Sunday, January 4, 2015

Welcome 2015 !

Assalamualaikum guys :)

Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul. Alhamdulillah hari ni baru aku dapat update blog aku nie setelah sebulan or 2 bulan aku menghilangkan diri. Bukan menghilangkan diri tapi masa dan internet tidak mengizinkan. Eyalah, sekarang aku dah semester 5, dah final year. So, kerja melambaklah semester nie. Almost dying bila fikirkan balik. (T_T) sobs sobs sobs. Dan satu lagi masalah ialah wi-fi. Memandangkan kabel wi-fi kat kolej nie rosak, habis data dan kuota handphone aku kerjakan semata-mata untuk dapatkan internet. Sambung nangis lagi (T_T) sobs sobs sobs. Okey, berhenti menangis. Terus terang aku cakap, semester nie sangat hardcore. Entah apa aku belajar semester nie. Dalam kepala otak aku sekarang nie, aku nak balik rumah jak rehatkan minda dan tubuh badan. Kalau boleh, aku makan pun ada orang tolong suapkan. Hahahaha, sampai begitu sekali tahap kemalasan aku. 

By the way, sekarang nie kami dah start final exam, study week dah habis minggu lepas. Final exam kali nie aku ada 4 paper dan 1st paper start 05 Januari 2015 dan last paper pada 13 Januari 2015. Lepas habis paper, vroom vroom balik rumah tapi aku tak naik motorlah, naik kapal terbang. Saja nak buat sound effect motor. Hahahaha. Okey, okey kita stop cerita pasal study, final exam semuanya. Kita cerita pasal hal lain pulak. Pasal azam 2015, azam tahun nie tak rancang lagi tapi aku bawa semua azam tahun lalu yang tidak tercapai ke tahun nie. Buat sementara nie, itulah azam aku. Malas nak share, nanti kalau dah berlaku, baru aku share. Hahahaha.


Fendi | Addy | Fathnie | Syaf | Mia | Elizabeth

Tengok gambar di atas nie. Ini semua budak-budak Sabah semester 5 yang ambil Masscom di UiTM Shah Alam dan kami semua seangkatan dari semester 1 lagi. Actually ini first time hang out kami bersama walaupun kami satu fakulti tapi berlainan sequence. Aku, Syaf dan Mia ambil Public Relations (PR), Fathnie ambil Broadcasting, Elizabeth ambil Journalism dan Fendi ambil Communication Managaement and Policy (CMP).  Masa nie kami keluar dinner dekat The Sumbs, Seksyen 13 Shah Alam. Konon-kononnya sekali dengan sambut new year. Hahahaha. Okey, sampai sini dulu aku share untuk kali nie. Mata aku dah kuyu nie. Untuk kesekian kalinya, Happy New Year. Welcome 2015 !