Thursday, September 3, 2015

Good Luck My Sister, Nina !

Assalamualaikum guys :D

Yo people. Long time no see yah. "Its been a long day without you my friends. And I'll tell all about it when I see you again". So kita ber"seen" sudah hari nie bagi orang yang baca post ni lah. Kalau yang ndak baca, when I see you again lah aku bagitau semuanya. Hahahahaha. Okay, tajuk pelik kan. Well. Tidak tahu kalau entry kali nie sesuai dengan tajuk di atas tu. Besides, who's NINA ? By the way, Hello September ! "Wake me up when september end". *sambung menyanyi lagi. Okay, kita sambung kembali cerita tadi. Actually si Nina tu adik aku. Hahaha. 30 Ogos yang lalu bersamaan hari Ahad, so apa yang berlaku Ahad lepas ialah kenduri kesyukuran sebab adik perempuan aku si Nina tu dapat melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) dan esok harinya pula, flight dia ke KK and dia bermalam di KK before dia ke Sarawak pada pagi 1 September. 

So aku ni mahu bagi ucapan tahniahlah ngan dia, acah-acah mahu bagi jadi abang yang baiklah konon. Dulu masa aku dapat masuk U pun, parents aku buat kenduri kesyukuran. Alhamdulillah sekarang ni mahu habis belajar sudah, tinggal internship jak lagi. Kalau itu sudah settle, maka tamatlah zaman degree ku di UiTM Shah Alam. Sambung master ? Maybe. Tengoklah macam mana nanti. Kalau ada rezeki, insya-Allah mahu sambung master juga. Alhamdulillah ramai juga yang datang kenduri nie. Actually taklah ramai sangat, semua yang datang keluarga dan sanak saudara yang terdekat jak. Dan aku tidak sempat mahu capture-capture moment hari tu sebab aku kurang sihat time tue. Kepala masih pening dan demam aku pun belum reda masa kenduri. Makan pun paksa dan itu mempengaruhi mood aku ambil gambar. So sad tapi tidak apa. Life must move on. Hahahaha.

Yang lagi menyedihkan, time hantar dia pergi airport, kami pun tiada ambil gambar dengan dia. Itu pelik. Tapi yang penting, dia selamat sampai. Mamy aku start nangis masa dia check-in dan melambai ke arah kami. Eyalah, dulu masa aku pergi sambung study pun, mamy aku nangis juga. Takkanlah tiada ibubapa yang sedih tengok anak sendiri tinggalkan dorang even pergi study. Mestilah sedih. Sekarang ni turn adik aku pula. Nasib baik dia ada kawan sama-sama study di sana. So, tidaklah risau betul. Aku suruh dorang take care each other and jaga diri di tempat orang. Macam tidak sangka, dia semakin besar dan sekarang sambung degree. Anak ke-2 dalam family yang sambung degree selepas aku. Hahahaha. By the way, rindu dengan dia bergaduh pasal Big Bang yang dia tergila-gilakan sampai bila ada MV Bing Bang di Tv, ditahannya kita supaya jangan tukar channel. Haha.



Since tiada gambar kami yang terkini, aku upload gambar yang dulu jaklah. Sorry. Inilah adik aku tue\, si Nina. Orang cakap muka kami sama, memanglah bah. Adik-beradik kan. Mestilah sama. So this is my "pesanan and ucapan" for you. "Congratulations and good luck for your study and also your future. And of course, the whole family is proud of you. Aku mahu habis belajar sudah, kau lagi yang pergi sambung belajar. Berkurang lagi orang di rumah ni. Tiada lagi bibik di rumah ni yang selalu cuci baju, menjemur kain, cuci pinggan mangkuk. Tapi tidak apa, bukan kau tidak balik juga kan, cuti semester kau balik juga tu. So, kau boleh teruskan lagi kerja bibik mu tu. Okay. Hahahaha.

Masa kau study di matrikulasi dulu pun, aku selalu yang tolong belikan kau tiket. Kali nie, mahu pergi study di Sarawak pun, aku juga yang tolong belikan tiket. So, belajarlah macam mana beli tiket tapi kalau tidak payah belajar beli tiket pun okay juga, suruh aku jak belikan. Hahaha. And last is belajar bagus-bagus, jaga diri di tempat orang, jangan juga selalu homesick sekali sekala tidak apa, pastikan result exam dapat dekan setiap semester. Amin. Rasanya kalau taip ni, bertambah panjang lagi ucapan ni.  So, cukuplah pesanan dan ucapan tu. Apa-apa pun, nikmatilah kehidupan kampus dan selamat menjalani kuliah ! Oh ya, dan lagi satu, semoga hajatmu mahu pakai iPhone 6 tercapai. Amin. Hehehehe. See you next year :)

No comments :

Post a Comment