Saturday, August 1, 2015

Teck Guan Waterfall

Assalamualaikum guys :)

What a nice day to write an entry. Eyalah, sudah penat jalan-jalan menziarahi rumah kawan-kawan, masih belum habis lagi beraya walaupun hari ni sudah masuk raya ke-16. By the way, ini kan raya, raya kan sebulan. So manfaatkan cuti bersama dengan kawan-kawan selagi mereka berada di bumi Tawau dan tidak sibuk bekerja. Ahamdulillah pada hari Ahad yang lalu (26.07.2015), kami berkesempatan pergi ke Air Terjun Teck Guan yang terletak di Bukit Quinn, Tawau, Sabah. By the way, mahu tanya siapa yang sudah pernah ke sini ? Angkat bulu hidung. Hahahaha. Gurau jak, okay. Kalau ada yang sudah pernah pergi Air Terjun Teck Guan ni, kira beruntunglah. Okay, kita kembali ke pangkal jalan. Actually plan asal kami ialah pergi ke rumah Rustan di Bukit Quinn hanya untuk makan durian dan juga pergi kenduri aqiqah anak kawan kami di Kampung Apas Parit tapi kalau setakat makan durian jak memang jauhlah nak pergi kan and macam tidak berapa bestlah, so Rustan rekomen dan ajak kami pergi ke Air Terjun Teck Guan yang mana dekat dengan tempat kerja bapa dia sebelum kami pergi kenduri aqiqah. By the way, bukan sembarangan orang boleh masuk ke tempat ni, means kena ada orang dalam yang tolong "deal"kan untuk masuk ke dalam. Deal bukan in terms bagi rasuah tau, tapi deal cara baik which means slow talk gitu. Hehehehe. 

As usual, aku jadi pemandu pada hari tu sebab guna kereta yang dipinjam dengan bapa aku. Kami bergerak dari bandar Tawau seawal pukul 7 pagi ke Bukit Quinn, perjalanan dari bandar ke Bukit Quinn mengambil masa 30 minit begitulah. Tapi kami sampai lewat sikit sebab ambil kawan-kawan yang lain di area bandar dan gerak sekali ke Bukit Quinn. Kami semua berkumpul di rumah Rustan dan bergerak bersama-sama pergi ke air terjun tu. Bila semua sudah sampai, kami bersarapan dulu dan sediakan apa-apa yag patut dibawa ke sana. And bila semua sudah settle, kami meneruskan perjalanan kami ke Air Terjun Teck Guan. Kami hanya guna 1 kereta masuk ke dalam, kereta yang 1 lagi parking di rumah Rustan. By the way, mungkin ramai yang tidak tahu pasal Air Terjun Teck Guan nie sebab setahu aku tempat ni susah mahu masuk, bukan boleh suka hati keluar masuk tempat ni. Kalau ada yang tahu, maybe dorang sudah pernah pergi ke tempat ni. Tapi kepada sesiapa yang belum pernah lihat tempat ni, mari tengok gambar-gambar yang aku sempat ambil guna GoPro kawan aku. Hahahaha. Kesian belum ada GoPro, terpaksa pinjam orang lain punya. 




Muka-muka excited dan sakai duduk belakang kereta. Aku pula di mana? Seperti biasa duduk di dalam. Hahahaha. Cakap traveller tapi tidak mahu duduk belakang kereta. Jaga status dan imej kan. Mestilah kena duduk di dalam sambil kena aircond. Time nie Rustan naik motor untuk lead kami di depan pergi ke rumah parentnya di Teck Guan. After kami sampai di rumah parent Rustan di dalam Teck Guan, kami kena naik motorsikal ke air terjun tu sebab kereta tidak dibenarkan masuk. Actually boleh jak bawa kereta masuk tapi kami ambil langkah berjaga sebab risau nanti pemilik ladang nie nampak kereta masuk ke kawasan larangan di mana orang luar tidak dibenarkan masuk guna kereta kecuali pekerja-pekerja di ladang tu. Sebab itulah kami naik motorsikal supaya tidak dianggap penceroboh tapi lebih dianggap sebagai pekerja yang pergi ke air terjun tu. 


Memandangkan hanya beberapa orang jak yang pandai bawa motorsikal, so kami hanya berbonceng dan motorsikal pun hanya ada 3, terpaksalah 3 orang daripada kami berjalan kaki ke sana sambil menunggu diambil. Aku antara orang yang berjalan kaki ke air terjun, sekejap jak aku naik motor, hanya untuk bergambar. Hahahahaha. Kalau mahu tahu, yag duduk depan motor dengan aku tulah Rustan, orang kuat kami masuk ke Air Terjun Teck Guan ni. Bukan setakat berjalan kaki, aku dan kawan aku, Jojoy *yang pakai baju putih tu, kami berdua berjoging ke air terjun tu. Terbakar sikit lemak di dalam badan. Hahahahaha. Kira jauh jugalah perjalanan kami dan akhirnya kami sampai. Tapi perjalanan kami yang betul belum lagi bermula, ini baru titik permulaan untuk ke air terjun tu. Masih jauh lagi turun ke bawah. Hahahaha. Jom kita redah !


