Tuesday, August 2, 2016

Rezeki Allah Itu Pelbagai Bentuk

Assalammualaikum guys :)

Pernah kamu terbaca atau terdengar kata-kata  di bawah ni kan ? Actually aku suka gila baca kata-kata motivasi ni sebab bagi moivasi dan mewujudkan rasa bersyukur dalam hati kita atas limpah kurniaan Allah S.W.T kepada semua hamba-hambanya. 


Jika tiada rezeki anak, 
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik. 
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik, 
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya. 

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari. 
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

Bersabar, bersyukur, berusaha,berdoa dan bertawakal.

Hanya dia, Allah yang Maha Esa.

Sekadar perkongsian daripada kata-kata motivasi yang sangat mendalam maksudya.

No comments :

Post a Comment