Thursday, July 23, 2015

What are your hobbies ?

Assalamualaikum guys :)

I think everybody have their own hobbies. Yeah, me too. I'm also have my own hobbies but not just 1 hobby, I mean a lot of hobbies. By the way, just want to tell you the difference between HOBBY and HOBBIES. Okey. Hobby is one of our hobby and hobbies are more than one of our hobby. Do you get it ? Okey. Good. According to the wikipedia, a hobby is an activity, interest, enthuasiasm, or amateur pastime that is undertaken for pleasure or relaxation, typically done during one's leisure time. By the way, I want to remind that never used wikipedia as your references but it used to make your have easy and better understanding.So today, I will share with you're all what are my hobbies. Okey, I will change my language since my English language is not so good. So, I will change with Malay language. Is that okay ? I think it's okay. Okay ready to turn on Malay language.

1. Traveler and Backpacker.

Hobi aku yang paling aku suka ialah melancong. Tapi setakat nie melancong ke luar negara sudah ada, tapi nak pergi tempat yang lagi jauh, so boleh rasa suasana di negara orang. Tapi melancong dalam Malaysia nie pun belum habis, sudah mahu ke luar negara tapi kalau ada rezeki ke luar negara, kenapa tidak ambil saja peluang itu kan. Macam 2 tahun lalu, aku dan kawan-kawan aku pergi melancong ke Kota Kinabalu dan bukan semua tempat kami dapat pergi. So, nanti kami plan lagi mahu ke sana semula dan menikmati keindahan Kota Kinabalu. 

Sebenarnya, aku sudah lama merancang mahu mendaki Gunung Kinabalu, cuma tiada masa dan waktu yang sesuai untuk kami *merujuk kepada kawan-kawan aku semua berkumpul dan mendaki gunung tue. Kalau cuti semester, kebanyakkan kami sibuk. Tapi insya-Allah Gunung Kinabalu tue kami akan tawan. Hehehehehe. Alhamdulillah sepanjang 5 semester belajar di UiTM Shah Alam, 3 kali sudah travel ke luar negara dan tidak jauh pun sebab negara jiran iaitu Indonesia dan Singapore. So, insya-Allah kalau boleh mahu travel tempat-tempat yang jauh lagi sebab boleh rasa tempat orang dan see other people's culture. Mesti best kan. Tidak sangka juga dapat travel ke luar negara bersama dengan kawan-kawan.


2. Hiking

Hiking is my passion, best gila hiking walaupun penat. Eyalah, kita time muda-muda nielah kena up kan stamina kita tapi jangan overdose pulak, nanti lain pulak jadinya. Selalunya kalau cuti semester, aku akan pergi hiking bersama-sama dengan kawan-kawan aku. What you really need is the fresh air from the forest. Nyaman gito lorh ! No need pergi hiking jauh-jauh, cari tempat yang berdekatan dengan hometown. kalau semua dah habis ditawan, baru lah pergi tempat lain. Kalau di area Tawau, boleh pergi hiking dekat Bukit Gemuk, Bukit Tinagat, Bukit Kinabutan, Taman Bukit Tawau dan ada lagi beberapa tempat yang boleh di"hiking". 

Tapi sebelum nak pergi hiking, pastikan bawa air minuman/mineral yang secukupnya, pakai kasut sukan/hiking, dan opkoslah pakai baju dan seluar sukan, takkan kau pergi hiking guna seluar jeans or pakai baju kemeja, memang gigih gila kalau pakai semua tue. Hahahaha. But the most important is the permission from your parent or siapa-siapa yang perlu dimaklumkan and mulakan perjalanan dengan doa semoga sepanjang perjalanan diri kita sentiasa dilindungi dan dijaga Allah S.W.T bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Okey.




