Monday, August 1, 2016

Trip Mendaki ke Gunung Kinabalu (Part 3)

Assalamualaikum guys :)

Hai, we meet again for the last part of this journey. Thank you kepada sesiapa yang sudah baca part 1 dan part 2, hope you guys really enjoy it. So, hari ni aku akan siapkan cerita perjalanan aktiviti pendakian kami ke Gunung Kinabalu. Memang ramai juga bertanya, harga pakej per individu yang dikenakan untuk Sabahan jika ingin mendaki Gunung Kinabalu. Okay, total cost overall mendaki untuk Sabahan (individu) adalah sebanyak RM285.00. Kami mengikut di bawah satu agensi iaitu  Sanctuary Borneo Travel Agency Sdn Bhd yang mana agensi ini menguruskan juga pendakian ke Gunung Kinabalu.

Antara pakej-pakej yang disediakan oleh Sanctuary Borneo Travel Agency Sdn Bhd:

So, kami mengambil pakej yang pertama iaitu 2 Day 1 Night: Mountain Kinabalu Challenge (Timpohon Trail). 

Timpohon (starting point) - Summit/Low's Peak - Timpohon



Package included:
  • Kinabalu Park Entrance Fee (Malaysian)
    • RM3.00 per person (above 18 years old) and RM1.00 per person (below 18 years old)
  • Climbing Permit (Malaysian)
    • RM50.00 per person (above 18 years old) and RM30.00 per person (below 18 years old)
  • Climbing Insurance
    • RM7.00 per person
  • Transportation (Register counter to Timpohon Gate)
    • RM9.00 per person
  • Mountain Guide Fee (1 mountain guide only can guide for 1-5 climbers)
    • RM230.00 per trip
  • Certificate of Achievement (Optional)
    • Summit (RM10.60)
    • Laban Rata (RM1.06)
Package excluded:
  • Porter Fee (Optional)
    • Maximum weight is 10 kg and additional weight be changed base on daily rate per kg.
Accomodation: 
  • 1 Night at Laban Rata (Non heated Dormitory Basis)
Meals: 
  • Day 1 - 1 Packed lunch from Balsam Cafe
  • Day 1 - 1 Dinner at Laban Rata Restaurant
  • Day 2 - 1 Early supper and late breakfast at Laban Rata Restaurant
  • Day 2 - 1 Hi-Tea at Balsam Cafe (until 4.00 p.m)
Day 1 - Kinabalu Park HQ/Timpohon Gate/Laban Rata (Packed Lunch & Dinner) 
  • 7.00 a.m
    • Meet at hotel lobby and transfer to Kinabalu Park Headquarter. The journey will take approximately 2 hours. En-route passing by villages and a panoramic vista of the valleys of the Crocker Range.
  • 9.00 a.m 
    • Upon arrival, our staff will arrange all necessary registrations, assign a mountain guide, and collect your packed lunch. After Register, proceed to the Timpohon Gate and it's from here the ascent to Laban Rata Rest house begins.
  • 9.30 a.m 
    • A short briefing will make by your mountain guide before you start the journey. The trek will pass by different vegetation zones from Oak and Chestnut to mossy and eventually to alpine type of vegetations.
  • 3.00 p.m
    • Arrive Mountainside Check in at Mt Hut, free and leisure.
  • 6.00 p.m
    • Dinner at Laban Rata’s canteen
  • 8.00 p.m
    • Lights out
Pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah, Malaysia


Ni antara barang keperluan yang aku bawa dalam backpack:
  • Sunblock
    • Jangan ingat tempat sejuk tidak boleh menyebabkan sunburn. Walaupun taklah seteruk macam sunburn kalau pergi ke pulau, but still akan nampak "burn" juga. So, pakai sunblock 15 - 20 minit sebelum start pendakian. Kalau tak nak guna pun tiada masalah, bukan benda wajib ada pun. 
  • Wet Tissue
    • Memandangkan air di Laban Rata sangat sejuk, so memang tidak akan mandi dekat sana unless kalau kulit badan tu kebal dan tebal macam kulit buaya, dipersilakan untuk mandi. So, bawa ja wet tissue untuk bersihkan peluh dan bau badan. Bawa 1 pek (10 helai) pun cukup untuk sendiri.
  • Lip Balm
    • Untuk mengelakkan bibir daripada kering (yang boleh menyebabkan luka pada bibir) dan memastikan bibir sentiasa lembap. Lip alm ni antara benda wajib yang perlu dibawa semasa mendaki.
  • Berus & Ubat Gigi/Listerine
    • Ini memang benda yang wajib dibawa pergi mana-mana. So, terpulanglah mahu bawa berus dan ubat gigi ataupun bawa Listerine. Ikut mana yang memudahkan dan mengikut keperluan masing-masing. Kalau tidak mahu bawa pun tidak apa, beli chewing gums yang ada perisa mint pun cukup. Hahahaha.

