Thursday, August 11, 2016

Selamat Menjadi Mahasiswa & Mahasiswi IPTA Sesi Akademik 2016/2017

Assalammualaikum guys :)

Pemohon dari Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma boleh sudah menghembuskan nafas lega apabila semakan keputusan permohonan kemasukan IPTA bagi sesi akademik 2016/2017 diumumkan pada 3 hari yang lepas iaitu pada 08 Ogos 2016. First of all, tahniah diucapkan kepada semua pelajar Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma yang berjaya menempatkan diri di IPTA  bagi sesi akademik 2016/2017 dan kepada yang tidak berjaya, jangan terlalu kecewa dan bersedih. Masih boleh buat rayuan dan kalau tidak dapat pun, tidak apa. Insha-Allah rezeki kamu ada di tempat lain, okay.

Bukan semestinya masuk universiti sahaja, kamu akan berjaya. Masih ramai lagi graduan/degree holder yang masih mencari kerja atau still menganggur, so mana tahu kamu tidak dapat masuk universiti tapi dapat kerja awal, kan. Memang tidak syak akan ada suara-suara sumbang yang cuba provokasi dan membanding-bandingkan kamu, abaikan ja suara-suara sumbang tu. Yang penting, kamu stay strong, stay positive dan paling penting sekali kamu kena kuatkan mental untuk menghadapi situasi ni. Sedih tu memang ada tapi kamu harus tahu mengawalnya. Okay.


Okay, memandangkan keputusan sudah keluar, so rajin-rajinkanlah pergi mengurus segala urusan. Jangan lupa untuk membuat pengesahan setuju terima tawaran dan pastikan bawa surat tawaran bagi memudahkan proses membuka akaun bank, mengurus PTPTN dan segala urusan yang lain. So, good luck in your study and enjoy the campus life. Okay. See you guys soon. Nanti aku share tips masuk universiti.

No comments :

Post a Comment