3. Book Collection.

Honestly, sebelum sambung study di UiTM Shah Alam ,minat aku terhadap buku tapi tidaklah terlalu menjadi-jadi. Tapi lama-kelamaan minat terhadap buku semakin menjadi-jadi walaupun kadang-kadang buku yang aku beli tue tak sempat baca, aku beli lagi buku lain. Kalau kamu rasa aku membazir, rasanya tidak sebab aku beli buku juga kan. Bukannya beli benda-benda yang tidak berfaedah. Hahahahaha. Senarai publisher buku yang sentiasa menjadi pilihan:

1. FIXI
2. Dubook Press
3. Lejen Press
4. Kitab Terfaktab

Actually banyak lagi buku-buku yang best tak kira lah publisher mana, yang penting jalan cerita dia best, confirm ramai yang akan beli buku tue kan. Buku-buku agama pun jangan lupa beli, ilmu agama kena sentiasa di"top-up". Okey.



4. Doodles

Aku minat buat doodles tapi sekarang nie dah kurang sikit sebab malas punya pasal. Tapi aku taklah berhenti buat doodles. Minat aku dalam doodles nie bertahan selama 2 semester jak masa aku di UiTM Shah Alam. So kena giatkan balik diri nie dalam dunia doodles. Sebab apa, sebab itu minat aku tapi macam mana pula hobby nie boleh pupus dalam list hobby aku. Hahahahaha. Ada jugalah doodles aku yang terjual dan ada juga yang disimpan sebagai koleksi. Tapi tapi tapi, aku bukanlah seorang yang doodler yang kreatif atau handal, cuma beginner jak. Kadang-kadang aku sendiri pun tidak puas hati dengan karya aku sendiri. Masih banyak lagi kena perbaiki dari segi teknik dan kreativiti dalam menghasilkan doodles yang cantik dan kreatif. 


5. Food Hunting

Oka, food hunting memang menjadi kegemaran zaman-berzaman, macamlah aku nie pernah hidup pada zaman-zaman dulu. Hahahahaha. Alah, semua orang suka makan tapi bila berat badan naik, baru nak menyesal atau baru nak membebel. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya tapi apa kaitannya dengan nie atau aku yang salah guna pepatah. Okay, abaikan. Kalau tengok aku semakin membulat, aku bagi warning tolong jangan tegur sebab aku risau nanti kamu keteguran. Tiada pula yag mahu berkawan dengan aku. T_T sobs sobs sobs. Well, acara food hunting sentiasa berlaku bila keluar dengan kawan-kawan. Eyalah, kita zaman muda nielah semua nak try makanan baru. Ala-ala juri Masterchef, siap bagi komen dan rekomen dengan orang lain suruh makan di kedai tue atau suruh boikot jangan makan di kedai tue. Nie antara makanan yang aku sempat ambil gambar sebelum makan. Biasalah, orang makan sedap, kita pun mahu makan sedap. 






6. Men Fashion

Perempuan dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Quote tue sampai sekarang dipakai tapi jangan lupa yang kaum Adam pun minat berfesyen. Nampak metroseksual. Lelaki zaman sekarang sangat jaga penampilan, tidak mahu kalah juga dengan mana-mana lelaki. Samalah macam aku. Best apa jaga penampilan, sedap mata yang memandang diri kita dan kita pun timbul rasa yakin tapi bukan riak, okay. Yag paling penting, menutup aurat. Mostly semua kawan-kawan lelaki aku semuanya suka bergaya da jaga penampilan. Koleksi baju, seluar, kasut yang aku ada tue tidaklah banyak dan tidaklah kurang, cukup-cukuplah untuk aku jak. Beli yang murah-murah jak, tidak mampu lagi yag beli mahal-mahal. Tunggu kerjalah dulu baru boleh baju-baju yang mahal sikit. So, ini antara OOTD yang aku pernah gayakan, tidaklah semantap gaya kamu. Okay. 





Okaylah, setakat itu sahaja hobi aku yang aku mahu sharekan bersama-sama kamu. Kalau ada hobi yang kamu minat or ada hobi kita yang sama, bolehlah share-share di ruangan komen. Tapi hobi nie boleh berubah-berubah mengikut keadaan dan zaman, so buatlah apa-apa hobi yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri sendiri. Jangan pula jadikan benda-benda yang tidak elok sebagai hobi seperti, alah kamu sendiri tahu juga apa yang baik dan buruk untuk diri kamu. So, pandai-pandailah menilai. Lagi 1, kalau mahu buat hobi, pastikanlah hobi tue selamat dan mengikut kemampuan. By the way, sorry sebab kualiti gambar kurang menarik, guna kamera smartphone jak nie. Okaylah, jumpa lagi. Bye.

