Sunday, April 24, 2016

Tips Mengisi Borang UPU untuk lepasan SPM/STPM

Assalamualaikum guys :)


Entry kali lebih ditujukan, bukan lebih ditujukan tapi memang ditujukan khas kepada adik-adik junior yang SPM dan STPM pada tahun nie dan yang akan datang. Kepada adik-adik junior yang bakal menyambung pelajaran di peringkat diploma dan juga ijazah, saya akan share sedikit sebanyak tips untuk memasuki universiti (IPTA). Untuk pelajar-pelajar Matrikulasi pun boeh join discussion nie, okay. Dicussion nie terbuka kepada sesiapa yang akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah.

So kali nie, kita discuss about kos apa yang patut diambil. Since first time isi UPU lepas dapat result SPM/STPM, kos apa yang patut letak atau isi dalam UPU nie ? Well, actually aku pun hadapi perkara yang sama. Chewah, hahahaha. Dulu lepas aku dapat result SPM, masa isi UPU langsung tiada tengok atau fahami pun syarat khas program sebelum memilih kos. Pilih kos pun mana yang sedap bunyinya, itulah yang dipilih. Akhirnya, tidak dapat masuk masa peringkat diploma, so terpaksa juga teruskan dengan memasuki Tingkatan 6. Politeknik pun tiada diisi masa sebab rasa lama 3 tahun belajar padahal kalau fikirkan semula, sama jak pun jangka waktu belajarnya 3 tahun juga. Hmmmmm. Okay, itu kisah lalu aku, no need discuss lagi. 


Sekarang ni kita discuss yang lagi penting, okay. Biar aku senaraikan tips yang penting sebelum memilih kos yang betul-betul sesuai dengan minat masing-masing. Kalau tidak kos yang kamu minat pun, yang penting dapat masuk universiti. Hahahaha. *evil laugh. At least dapat juga rasa kehidupan di kampus kan. Hehehehe. Okay, jom baca dan hayati tips yang aku senaraikan ni.

1. Buat list untuk kos yang sesuai dengan result SPM/STPM

First of all, bila sudah dapat result SPM/STPM, jangan lupa beli nombor pin UPU sebab kalau tidak beli, macam mana mahu mendaftar kan. Hahahahaha. Tapi kalau sudah beli, memang baguslah. Untuk lepasan SPM, pastikan kamu buat menyenaraikan kos yang sesuai dengan result SPM kamu. Untuk lepasan STPM pula, pastikan kamu memilih kos yang sesuai dengan result SPM dan STPM kamu. Maksud menyenaraikan kos ni, kamu tulis kos yang "ngam-ngam" dengan result kamu, ini lebih sesuai dengan student yang result kurang cemerlang berbanding dengan result student yang cemerlang.

2. Pastikan memenuhi kriteria atau syarat yang telah ditetapkan.

Sambungan daripada tips 1, apa yang aku maksudkan di sini ialah pilih kos yag sesuai dengan keputusan SPM/STPM kamu. Jangan pula pilih kos yang tidak layak dengan result SPM/STPM kamu. Seperti yang kamu tahu, syarat am untuk SPM masuk ke mana-mana diploma ialah dengan 5 kredit. Di sini kamu kena pastikan kamu memenuhi syarat yang pertama iaitu SYARAT AM. Kalau kamu lepas syarat am, kamu beralih pula dengan syarat yang kedua iaitu SYARAT KHAS. Yang di bawah adalah SYARAT AM untuk program lepasan SPM dan STPM. 

Program Lepasan SPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Kepujian di sini bermaksud adalah subjek yang mendapat gred "C", iaitu lebih meliputi kepada subjek teras. So, untuk lepas syarat am, kena mendapat gred "C" dalam 5 subjek. Okay, part ni untuk lepasan SPM. Untuk part lepasan STPM pula, syarat am dia boleh tengok di bawah ni.


Program Lepasan STPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Bagi Bukan Warganegara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  3. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira.
  4. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya: Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
    • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013.
    • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012.
    • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
    • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid.
    • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Sekarang kita bincangkan pula mengenai SYARAT KHAS. Setiap program/kos pengajian mempunyai SYARAT KHAS masing-masing dan ini merupakan syarat yang paling penting dalam menentukan atau melayakkan kamu untuk menempatkan tempat dalam kos pengajian tersebut. For example, kamu (lepasan SPM) mahu mengambil kos DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA di UiTM Alor Gajah, Lendu, Melaka.  Seperti yang kamu lihat gambar di bawah, SYARAT KHAS bagi kos ni ialah minima Gred C+ dalam subjek BM, Gred B dalam subjek BI, Gred C dalam Matematik/Matematik Tambahan (salah satunya) dan lulus temuduga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh pihak fakulti. 


