Saturday, August 13, 2016

Pulau Bohey Dulang. Pulau Maiga. Pulau Sibuan

Assalamualaikum guys :)

Siapa yang sudah pernah pergi ke Pulau Bohey Dulang, Matabuan dan Sibuan ? Rasanya kalau orang Sabah especially yang tinggal berdekatan dengan Semporna mesti sudah pergi kan. I mean orang Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan *itu jauh sikitlah, sudah pernah pergi ketiga-tiga pulau ni kan. Kepada sesiapa yang masih dalam perancangan untuk pergi, better pergi untuk menikmati pemandangan di sana dan at the same time spend quality time dengan kawan-kawan atau family members. Really worth it. Mostly pakej (Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga & Pulau Sibuan) yang ditawarkan around RM55-RM60 per head for Malaysian, including Sabahan *say no to racist, we're Malaysian. Hahaha. Rate harga diberikan untuk foreigner tidak tahu pulak berapa yang dikenakan sebab tak pernah nak ambil tahu pun. I'm really sorry guys. Lagipun foreigner takkan baca blog ni sebab ditulis dalam Bahasa Melayu. *evil laugh. Okay, actually aku dah lama plan untuk pergi ketiga-tiga pulau ni and kalau tidak silap, dari tahun lepas lagi sudah plan tapi atas pelbagai kekangan, aku dan kawan-kawan yang lain tak dapat teruskan plan kami tapi alhamdulillah masa bulan Februari yang lepas, kami sempat pergi ketiga-tiga pulau tu sebelum pergi mendaki Gunung Kinabalu. Kiranya cerita bukanlah the latest one, cerita 5 bulan lepas, baru nak update dalam blog ni but nevermind, I will keep writing and publish it. Chayok, chayok !

Kalau ikutkan, memang aku dan kawan-kawan yang lain memang jauh ketinggalan. I mean yalah kan kami tinggal kira dekat jugalah dengan area Semporna, baru ada kesempatan pergi ke pulau-pulau tu. Masa kami pergi ni pun, semuanya last minute punya planning. Nasib baik masih ada bot yang terima last calling kami. Kalau tidak, memang kena tangguh lagi trip ni. Jumlah kami yang pergi cun-cun 12 orang untuk satu bot. Untuk trip ni, tentatif perjalanan akan dibagi oleh dealer (agensi/orang yang urus trip). 
Kalau mengikut tentatif, kena berada di Jeti Umum Semporna pada pukul 8.00 pagi tapi we're not fully mengikut tentatif tu disebabkan pick up one by one, so itu yang buat kami lambat sejam sampai di jeti. Kami berkumpul di jeti umum Semporna which terletak bersebelahan dengan Dragon Inn Floating Resort atau dipanggil floating oleh penduduk sana. Nama tour guide kami masa ialah Encik Abdalan Ruhulan dan terima kasih banyak-banyak kepada beliau sebab sanggup menunggu kami yang sudah lewat daripada waktu yang ditetapkan. After kami semua sudah naik di atas bot dan pakai jaket keselamatan, kami terus menuju ke Pulau Bohey Dulang (1st island). Perjalanan dari Jeti Umum ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 35-40 minit begitulah. 

Jeti di Pulau Bohey Dulang


View dari puncak Pulau Bohey Dulang


Dalam gambar ni, kurang 2 orang sebab tidak mendaki ke puncak bersama kami. 
So, dorang tunggu di bawah jeti ja.


Ni gambar kami di Pulau Sibuan.
Dalam gambar ni pun kurang juga anggota yang lain.
Masa dekat jeti Pulau Bohey Dulang tu ja semuanya ada. 
Semuanya karau tak tahan panas. Hahahaha.


Di Pulau Bohey Dulang ni tidak dibenarkan untuk mandi, kalau nak mandi-manda, tunggu ke pulau seterusnya iaitu Pulau Maiga dan Pulau Sibuan. Dekat sana, baru boleh bermandi-manda dan bersnorkeling. Tapi peralatan snorkeling tu sewa lain, kalau tak silap harga untuk menyewa peralatan tu dalam RM10.00. Selepas mendaki dan turun dari puncak Bohey Dulang, kami menuju ke Pulau Maiga tapi sayangnya kami tak sempat bergambar di pulau sebab time tu bot yang kami naik tu tak dapat berhenti di depan pantai pulau tu. So, kalau nak bermandi-manda atau bersnorkeling, bolehlah turun dari bot atau terjun pun boleh kalau pandai berenang. Memandangkan antara kami ada yang tidak pandai berenang, semuanya minta teruskan perjalanan ke Pulau Sibuan. Then, kami pun meneruskan perjalanan ke Pulau Sibuan. Panas dia bukan kepalang, memang habis terbakar kulit. Hahahaha. 

Dalam pukul 4 begitu, kami bertolak balik ke Jeti Umum dan sebelum kami bertolak balik ke Tawau, kami pun pergi makan dulu untuk tambah tenaga. So, kepada sesiapa yang penggemar seafood, banyak kedai di area Semporna yang provide makanan seafood. Terpulang kepada citarasa masing-masing mana nak choose kedai ja. Makanan semuanya sedap kalau penat. Hahahaha. So, kepada sesiapa yang nak pergi ke Pulau Bohey Dulang dan seangkatan dengannya, bolehlah tengok blog abang Chawanna ni bagi menimbulkan lagi rasa membuak-buak dalam diri kamu. Semuanya gambar yang abang tu ambil di Pulau Bohey Dulang dan pulau-pulau yang lain memang cantik even dah 3 tahun lepas. Oh ya, sebelum jalan tu, pastikan kamu bersarapan ataupun membawa makanan dan air minuman supaya tidak berasa terlalu lapar/dahaga masa dekat sana nanti sebab tiada kedai runcit atau gerai-gerai orang berjualan di semua pulau-pulau tu. Okay. Selamat melawat semua pulau-pulau di Semporna dan minta maaf banyak-banyak sebab tak banyak gambar untuk entry kali ni. See you guys soon. Goodbye. 

2 comments :

  1. hye awak...cantiknye la bohey dulang tu..
    nak tnye amik pakej dengan sape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, memang lawa gila. View dia memang superb. Cuba cari kat FB trip ke Bohey Dulang ni, banyak ja agensi yg urus trip ke semua pulau ni.

      Delete