Tuesday, September 29, 2015

Bukit Lim Man Kui @ Lim Man Kui Hill

Assalamualaikum guys :)

Siapa yang pernah ke Bukit Lim Man Kui ? Angkat tangan lepas tue hidu bau ketiak sendiri. Bau busuk atau harum ? Hahahaha. Actually aku pun sebagai orang Tawau pun baru tahu tempat nie wujud, over pula kan perkataan "wujud" tu digunakan. Okay, tukar jadi "ada". So ayat yang baru, actually aku pun sebagai orang Tawau pun baru tahu tempat nie ada. Selama 23 tahun tinggal di Tawau, baru tahu ada Bukit Lim Man Kui nie. Itu pun tengok orang Tawau punya post di Instagram dan blog Cross Country Jogging. Information ada tapi still tidak tahu jalan ke sana. So, aku pun dengan gigihnya mencari tempat guna Google Street View sebab tidak tahu jalan, rupanya dekat jak dengan rumah. Hahahaha.  So, nie link laluan ke sana,Lim Man Kui Hill Street View. Bolehlah tinjau-tinjau kalau mahu pergi ke sana.

Kebanyakannya orang-orang Cina datang berjoging atau bereakrasi di situ. Lagipun bukit nie adalah tanah persendirian, so Isnin hingga Jumaat tidak dibenarkan pergi sebab ada letupan batu bermula dari pukul 9.00 a.m sehingga pukul 4.00 p.m. Kalau mahu datang ke Bukit Lim Man Kui nie, datanglah pada hari Sabtu dan Ahad, terpulanglah mahu datang pagi, tengahari atau petang. Tapi selalunya memang ramai yang datang pada waktu petang sebab bereakrasi. Memang tiada dikenakan bayaran pun untuk masuk, cuma kena datang awal sikit sebab nanti susah cari parking. Pastikan bawa air dan berpakaian sukan, eyalah kan mahu pergi bereakrasi, mestilah pakai pakaian yang sesuai, takkanlah mahu pakai seluar jeans kan. Hahahaha. Itu memang overlah kalau siapa yang pergi hiking di sana pakai seluar jeans.

Inilah laluan ke puncak Bukit Lim Man Kui.



Bukit Gemuk pun boleh dilihat dari Bukit Lim Man Kui.





Bersama dengan Jojoy, sahabat yang suka aktiviti outdoor juga.





Ini kali ke-2 aku pergi hiking ke Bukit Lim Man Kui dan 2 kali juga aku sampai di puncak bukit tue. Masa 1st time pergi, kami pergi hiking ke bukit tue dalam 11 orang dan akhirnya aku sendiri jak yang sampai di puncak bukit tue. Yang lain semuanya entah ke mana, ada yang sesat ikut orang lain dan ada yang sesat sebab terpisah time hiking tue. Yang pergi kali ke-2, kami dalam 5 orang tapi yang bergambar cuma 4 orang sebab yang 1 orang tue tidak mampu sudah teruskan. Tidak apa, lain kalau pergi lagi, insha-Allah boleh sampai di atas puncak bukit tue. Memang jauh jugalah mahu pergi ke puncak bukit tue, anggarannya dalam 2 atau 3 kilometer jalan kaki ke puncak bukit tue dari starting point tapi jangan risau sebab nanti balik, bukan ikut laluan yang time masuk. Tapi ikut laluan lain yang mana memang dekat dengan tempat parking kereta, dalam 10 minit gitu sampai sudah. Actually tempat tue macam bulatan, di mana starting point, di situ juga ending pointnya. Fahamkah ? Kalau tidak faham, kamu kena pergi baru kamu akan tahu sendiri.

Aku pun masa 1st time hiking di bukit tue, aku pitam dan muntah 2 kali sebab tinggi betul bukitnya mahu didaki. Laluan untuk ke puncak Bukit Lim Man Kui nie bukan jalan rata, tapi naik turun bukit. Kalau tidak mahu penat dan pitam, pastikan makan secukupnya untuk tenaga dan jangan terburu-buru mahu sampai awal. Just take your time dan chill unless kamu memang kuat stamina. Bolehlah berlari atau berjoging ke sana. Penat tue memang penat tapi berbaloi bila sampai di puncak bukit tue. Hilang semua penat tue. Hahahaha. Aku memang rekomenkan kepada orang Tawau untuk pergi ke Bukit Lim Man Kui nie, cantik tue ndaklah cantik betul tapi bestlah. Harap  entry nie dapat memberi information kepada sesiapa yang mahu pergi hiking di Bukit Lim Man Kui nie. Kalau ada apa-apa mahu tanya, just drop your comment. Okay, jumpa lagi di entry yang akan datang. Have a nice day guys !

6 comments :

  1. wah dimana letak bukit cantik ini?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. The link cannot be used anymore. I will try my best to change and update the new link. Okay. Sorry.

      Delete
  3. as salam... boleh mintak no tel ka untuk kmi hubungi.. 0138960980 wa/tele.... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya ada letak dalam "Contact" tu. TQ.

      Delete