Wednesday, August 24, 2016

Master atau Kerja ?

Assalammualaikum guys :)

Alhamdulillah, bulan April yang lalu actually aku ditawarkan untuk sambung ke peringkat Sarjana (Master) untuk intake bulan September tahun ni tapi aku buat keputusan untuk tangguhkan dulu tawaran tu. Tak tahulah ditawarkan atau apa tapi for sure aku tiada buat application untuk sambung Master. Then, aku saja-saja check, ada pula nama aku keluar. Actually masa aku dapat tahu yang aku ditawarkan Master ni, memang gembiralah tapi at the same time,  aku 2 hati sama ada nak teruskan ke peringkat Master atau kerja dulu. Then, aku buat kata putus untuk kerja dulu, sambung belajar nanti boleh catch up.  Aku nak kerja dulu , timba pengalaman, aplikasikan soft skills yang sudah belajar dan improvekan lagi soft skills tu. Insha-Allah kalau dah ada pengalaman, baru aku decide sama ada nak sambung belajar ataupun tidak ke peringkat Master. Lagipun aku tak pergi interview Master ni masa awal bulan 6 dulu. 


So, sekarang ni target jangka pendek aku ialah untuk bekerja di hometown (Tawau). Kalau dah achieve target aku, baru aku teruskan target-target aku yang lain. I know it's not easy untuk dapatkan kerja di hometown sendiri lebih-lebih kos pengajian dalam bidang sains sosial tapi aku yakin dan percaya dengan rezeki Allah S.W.T. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku untuk mendapatkan kerja di hometown sendiri dan aku doakan kepada kawan-kawan semua yang masih cuba untuk mendapatkan kerja, dipermudahkan juga segala urusan. Aamiin. Have a good day. See you guys again.

4 comments :

  1. kerja pun boleh master pun boleh. hehe, ikut mana awak minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Tapi nak kerja dulu. Fokus dulu dengan kerja, then baru sambung belajar. :)

      Delete
  2. same here.
    dalam dilema whether sambung master or berkerja.
    hati masih suka dunia belajar, tapi kekangan kewangan memaksa untuk bekerja TT_____TT
    all the best for your future undertaking by the way :D
    May Allah ease everything XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Hafiz for your support. Samalah, nak apply PTPTN lagi. Dahlah masih berhutang untuk degree level. Sambung belajar bila-bila boleh tapi nak dapatkan kerja tu payah sikit. All the best for your future too.

      Delete