Saturday, April 30, 2016

Bukit Kinabutan @ Bukit Panchang Tinagat, Tawau

Assalamualaikum guys :)

Since sudah lama aku tidak update blog aku n dan hari ni aku akan update dengan cerita baru. Actually sudah lama aku mahu update pasal bukit ni tapi tangan tidak bermaya untuk menaip dan otak pun malas berfikir untuk buat ayat-ayat yang sesuai. Tahap kemalasan tu semakin bertambah-tambah sejak laptop buat masalah dia, merajuklah tu bila aku cakap aku mahu beli Macbook Pro Retina Display tapi tidak cukup duit pun mahu beli. Hahahaha. Nantilah kalau aku dah kaya, bukan setakat Macbook Pro, aku beli sekali dengan CEO Apple. Hmmmmmm. Nampak sangat berlagak, macam duit tu tumbuh tepi rumah. So today aku nak share pasal hiking di Bukit Kinabutan, not sure jugalah kalau nama bukit ni Bukit Kinabutan sebab ada nama atau gelaran lain lagi untuk bukit ni iaitu Bukit Panchang Tinagat dan bukit ni terletak di Batu 6. Tapi terpulang mahu guna yang mana, yang penting bukit ni selamat untuk didaki.

Well, as what I just said, aku nak share cerita hiking aku bersama kawan-kawan di Bukit Kinabutan yang mana sekarang sudah tegar hiking, siap buat group WhatsApp lagi. Konon macam star hiking sudah padahal orang tidak peduli pun. Hahahaha. Masa 1st kami mahu pergi hiking di Bukit Kinabutan ni, kami sesat cari laluan masuk ke bukit ni. Siap tanya orang kampung situ laluan ke Bukit Kinabutan ni dan alhamdulillah kami jumpa selepas sejam lebih sesat. Hahahaha.



Actually ada 2 laluan kalau mahu pergi mendaki ke Bukit Kinabutan ni, which are laluan 7 dan laluan 10. Bagi memudahkan kamu especially penduduk Tawau yang ingin hiking ke bukit ni, kamu ikut jalan raya utama hingga ke Batu 6 dan selepas kamu tiba di Batu 6, pastikan kamu masuk ke simpang Kau Sing (baca signboard). Selepas kamu memasuki simpang Kau Sing tu, perhatikan setiap nombor simpang  sebab nanti kamu terlepas pandang simpang masuk ke laluan mendaki iaitu 7 atau 10. Tapi selalunya kami akan ikut laluan 10 sebab masa 1st time pergi ke sana, laluan tu yang kami jumpa dulu dan kami tidak pernah ikut laluan 7 tu. Di laluan 10 tu, kamu boleh jak parking depan rumah pemilik tanah di situ tapi sebaiknya minta keizinan dulu. Okay.

Ini merupakan gambar kali pertama kami pergi ke Bukit Kinabutan ni dan masa tu, keadaan ber'jerebu" tapi kami redah jak sampai atas sebab alang-alang sudah jumpa, kami naik jaklah. Nampak macam kabus kan tapi kabusnya tidak sihat untuk dihirup. Hahahaha. Masa tu, bandar Tawau langsung tidak kelihatan sama sekali dan kali pertama pergi ke bukit nilah juga aku kehilangan smartphone aku (Iphone 4s). Sedih dia bukan kepalang, macam hilang punca hidup. Hahaha. Tidaklah sampai begitu sekali, tapi susah jugalah sebab aku masih internship time tu, risau nanti ada apa-apa hal kan. 

Kali pertama mendaki Bukit Kinabutan separuh daripada Geng Tolo-Tolo.


Kali ke-2 mendaki Bukit Kinabutan bersama dengan quarter daripada Geng Tolo-Tolo.


Kali ke-3 mendaki Bukit Kinabutan bersama dengan Team Kesihatan Tawau.


Kali ke-4 mendaki Bukit Kinabutan bersama dengan senior sekolah menengah.


Kali ke-5 mendaki Bukit Kinabutan bersama dengan pengasas Geng Tolo-Tolo dan junior.


Perjalanan mendaki bukit ni dalam 1 jam setengah bagi yang 1st time dan kalau sudah fit tu, bolehlah jalan laju sikit, maybe dalam 35 or 40 minit sampai sudah di puncak bukit tu. Pemandangan dari puncak Bukit Kinabutan memang "superb', puas hatilah sudah berpenat mendaki and then nampak keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Memang berbaloi. Aku pun alhamdulillah 5 kali sudah mendaki di bukit ni dan setiap kali mendaki, mesti ajak kawan-kawan yang lain supaya merasa kepenatan mendaki tu sambil menikmati pemandangan seluruh bandar Tawau. 

Lama sudah tidak hiking di Bukit Kinabutan ni, maybe dalam sebulan atau 2 bulan lebih sudah. Lepas mendaki Gunung Kinabalu hari tu, langsung tiada sudah pergi hiking. Aktiviti makan-makan jak yang dijalankan, macam mana berat badan tidak naik kalau asyik makan jak. Hahahaha. Okaylah, kepada sesiapa yang ingin mendaki Bukit Kinabutan ni, bersiap sedialah sebab kira mencabar juga laluan ke puncak bukit ni terutama sekali yang beginner macam aku ni. So, good luck dan manfaatkan hujung minggu kamu dengan aktiviti hiking. Sebelum tu, bolehlah scroll ke bawah untuk tengok my solo pictures bila setiap kali mendaki ke Bukit Kinabutan ni. Gambar last tu acah-acah hiker kental, hahaha. Okaylah, good bye. See you soon :)




10 comments :

  1. Salam. Hai mau tanya, track naik tu jelas ka? Kalau first timer naik Kinabutan ni agak agak boleh sesat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Laluan mendaki ke bukit tu jelas dan tidak mungkin boleh sesat. Kalau sesat pun, di area-area bukit tu juga, ndak mungkin tembus di tempat lain. Selamat mendaki :)

      Delete
  2. Hello...mau tanya, d mana lokasi bukit ni? Klu laluan utama ikut dr mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada nyatakan dalam blog tu.

      Bagi memudahkan kamu especially penduduk Tawau yang ingin hiking ke bukit ni, kamu ikut jalan raya utama hingga ke Batu 6 dan selepas kamu tiba di Batu 6, pastikan kamu masuk ke simpang Kau Sing (baca signboard). Selepas kamu memasuki simpang Kau Sing tu, perhatikan setiap nombor simpang sebab nanti kamu terlepas pandang simpang masuk ke laluan mendaki iaitu 7 atau 10.

      Delete
    2. Owh simpang kau sing..dr laluan utama bole nmpk kan tu? Bukan jln masuk pegi skolah sk kinabutan tu kan?? Sorry byk tnya..sbb konfius skit dgn jalan sna tu..jrg2 lalu sna

      Delete
    3. Eyaps. Simpang Kau Sing. Boleh nampak dari jalan utama, kena lalu tempat U-Turn tu. Ndak pa, hopefully hajat mau mendaki bukit tu dipermudahkan :). Good luck.

      Delete
  3. Minta kebenaran siapa ya kalu mo mendaki bukit ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu minta kebenaran daripada sesiapa pun. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Dalam 1.8 km dari starting point ke puncak Bukit Panchang ni. :)

      Delete