Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum guys :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat di seluruah Malaysia dan juga dunia yang menyambut aidilfitri. Pejam celik pejam celik, tak sedar sudah masuk hari ke-8 kita menyambut hari raya ni kan. So, hari ni seperti biasa rutin harian di mana semua orang akan kembali bekerja, student-student sekolah akan kembali bersekolah kecuali student university, sebab sekarang ni dorang tengah bercuti semester. Dan aku pula, seperti biasa. Hahahaha. Well, macam mana sambutan raya tahun ni ? Best atau tidak best ? Jawab sendiri dalam hati. Tapi mesti rasa kan raya tahun ni macam terlalu kelam kabut untuk disambut. Eyalah, macam rasa sekejap ja kita berpuasa, tiba-tiba ja terus raya. And then bila sambut raya, tiba-tiba cuti raya sudah habis. Sesuailah dengan tema raya tahun ni #rayakelamkabut. Hahaha. Gurau ja bah. Seperti biasa, sesi bergambar akan mula beraksi dan Twitter, Facebook, Instagram akan penuh sesak dengan gambar-gambar raya dengan posing masing-masing untuk dapat "likes" daripada pengguna media sosial yang lain. Hari raya pertama, mestilah pergi ke rumah opah/nenek dulu kan sebab di situlah tempat berkumpul semua saudara-mara dan adik-beradik yang lain. Lepas semua habis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, selalunya aktiviti raya pertama akan disudahi dengan aktiviti "TIDUR". Raya kedua dan seterusnya baru akan menziarahi rumah family dan kawan-kawan yang lain. Nampak pelik, kan ? Hmmmm. Tapi begitulah selalunya. Hahaha.

Opss, maafkan diri ana yang selalu ter"over" kalau bergambar. 
Ni masa bergambar di rumah nenek gua yang karpet dia macam padang golf.
Hehehe.


Okay, ni gambar yang normal sikit gua bagi. 
Abaikan plastik di belakang tu. 
Rasanya plasik tu cuba overshadow diri gua yang memakai baju Melayu serba satu. 
Kenapa pulak tiba-tiba aku guna perkataan "gua" ni. 
Cukuplah gambar aku ja yang aku upload. 
Aku taknak share gambar family aku untuk entry kali ni. 
Sebab apa ? Biarlah rahsia. :3


Gambar yang di bawah ni pula masa raya ke-2 
bersama dengan classmate masa form 4 dan 5 a.k.a Geng Rancak. 
Ni masa di rumah aku dorang datang beraya.



Beraya di Jamil (berbaju warna merah tu). 
Insha-Allah akan menjadi Houseman a.k.a Doktor. 
Good luck Jamil in your final exam. Do your best, okay. :)



Lepas beraya di rumah Jamil, kami pergi kenduri akikah anak buah 
Umiey (girl yang pakai shawl coklat) dan Memeng (girl pakai shawl purple) pula 
kena masuk bertugas. So, dia tidak ikut kami beraya ke rumah-rumah yang lain. 
Lepas tu, kami beraya pula di rumah Alau @ Aluddin (baju Melayu warna hijau lumut) 
dan  insha-Allah akan bergelar guru. Tinggal tunggu penempatan ja 
lagi bersama-sama dengan Zurin (girl yang pakai shawl turquoise).
Dan kali ni juga anggota lelaki semakin sikit di mana 
tinggallah kami ber-4 daripada 7 orang. Hahahaha. Kesian kan.
Jamil | Addy | Jojoy | Alau


Lepas beraya di rumah Alau, kami beraya di rumah Fiza 
(girl yang pakai tudung putih corak bunga) tapi kami tiada pula bergambar di rumahnya. 
Maaf ya Fiza. Lepas tu, kami singgah lagi beraya di rumah Yoi 
(girl yang pakai shawl hitam tu). 
Lepas tu, kami beraya di rumah Masni dan rumah Jojoy & Zurin (adik-beradik). 
Overall, kami beraya 8 buah rumah masa raya kedua tu. 
Best memang best tapi kalau ramai-ramai lagi best kan. 
Insha-Allah tahun depan kalau panjang umur. 


My "Rumah Terbuka"

Ha, yang ini pula semuanya gambar-gambar masa buat "rumah terbuka" di rumah aku masa raya ke-4. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang datang dan tidak menang tangan aku melayan semuanya. Thank you semua yang datang beraya. Kebanyakkannya yang datang beraya dari ex-schoolmates (SMK Balung, Tawau). Sorry kepada kawan-kawan yang tidak sempat bergambar. Kalau kita tiada ambil bersama-sama untuk simpan buat kenangan, cukuplah aku simpan kamu dalam hati saja. Cia cia cia. Insha-Allah kalau tahun depan masih diberikan kesempatan, jangan lupa datang lagi untuk beraya ya.

2 gadis cantik yang bergambar dengan aku ni ex-classmates aku 
masa form 2 dan Fidtri (sebelah kanan), kami sekelas dari form 4 until upper 6. 
Actually lama sudah kenal dengan Fidtri, masa tadika lagi kami sama-sama. 
Antara kawan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masih contact. 
Masni | Addy | Fidtri


Ni pula batchmates masa sekolah dulu. 

Yang sebelah kanan aku Basri (baju ungu) dan Bobo (baju jersi kuning) 
pernah sekelas dengan dorang masa form 3 dan form 6. 
Semuanya makin bergaya dan handsome. 
 Azmi | Addy | Basri | Bobo | Ridzwan


Dan ini pula Geng Emanuella. Hahaha. 

Ni kawan kepada kawan dan kawan kepada kawan-kawan. 
Pening kan mahu faham. Tapi begitulah.
Alif | Addy | Madcha | Chacha | Maymenk | Peqoq | Ann


Geng Ex-Asrama Seri Cemara, SMK Balung. 

Makin handsome sudah semuanya. Hahaha.
Adi | Assman | Zul |Otan |Sahriswan | Suardi | Amirhan | Addy | Jefry


Ni antara Geng Rancak yang datang "open house" except for Asri. 

Dia housemate dengan Jojoy dan bertugas
 sebagai MA (Medical Assistant) di Hospital Besar Tawau. 
Yang lain ni rasanya sudah dikenal, kan. So, no need to introduce lagi. Hehehehe.
Asri | Jojoy | Zurin | Fiza | Umiey | Addy



p/s: Ada bro dari jauh pun nak bagi ucapan hari raya. 
"Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin."
Hahaha :)


Gambar yang last sekali ni best friend aku masa di UiTM Shah Alam until now. Sem 1, aku duduk serumah dengan dia. Dahlah satu rumah, satu kos, satu kelas lagi. Hahaha. Ni kalau tak gaduh dengan dia memang tak sah, tapi dia jugalah sahabat dunia akhirat yang paling memahami. Thank you jib for always being there for me, my blood brother. Rasanya itu ja untuk entry kali ni. Kalau mahu ditulis lagi, memang tidak akan habislah cerita raya tahun ni punya dan tidak ter"publish"lah entry ni. So, see you guys in another entry. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua. Jaga kesihatan, jaga solat dan semoga kita semua di bawah perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
#teamrayatawau #teamrayabahau

No comments :

Post a Comment