Tuesday, February 24, 2015

It's Okay, Roommate !

Assalamualaikum guys :D

Okey, it's have been 2 month I didn't open my blog. Bila aku dah sampai hometown, aku lupakan pasal nak update blog tapi Instagram dan Facebook sentiasa active, cuma lupakan blog buat seketika sebab tak tahu nak update apa. Padahal dalam kepala otak banyak je yang aku nak share tapi malas nak taip. And the sad part is keypad laptop aku dah rosak, ada beberapa huruf tak boleh keluar kat skrin even dah tekan banyak kali. So, kesimpulannya, I need a new laptop. Tunggu duit PTPTN masuk baru beli laptop, tapi kena difikirkan dulu nak guna duit PTPTN untuk beli laptop baru. Kalau tak, minta belanja ngan parents belikan 1 laptop baru sambil buat muka kesian. Hahahaha.

So, today. As well aku nak update blog aku kali nie, aku nak share mengenai program realiti Korea iaitu ROOMMATE / IT'S OKAY, ROMMATE. Actually aku nie bukanlah hardcore fans K-Pop sampai semua penyanyi  or pelakon Korea yang aku tahu. Tapi bila aku tengok program realiti Korea (Roommate), aku minat gila tengok rancangan nie compare to Running Man. Sekarang nie dah masuk season 2, aku start tengok dari season 1 lagi tapi aku much much much more prefer/suka Roommate season 2 sebab ahli-ahli yang baru nie lebih fleksibel, aktif dan lebih advance daripada season 1. Diorang banyak buat aktiviti bersama untuk Roommate season 2 nie compare to Roommate season 1. Sampai aku sangggup download semua episod Rooommate. Hahahaha. 



ROOMMATE Season 1

Masa 1st time Roommate ditayangkan, seramai 11 orang artis telah dipilih untuk tinggal serumah dan menjadi rakan sebilik. Semuanya dengan karakter masing-masing dan menjalani kehidupan bersama-sama sepanjang tinggal di rumah Roommate. Kalau tak silap, sebanyak 60 buah kamera telah dipasangkan di dalam rumah tue untuk merakam aktiviti harian artis-artis tue. So, Roommate season 1 sudah pun berakhir pada 20 September 2014 yang lalu dan sebanyak 20 episod telah ditayangkan bagi season 1. By the way, seramai 6 orang ahli Roommate season 1 terpaksa keluar dari rumah sebab sibuk dengan karier masing-masing. Bila masuk season 2, ahli-ahli Rommate berubah wajah tapi ada beberapa orang ahli lama Rommate dikekalkan. 

Ahli-ahli Roommate Season 1 dan masih kekal:

1. Lee Dong-wook
2. Jo Se-ho
3. Park Min-woo
4. Seo Kang-joon (5Suprise)
5. Nana (Orange Caramel & After School)

Ahli-ahli Roommate Season 1 yang sudah keluar:

6. Shin Sung-woo
7. Park Chan-yeol (EXO)
8. Park Bom (2NE1)
9. Hong Soo-hyun
10. Lee So-ra
11. Song Ga-yeon



ROOMMATE Season 2

Ahli-ahli baru Roommate Season 2:

1. Jackson Wang (GOT7)
2. Park Joon-hyung (g.o.)
3. Otani Ryohei
4. Heo Youngji (KARA)
5. Lee Guk-joo
6. Sunny (Girl's Generation)
7. Bae Jong-ok

Roommate season 2 nie memang daebaklah sebab mostly ahli-ahli baru Roommate semuanya "happening". Seperti yang aku cakap, ahli-ahli baru nie more fleksibel, aktif, dynamic dan advance. So, no wonder kalau rumah Roommate tue sentiasa happy dan ceria. Ahli Roommate yang paling aku suka ialah JACKSON WANG dari kumpulan GOT7 sebab personaliti dan attitude nya yang memang natural dan tidak dibuat-buat. Besides, dia juga adalah ahli Roommate lelaki yang paling muda dan baru sahaja debut tahun lalu bersama kumpulannya GOT7. Antara lagu famous GOT7 ialah A dan Stop Stop It. So kepada sesiapa yang tak tengok lagi program realiti Roommate nie, pastikan kamu tengok, memang terbaiklah rancangan nie. Susahlah nak describe macam mana, kalau nak tahu, tengoklah sendiri. Hahahaha. Aku letakkan link It's Okay, Roommate kalau nak tengok secara online. Okey. Chau dulu.

JACKSON. GOT7. JYP'S BROTHER. BAAAAAAAMMMMM !

- End for this chapter -