Friday, August 26, 2016

Buku FIXI: Indie Publisher

Assalammualaikum guys :)

Since di Tawau ni tiada kedai buku yang menjual novel terbitan FIXI, Dubook Press, Lejen Press, Terfaktab (top 4 penerbit novel yang aku suka) dan mana-mana novel terbitan lain. Kalau ada pun, novel-novel cinta ja yang berlambak. Novel independent semuanya "tarak". So, collection novel aku dalam bilik taklah bertambah. Masa pergi KL hari tu pun, berfikir dulu sama ada nak beli atau tak sebab terlalu jauh dah ketinggalan untuk mengejar novel terbaru. Lagipun, masa tu terlupa nak masukkan bajet novel dalam perkiraan bajet hari tu. Masa pergi MPH NU Sentral, dalam kepala otak nak ambil dan terus bayar tapi fikir punya fikir sambil membawa novel-novel tu ke hulu ke hilir novel tu, last-last tak jadi beli, simpan balik ke tempat asal. Hahaha. Actually aku ni bukanlah pembaca novel tapi since masuk UiTM, ada beberapa orang classmates aku rekomenkan untuk baca novel-novel independent  ni semua dan akhirnya aku pun jadikan membaca novel ini sebagai minat. Terima kasih bagi kepada kawan-kawan especially Norain @ Bro yang perkenalkan novel independent ni dengan aku.

Mini collection  yang tidak seberapa sejak tahun 2012.


Simpan buku, lama-lama jadi bukit novel. 
Dah jadi bukit novel, lepas tu jadi gunung novel.
Lepas jadi gunung novel, jadi apa pula ? Cepat fikir.


Setakat ni baru terkumpul sebanyak 21 buah novel untuk terbitan FIXI, 4 buah novel untuk terbitan Lejen Press, 1 buah novel dari Kitab Terfaktab, 4 buah novel Dubook Press dan beberapa buku yang lain. Kalau dekat KK, ada juga kedai yang menjual novel-novel terbitan FIXI ni tapi jauh nak pergi. Memandangkan aku akan pergi Shah Alam bulan 11 nanti untuk bergraduasi, insha-Allah aku akan beli beberapa novel untuk dibaca dan ditambah dalam mini koleksi yang sedia ada. So, rasanya sampai sini dulu, nanti ada masa aku update lagi blog ni dengan cerita-cerita yang lain. Tajuk entry atas tu aku hantam ja, tak tahu nak letak tajuk apa ? Takkanlah nak letak "Aku Pencinta Novel" atau "Si Pencinta Novel" sebab aku pun jarang-jarang baca dan beli novel terbaru, so masih tidak layak untuk digelar sebagai pencinta novel. By the way, kalau nak dapatkan koleksi buku-buku terbitan FIXI atau nak tengok update novel-novel terbaru daripada FIXI dan seangkatan dengannya, you guys can directly visit Buku Fixi. Okay. See you guys again. Bye.




2 comments :

  1. wah bnyk tu.. sy suka jgk beli buku mcm ni. sbb sy x minat novel cinta. so isikan masa lapang dgn bca bku mcm ni. but tak bnyk la mcm addy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tu ada minat yang sama. At least, taklah buang masa kan kalau membaca novel-novel independent ni. Saya punya pun tak banyak, nak beli lagi nanti. Hahaha.

      Delete