Thursday, July 21, 2016

Trip Mendaki ke Gunung Kinabalu (Part 1)

Assalamualaikum guys :)

Today, I'm going to share with you guys trip kami masa mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Februari yang lalu. Sorrylah baru siap menulis keseluruhan story ni. So, apa pun hope you guys enjoy reading this entry. Let's start now ! Okay. Selepas memandu selama 6-7 jam dari Tawau, akhirnya kami tiba juga di Kundasang. Kiranya kami mengambil masa yang lama untuk sampai di Kundasang sebab selalunya mengambil masa 5 jam lebih sahaja untuk sampai ke sana. Tapi disebabkan kami banyak berhenti untuk singgah makan, singgah buang air dan macam-macam lagilah, so kami pun lewat sedikit daripada waktu biasa. Lagipun kami bukannya rushing dan kelam kabut, so better hayati perjalanan dan nikmati pemandangan, kan. 

Okay, perjalanan kami dari Tawau ke Lahad Datu, kawan aku Jojoy yang memandu dan lepas tu, ganti pula dengan aku, memandu dari Lahad Datu ke Kundasang. So, taklah rasa penat sangat kalau ada kawan yang boleh memandu tapi yang paling penting, ada kawan untuk bercerita supaya taklah rasa bosan masa memandu tu. Well, jalan dari Tawau ke Kundasang memang banyak yang rosak tapi ada juga jalan yang sedang diperbaiki dan dinaiktaraf menjadi lebuhraya (2 kepada 4). Tapi bukan untuk semua tempat. So, kena fully berhati-hati semasa memandu, expect the unexpected. Dan kalau tidak silap, ada jalan nak ke Telupid memang rosak habis, macam kena korek dengan kuku dinosaur.  Tapi tak tahu sekarang dah okay ataupun belum. So, better watch out and be extra careful. 

Nama homestay yang kami tinggal di Kundasang ialah Kiram's Village. Tempat tu memang cantik, sejuk, tenang dan part yang paling best boleh nampak Gunung Kinabalu even pada waktu malam. Harga satu malam untuk satu homestay bergantung kepada jenis dan saiz rumah yang kamu nak tinggal. Homestay yang kami tinggal masa tu kalau tak silap, harga dia dalam RM300.00 dan kebetulan waktu tu parent kepada kawan kami, Piqa  dan ajak stay sekali di homestay tu before bergerak Kota Kinabalu (KK) keesokan harinya. So, kami hanya bayar separuh daripada harga asal. Thank you so much to Piqa's parent. 


Kiram's Village

Pemandangan homestay di Kiram's Village.



Ni homestay yang kami tinggal di Kiram's Village. 
Nampak ja luar buruk, dalam dia memang selesa. 
Dalam rumah ni, ada 3 buah bilik dan salah satunya adalah master room. 
Oh, ya. Kalau nak mandi, air dia memang sejuk even sudah hidupkan water heater. 
So, terpulang sama ada mahu mandi awal atau pun tidak mandi sama sekali. Hehehe.


Dan ini pula merupakan salah satu katil yang diletak bersebelahan dengan ruang tamu
supaya malam-malam nanti boleh feeling macam cerita orang putih 
yang mana katil bersebelahan dengan tingkap. Hahahaha. 


After tinjau-tinjau kawasan sekeliling, kami berehat dan makan malam. Habis ja makan malam, kami keluar lagi pergi tinjau kawasan yang lain. Lepas kami balik dari meninjau-nijau tu, kami borak-borak kejap di ruang tamu sambil tengok cerita P.Ramleee (kebetulan main di TV2 malam tu) tapi aku tak tengoklah dan kami plan untuk perjalanan esok. Bukanlah betul-betul bincang pun, just bincang-bincang begitu ja. Barulah we go to sleep and rest. Okay, that's all for now and sorry sebab kami tiada bergambar semasa dalam perjalanan. So, see you guys again. Bye !

No comments :

Post a Comment