Monday, July 20, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum guys :)

It's been a long day without you, my blog and I'll tell you about it when I update you again. Sorrylah lama tidak update blog nie. Eyalah, orang sekarang mana main blog dah, nak baca lagi, memang payahlah. Sekarang orang dah main Instagram, Twitter and paling lame pun orang main Facebook dan aku pun dah ke arah tu. Hahahaha. Sorry blog, tidak bermaksud melukakan hati kau. Kita kosong-kosong ya, kan sekarang nie hari raya. Mana boleh marah-marah, so kita start over again. I promised I won't let you down and sad. Hmmmm. Okay, seperti yang kita tahu kita dah menyambut hari raya aidilfitri 4 hari yang lepas setelah berpuasa selama sebulan, cukup tak tu puasa. Kalau tak cukup, kena ganti tau. Pastikan ganti puasa tu sebelum bulan Ramadhan tahun depan tau. Untuk elakkan lupa, tulislah di mana-mana, dalam handphone kamu yang canggih banggih tu kah, di kertas kah, atau di mana-manalah sebagai reminder. Okay, kita kembali ke pangkal jalan, cukup dengan tazkirah tadi. So, macam mana raya tahun ni, meriah ? gembira ? sedih ? ataupun tak nak keluar beraya. 

Bagi aku, raya tahun nie kurang meriah sikit. Ah, sudahlah kau, Addy. Tiap tahun raya kau cakap kurang meriah, tak tahu bersyukur dapat menyambut hari raya aidilfitri. Apa yang kurang lagi. Okey, sorry. Tapi betullah, kurang meriah sikit jak, dalam 25% begitulah. Yang 75% tu meriah, kalau ikut gred sekolah atau universiti, dapat A- lah tu. Kira okaylah tu. Yang penting dapat menyambut lebaran bersama-sama dengan family yang tersayang, sepupu sepapat dan sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui. So, aku belanja kamu 2 keping raya tahun bersama sahabat-sahabat aku. Gambar dengan family tidak boleh tunjuk di sini, nanti kena marah oleh mak aku. Hahahahaha. Cukuplah tengok gambar raya 2 keping ni, bukan kamu kenal siapa-siapa pun dalam gambar ni. Kalau ada yang kenal pun, diam-diam jaklah ya. 


Beraya di rumah Farqhan (hujung dari kanan gambar) 
bersama abang-abang handsome dan kakak-kakak yang cantik. 
Kalau ada berkenan, sila batalkan niat anda sebab semua sudah berpunya. 
Harap maaf. Tapi aku masih available, kalau ada yang sudi, bolehlah usha. 
Hahahaha. Gurau saja, okay. Maafkan aku ya, kosong-kosong.


#TEAMRAYAADDY 

Tema pakaian kami kali nie lebih arabic macam pakai jubah dan kurta tapi ada juga yang tidak ikut tema. Tidak apalah, dimaafkan tapi lain kali kena ikut tema, okay. By the way, kami konvoi raya ni masa raya ke-3 tapi tidak semua dapat menghadirkan diri sebab ada yang tidak balik, ada yang balik kampung dan ada pula yang menjauhkan diri. Oppps, terlepas cakap. Hahahahaha. Tiadalah sahabat-sahabat yang menjauhkan diri, cuma tidak sempat beraya di rumah kawan yang lain sebab kekangan masa. Kami pun hanya sempat pergi 10 buah rumah jak, itupun sampai pukul 10 pm. Kalau ada masa lagi, kita pergi beraya sakan lagi dan kalau tidak sempat tahun ni, kita pergi tahun depan. Okay, insya-Allah. Mana tau tahun depan lagi ramai yang ikut, kan. Okay. So, sampai sini sajalah dulu cerita raya nie. See you guys later. By the way lupa pula mahu ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Bye.