dikenakan ialah RM3.00 dan yang di bawah 18 tahun kalau ndak silap, RM2.00. Untuk foreigner, mahal sikitlah daripada local, untuk dewasa ialah RM10.00 dan yang 18 tahun ke bawah ialah RM5.00. Actually tempat nie ndaklah jauh jugalah dari tempat aku, maybe dalam 7 or 8 kilometer dari simpang luar tempat nie. So dari simpang luar masuk ke Taman Bukit Tawau a.k.a Table, maybe dalam 5 or 6 kilometer lah gitu. 


Tadaaaaaaa ! 


Inilah Air Terjun Bukit Gelas (Bukit Gelas Waterfall). Rasanya orang Tawau ramai yang tahu tempat nie dan sudah pernah pergi ke sini. Tapi yang belum pernah pergi, better pergi ke Air Terjun Bukit Gelas nie, nikmati sikit alam semula jadi daripada lepak di bandar jak. Selalu sekala pergi tarbiyah alam juga, okay.



Bersama dengan geng Rancak yang lain. Tapi satu orang yang tidak pakai baju Rancak, si Fiza lah nie. Tertinggal konon bajunya di semenanjung. Lain kali kalau balik Tawau, bawa baju Rancak tue balik sekali. Sorry yang lain, tiada gambar kita beramai-ramai kan. Kalau ada, aku upload juga tue tapi tiada pula. Minta maaf sangat. Ampunkan beta, okay. Pinta diampun  beribu-ribu ampun.


Okay, gambar nie diambil masa belum mandi lagi. Berseri-seri muka dapat tengok keindahan alam. Hahahaha.

Tapi yang bestnya masa kami pergi ke air terjun tue, tiada orang pun yang ada di situ. Masa kami on the way ke air terjun tue, kami berselisih dengan 1 group yang baru balik dari air terjun tue. So, aku pun tanyalah salah seorang ahli dalam group tue. "Ramaikah orang di sana?", dia terus jawab "Kami jak yang tadi ada di sana, tiada orang lain". Bila dengar jawapan dari orang tue, terus berbunga-bunga hati. Hahahaha. Eyalah, kami expect ramai orang di air terjun tue sebab kami pergi pada hari Ahad, selalunya memang ramai orang pergi ke air terjun tue. Rupanya tidak, semua mandi-manda di kawasan sungai jak. Memang kena dengan hari kami pergi ke sana. Bolehlah mandi-manda di air terjun tue dengan rasa selesa, kalau ramai orang, mesti susah mahu mandi kan. So, kalau mahu hiking, datanglah ke Air Terjun Bukit Gelas nie, memang berbaloi. Ini adalah salah satu daripada 3 air terjun yang ada di Tawau. 

Setakat nie, aku sudah pergi ketiga-tiga air terjun tue, gambar di air terjun pun ada tapi lama sudah, rasanya dalam 4 tahun yang aku last pergi ketiga-tiga air terjun tue. So, kalau aku upload gambar yang lama, mana best. Hahahaha. Mana tahu ada yang berubah kan. By the way, ini kali ke-3 aku pergi ke Air Terjun Bukit Gelas nie. Air Terjun Teck Guan sudah 2 kali aku pergi, boleh baca post yang sebelum nie. Ramai lagi geng Rancak yang tiada dalam gambar nie sebab semua ada hal masing-masing. Tidak pa, lain kali kita pergi bersama-sama dengan geng Rancak yang lain ke air terjun nie, okay. By the way, kepada kawan Memeng dan anak buah Fiza, lain kali join lagi ya kalau ada next activity, okay. Rasanya aku tidak perlu share apa-apa tips di sini kalau mahu pergi hiking di Air Terjun Bukit Gelas nie, cuma berhati-hati jak masa ke sini sebab laluan kadang-kadang licin dan kalau pergi beramai-ramai, take care for each other. Okaylah, sampai ketemu lagi di entry yang lain dan mungkin cerita yang lain. Bye guys :D

1 comment :