Selepas kami semua sudah sarapan, kami pun bertolak ke Kinabalu Park HQ dan fee yang dikenakan sebanyak RM3.00 per indidivu. Setibanya kami di Kinabalu Park, kami berjumpa terlebih dahulu dengan mountain guides kami iaitu Encik Lerry Gumbayong (Lerry Gumbayong) dan juga Encik Mike Miki (Mike Miki). Both of them are really friendly, sporting and always looks cool. Tapi sebelum memulaka ekspedisi kami, kami settlekan dulu segala pembayaran climbing permit (Malaysian), climbing Insurance, transportation (register counter to Timpohon Gate) dan mountain guide fee. Untuk certificate tu pula, pembayaran akan dilakukan selepas turun dari Gunung Kinabalu. 

After settlekan segala pembayaran dan pendaftaran, kami menaiki van untuk pergi ke Timpohon Gate iaitu starting point untuk mendaki ke Gunung Kinabalu. Di Timpohon Gate tu, mountain guide akan briefing mengenai ekspedisi pendakian dan caj yang dikenakan sekiranya lewat daripada waktu tiba yang ditetapkan dan sekali lagi di Timpohon Gate tu akan dikenakan entrance fee sebanyak RM3.00 per individu. Selepas kami membaca doa, kami memulakan ekspedisi pendakian ke Laban Rata terlebih dahulu sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada keesokan subuhnya. 

Name tag yang akan diberikan untuk setiap 
individu yang mendaki Gunung Kinabalu. 


Still a long way to reach Laban Rata. 
Ini baru di Kilometer 1.0, masih ada 5 kilometer lagi sebelum tiba di Laban Rata. 
Time ni team member yang lain masih berada di belakang 
dan jangan risau sekiraya ingin membuang air 
sebab setiap stesen/pondok ada disediakan tandas. 


Bersama dengan half team member di Kilometer 4.5 selapas Layang-Layang Hut. 
Boleh nampak pokok-pokok bonsai di kiri dan kanan laluan. 
Udara pun berbeza dekat sini.
(Syazwan, Ann, Amir, Sofy and Addy)


Di sepanjang perjalanan tu, bolehlah makan coklat dan minum air sikit bagi mengelakkan rasa penat dan at the same time untuk tambah tenaga. Honestly, memang tidak akan berasa lapar sepanjang perjalanan dan mungkin rasa haus sahaja tapi kena ingat, udara di kaki gunung sangat berbeza dan bagi sesiapa yang mempunyai gastrik, setibanya nanti di Layang-Layang Hut, better makan packed lunch yang kita ambil dari Balsam Cafe tadi untuk mengelakkan perut masuk angin. Trust me, kalau tak makan, memang akan rasa lemah dan pening yang berlaku dengan diri aku sendiri. Hahahaha. Shame on me. 

Muka sebelum sakit di Kilometer 5.5. 
Lagi sikit tiba di Laban Rata. Hahahaha. 


Team member yang pertama tiba di Laban Rata.
(Syazwan, Sofy dan Amir)


Time 3 orang team member yang lain sudah tiba di Laban Rata, aku masih terkandas di Kilometer 5.5. Time tu aku rasa nak tidur dan baring ja. Setiap 5 langkah, aku stop bila pening. It was really bad and lagi 300 meter nak sampai Laban Rata. Team member aku yang jauh aku tinggalkan di belakang pun terkejut sebab dorang ingatkan aku sudah tiba di Laban Rata dan terima kasih banyak-banyak kepada dorang sebab support aku untuk berjalan. Selepas ja aku muntah (gastrik angin), baru rasa lega sikit badan aku dan berjalan perlahan-lahan ke Laban Rata. Thank you juga kepada Syazwan dan Amir sebab tolong angkatkan bagpack aku.  

Kami dinner di restoran paling tertinggi di Asia Tenggara. 
Hahahaha. Oh no, damn it. I'm still look sick.