Bergambar di depan pintu gerbang Air Terjun Teck Guan sebelum turun ke bawah. 
  

Kalau perhatikan betul-betul, yang signboard 
berwarna kuning tu actually trails untuk setiap air terjun yang ada di sini. 
Best kan, By the way, setiap air terjun ada nama masing-masing.


Tengok anak tangga nie, memang curam.
Kalau time turun pun besar biji mata melihat, apatah lagi kalau naik anak tangga ni. Memang bergegar tempurung lutut. Kaki tu macam hilang deria sudah. 
Hahahahaha. So, kena berhati-hati masa menuruni dan menaiki anak tangga ni. 
Silap langkah, memang jatuh tergolek.




Well, macam mana ? Cantik kan. Tapi mana air terjunnya, tidak nampak pun ? Hahahahaha. Memang tidak nampak air terjun nie sebab masa kami pergi nie, berlaku kemarau. So air tidak banyak dan air terjun nie sebenarnya boleh dikawal. Dikawal ? Eyaps, dikawal oleh pekerja di ladang nie untuk buka kawasan tadahan air (empangan). Kalau kawasan tadahan air tue dibuka, akan adalah air terjun tue. Kalau tengok gambar yang ke-7 tue. Itulah air terjun yang 1st sekali seperti yag ditulis di signboard berwarna kuning yang aku bagitau tadi tue.


Bergambar dulu dengan alam. 
Tidak sia-sia dulu ikut Kelab Pencinta Alam. Hahahaha.


Sebelum mandi dan berbasahan, 
ambil gambar dulu bersama dengan geng Rancak.
#janganjugarancakbetul


Aksi tolak-menolak yang semestinya menjadi satu kewajipan. 
Pandai-pandailah berenang ya nak. 
Kalau tidak pandai berenang, hati-hati jaklah supaya tidak jadi mangsa. 
Hahahahaha. 


Ambil gambar lagi selepas bermandi-manda. Huhay !

Habis jak mandi-manda, kami balik rumah Rustan dan bersiap-sedia untuk kenduri aqiqah. By the way, jangan salah faham. Hanya lelaki sahaja yang bersiap di rumah Rustan, yang wanitanya pula bersiap di rumah kawan perempuan kami, Fiza. Okay. Takut nanti kamu fikir yang bukan-bukan lagi. Lepas semua sudah bersiap, sudah handsome-handsome sudah cantik-cantik, maka kami pun bergerak ke rumah Lydia, iaitu ibu kepada Muhammar Lutfi yang aqiqah pada hari tue. Time kami sampai tue, kami adalah antara orang yang paling last pergi kenduri tue. Bukan antara yang paling last tapi memang paling last. Eyalah, majlis bermula dari pukul 11.00 am - 4.00 p.m, kami datang dekat pukul 5.00 p.m. Time tue orang mula mengemas sudah, rasa bersalah pula. Tapi apa pun terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah, Lydia sebab tunggu kami sampai dan menjemput kami ke kenduri aqiqah Muhammar Lutfi. 



Sebelum balik, seperti biasalah ambil gambar beramai-ramai bersama dengan tuan rumah. Tuan rumah dia yang berdiri di belakang aku, bukan yang pegang baby tue. Itu orangnya belum kahwin tapi sudah berpunya. Siapa yang punya, biarlah rahsia. Hahahaha. Sorrylah sebab baru tulis entry nie. Biasalah, lambat seminggu publish cerita baru. Insya-Allah kalau ada kekuatan dan kerajinan, aku akan update apa-apa yang boleh aku share. By the way, hari nie penat lepas joging. Lenguh-lenguh satu badan sebab lama sudah tidak exercise. Hampir 3 bulan, bila start joging tadi, berat dia bukan kepalang, macam tarik kereta padahal jogin-joging biasa jak. Hahahaha. So weak. Hahahaha. Okaylah, sampai sini dulu sehingga ada cerita yang baru diupdate. Jangan lupa jaga kesihatan, jaga solat dan jaga semuanya. Okay, bye. 

3 comments :

  1. Peergh! macam best je tempat tu! :) btw salam kenal bro. jemput singgah ke blog kalau sudi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2015/08/raya-bersama-yuna-oh-yeah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyaps. Tempat nie sangat best. Boleh kalau nak datang ke Tawau, Sabah. Jalan-jalan :D

      Delete
  2. Dan sebenarnya aku rindu makhluk paling 'lowed' dalam entri mu ni dy . Bhahaha

    ReplyDelete