Monday, September 28, 2015

It's Internship Time

Assalamualaikum guys :)

Sudah 3 minggu aku tidak update apa-apa di blog nie. Actually aku ada update pasal entry nie minggu lepas tapi disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku dengan blog nie, terpaksa delete entry tue. So terpaksalah buat entry baru. Sobs sobs sobs T_T. Okay, masa untuk move on. Oh ya, by the way, kalau baca tajuk entry kali nie, memang sudah tahu lah pasal internship/latihan praktikal. Sekarang nie masuk minggu ke-4 atau kira sebulan sudah aku internship di BERNAMA Tawau setelah bercuti selama 2 bulan lebih. So, I still have another 3 month to complete my internship dan lepas tue convocation, insha-Allah. Lepas convocation, kerja. Lepas kerja, kahwin dan begitulah seterusnya. Bab kerja nanti dulu fikir sebab habiskan dulu internship nie, tunggu mini transcript daripada fakulti, baru boleh mohon kerja. 

Kalau rezeki kerja di semenanjung, aku pergi jak ambil pengalaman dan lagi bagus kalau ada kerja di hometown sendiri, I mean Tawau (Sabah). Tidak banyak kau perlu fikir tentang cari rumah sewa, kereta, soal makan sebab semuanya sudah ada disediakan.Tapi kalau mahu cari pengalaman  dan belajar berdikari dengan diri sendiri, boleh juga bekerja di tempat orang, best juga tue. Tapi tengoklah rezeki kita macam mana. Insha-Allah, all is well. Semuanya dari diri kita sendiri jak tue kan sebab semua pilihan dan keputusan kita sendiri yang akan menentukan masa depan kita. Jom sambung balik cerita pasal internship aku di BERNAMA nie, waktu masuk kerja seperti biasalah, office hour. Masuk pukul 8.00 a.m, balik pukul 5.00 p.m. Kalau ada apa-apa function/event, kena pergi cover. By the way, bergantung kepada keadaan, kalau ada event time cuti, kena juga pergi cover. Memang terpaksa korbankan masa dan tenaga tapi jangan risau, itu semua pengalaman.

Actually, aku ambil kos Public Relations (PR), bukannya kos Journalism tapi kedua-dua related each other. So, disebabkan aku mahu cepat, aku call dan hantar resume by email dengan Pejabat BERNAMA di Kota Kinabalu dan dalam seminggu begitu tunggu result, aku call dengan BERNAMA (KK) tanya sama ada aku berjaya atau tidak untuk internship di BERNAMA Tawau, alhamdulillah application aku diterima dan here I am now. Honestly, aku langsung tiada pengalaman menulis berita atau artikel tapi semua tue boleh dipelajari kan. Insha-Allah, 3 bulan seterusnya aku akan terus belajar menulis berita, bukan senang okay jadi wartawan dan menulis berita espcially macam aku. Aku memang "tabik" lah dengan kerja wartawan nie. So, sebelum bekerja sebagai Public Relations Officer, aku mahu cari pengalaman dulu sebagai wartawan. Insha-Allah, all is well, kan. As you can see gambar di bawah nie, inilah pejabat BERNAMA di Tawau yang terletak di Pusat Komersial Ba Zhong.




By the way, kepada junior-junior Masscomm atau Communication, kamu bolehlah try apply internship di BERNAMA Tawau, Sandakan dan juga Kota Kinabalu. Before kamu apply internship, kamu mesti sediakan 3 things nie:

1. Cover letter
2. Resume (CV)
3. Surat Fakulti

Selepas selesaikan 3 perkara tue, hantarkan dengan Pejabat BERNAMA di Kota Kinabalu, but before that, call dulu dan tanya sama ada pihak BERNAMA masih menerima student internship ataupun tidak. Personal Asisstant (PA) kepada Encik Nashir Mansor  iaitu Puan Naomi Kaujim yang akan menjawab kalau kamu call di Pejabat BERNAMA KK. Hantarkan resume, cover letter dan juga surat fakulti di alamat email, editorsb@bernama.com dan keep update dengan Puan Naomi bagi mengelakkan kekeliruan. Jangan risau, Puan Naomi tue sangat baik dan lemah lembut juga menjawab telefon. Okay.

Alamat BERNAMA (Kota Kinabalu)

Lot 8 dan 10, Blok 1
Ground Floor, Asia City
88817 Kota Kinabalu, Sabah
 
Alamat BERNAMA (Sandakan)

Lot 25, Tingkat1, Blok B, Taman Tyng,
Batu 6, Jalan Labuk,
90009 Sandakan, Sabah

Tel/Fax: 089-627 111

Alamat BERNAMA (Tawau)

Ba Zhong Commercial Centre Ground Floor,
TB 4484, Lot 9, Jalan Damai
91000, Tawau, Sabah

Tel: 089-749 904
Fax: 089-749 890


Aku sudah listkan alamat-alamat Pejabat BERNAMA di Sabah nie, kamu boleh terus call setiap pejabat atau tempat yang kamu mahu jalankan intership kamu. By the way, kalau kamu mahu internship di BERNAMA, pastikan ada kenderaan sendiri sebab selalunya kena pergi cover event or function. Kalau ada kenderaan sendiri, senanglah untuk bergerak ke sana ke sini. Okay. So, kalau ada sebarang pertanyaan atau kekeliruan, bolehlah drop komen kamu di ruangan komen di bawah, insha-Allah aku akan reply as soon as possible dan kalau urgent betul, boleh terus contact number aku. Okay. Rasanya itu jaklah yang boleh aku kongsi bersama kamu, maybe ada yang kurang sedikit information, so apa-apa hal, just leave your comment. Okay. Hope to you soon in the next entry and have a nice day. Good bye !

4 comments :

  1. Harap dpt hubungi akak kerana anak akk berminat nak masuk mass comm & mungkin bole tnye kamu tips2, ayuiryanis@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. :), boleh pm through my FB, ada dekat blog.

      Delete
  2. im still here in this entry sbb tgh intern dkt bernama jugak ni but in HQ lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Tak lagi habislah tu, Lala. Insha-Allah, you can do it. Okay.

      Delete