Result SPM pula kamu mendapat:

  • BM - A
  • BI - C
  • Matematik - B
  • Pendidikan Islam - A
  • Sejarah - B
  • Geografi - B
  • Kesusasteraan Melayu - B
  • Tassawwur Islam - A
Kamu sudah memenuhi SYARAT AM Universiti which kamu mendapat kredit dalam semua 8 subjek kamu (lebih dari cukup) tetapi salah satu subjek yang terdapat dalam SYARAT KHAS PROGRAM tersebut kamu tidak memenuhinya iaitu subjek Bahasa Inggeris (BI) di mana kamu mendapat Gred C sedangkan SYARAT KHAS PROGRAM itu adalah Gred B. Bagi mengelakkan/mengurangkan risiko kamu untuk tidak mendapatkan tempat dalam IPTA, mohon jangan memilih/masukkan kos pengajian tersebut dalam pilihan kamu even kamu meminati kos pengajian tersebut. Okay.

3. Buat short-list untuk kos yang diminati dan ingin diceburi. 

Bila sudah selesai buat list mana-mana kos yang sesuai dengan result SPM/STPM, kamu mesti buat short-list bagi kos yang kamu suka dan minat. Di sini bermaksud, selepas kamu lakukan tapisan yang pertama (list kos yang sesuai dengan result), and then buat tapisan yang kedua (short-list kos yang kamu suak dan minat). Contohnya, kos yang sesuai dengan result kamu ada 30 kos, so kamu kena short-list kan jadi 12 atau 8 kos untuk dimasukkan dalam Pilihan 1 hingga 4 dan Pilihan 1 hingga 8. So, choose wisely. 

4. Pilih universiti yang sesuai.

Kalau result SPM/STPM gempak, kamu boleh pilih mana-mana universiti yang kamu masuk tapi itu bukanlah jaminan kamu akan dapat masuk universiti. Cuma bila result SPM/STPM kamu excellent, peluang kamu untuk masuk universiti sangat tinggi. Tapi bukan bermaksud yang result biasa-biasa tidak dapat tempat, insya-Allah ada tempat kalau tahu pilih universiti yang sesuai. So, choose universiti yang menawarkan syarat khas yang minimum dan sesuai dengan kelayakan kamu. 

5. Pastikan borang UPU lengkap

Ini pun antara perkara yang penting, pastikan kamu melengkapkan borang UPU. Salah satu sebab mungkin kamu tidak dapat memasuki universiti adalah disebabkan hal ini. Borang permohonan kemasukan ke IPTA ni hanya boleh dilakukan secara online dan mempunyai 7 bahagian.
  • Maklumat Pilihan Program
  • Maklumat peribadi
  • Maklumat Pekerjaan dan Pendapatan Keluarga
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat STPM
  • Maklumat Kokurikulum
  • Lain-lain Maklumat Tambahan
Pastikan kesemua bahagian ni diisi bagi yang berkaitan dan tinggalkan kosong sekiranya tidak berkaitan. Sebelum menghantar borang permohonan ni, pastikan buat semakan semula. Okay.

6. Kemaskini Maklumat

Bila kamu sudah hantar borang permohonan kemasukan ke IPTA, kamu ada kuota sebanyak 3 kali untuk membuat kemaskini borang permohonan kamu. So, untuk mengelakkan kamu daripada menggunakan kesemua kuota yang diberikan, sila isi borang kamu mengikut tips yang telah saya share di atas kecuali kalau kamu betul-betul mahu menukar kos kamu, barulah kemaskini. That's why I said "choose wisely". Even kamu sudah kamu buat pilihan kos yang terbaik, tapi jangan lupa buat juga semakan untuk kos-kos lain yang mana sesuai dengan result kamu. Itulah fungsi kemaskini dan tolong jangan buat kemaskini dalam hari yang sama, buat bila kamu betul-betul yakin dengan decision kamu. Okay. 

Rasanya ini antara tips penting yang boleh saya share dengan kamu sebab by the end of the day, KPT yang akan membuat keputusan sama ada kamu berjaya atau tidak memasuki universiti. Yang penting kamu sudah usaha yang terbaik dan pastikan ikut dan share tips-tips ini bersama-sama dengan rakan-rakan kamu. Jangan lupa juga banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya dipermudahkan urusan dan niat kamu untuk menyambung pelajaran. Okay, anything yang merunsingkan, you can drop your comment or directly PM me on my FB. See you guys soon, good bye and good luck.

2 comments :

  1. salam. nak tanya kalau saya memang cukup2 5 kredit tapi ambik stpm la sekarang ni...tengok u ada nak 5 kredit dalam spm boleh ke mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Itu adalah syarat am untuk masuk universiti bagi level SPM. Tapi hanya untuk masuk ke diploma dan kena tengok juga dengan kos yang dipilih (syarat khas program). Syarat am dah lepas; tinggal syarat khas je lagi.

      Delete