Sunset di Laban Rata. Subhanallah, cantik kan.


After tiba di Laban Rata dan sudah dinner, kami check-in bilik untuk berehat. Memandangkan kami ada 5 lelaki dan 5 perempuan, so kami tiada masalah dari segi penginapan sebab dalam 1 bilik ada 3 katil double decker which are ada 6 katil tapi itu pun bergantung kepada jenis bilik yang kamu dapat. Oh ya, restoran di Laban Rata tu hanya buka sehingga pukul 7.00 malam, so jangan lewat daripada waktu yang ditetapkan. By the way, jangan risau untuk beginner (macam kami juga), insha-Allah kamu akan tiba di Laban Rata paling lewat pun around pukul 4 p.m tapi kalau tiba selepas pukul 4, mountain guide akan caj 1 jam sebanyak RM15.00. Okay. Kiranya bayar lebih untuk dorang sebab dorang akan jaga dan tunggu team member yang paling last sekali. Sekitar pukul 8.00 malam, kami pun bersihkan diri dengan tisu basah sebab tidak sanggup mandi di tandas (air sejuk macam ais batu), ganti baju dan berehat. Jangan lupa untuk setkan alarm pukul 1.30 a.m, nanti tidak terbangun pula kan. 

Day 2 - Laban Rata/Low's Peak/Kota Kinabalu (Supper, Breakfast & Lunch) 
  • 1.30 a.m
    • Wake up and early morning supper.
  • 2. 30 a.m
    • Start hiking up to the summit with your Sabah Parks’ mountain guide.
  • 5.30 a.m 
    • Upon reaching the summit (Low's Peak), an opportunity to take photographs on the highest point in South East Asia. In clear weather, a spectacular sunrise awaits weary climbers.
  • 6.30 a.m 
    • Descent from Low’s Peak to Laban Rata Resthouose for a well earned breakfast.  
  • 10.00 a.m
    • Check out of Laban Rata Resthouse and descent to Timpohon Gate with your Sabah Parks’ mountain guide.  
  • 3.00 p.m
    • Arrive at Timpohon Gate. Head to the Park HQ to collect your successful certificates and buy some souvenirs. Light meal to recover before transfer to Kota Kinabalu.  
  • End of Tour
Pada pukul 1.30 a.m, kami bangun dan bersiap sedia pakai jaket, head lamp dan gloves. Then, kami turun ke bawah untuk supper dan jangan tak supper pula. Mountain guide akan bagi briefing mengenai tentatif pendakian dan pada pukul 2.30 a.m, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Suhu pada waktu tu memang sejuk dan masa first mendaki tu, memang akan mengalami kesukaran untuk bernafas. So, kena pandai kawal pernafasan sebab oksigen semakin kurang apabila berada di tempat yang tinggi.

Selepas kami tiba di Sayat-Sayat Hut, aku dan team member yang lain semuanya berpecah. Oleh sebab waktu pendakian ke Laban Rata aku sudah mengalami muntah-muntah, badan aku mengalami masa untuk boost up tenaga dan stabilkan badan aku. So, aku suruh team member teruskan perjalanan dan aku akan kejar dorang kemudian tapi aku tak sempat sampai di puncak Gunung Kinabalu. Memang sedihlah tapi apa boleh buat, bukan rezeki masa tu. 

Pemandangan di South Peak yang ada dalam mata wang RM1.00 kita. 


Puncak Gunung Kinabalu. 
Hanya mampu melihat dari kaki puncak sahaja. 


Bergambar di kaki puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.5. 
Lagi 200 meter nak sampai di puncak gunung 
tapi aku dah terlambat untuk naik ke atas
sebab ada waktu yang ditetapkan iaitu sehingga pukul 
6.30 a.m sahaja atas faktor keselamatan. 
Never mind, bukan rezeki aku untuk sampai di puncak Gunung Kinabalu. 
Tapi alhamdulillah, sijil pendakian still berwarna 
sebab aku berjaya tiba di Kilometer 8.5.
Kalau tidak sampai situ, hanya dapat sijil hitam putih saja. 


Pemandangan semasa on the way turun semula ke Laban Rata. 


Ni gambar team member yang berjaya sampai di puncak 
Gunung Kinabalu seawal pukul 4.30 pagi. 
Laju gila dorang berjalan kan. 
Time ni aku masih jauh ketinggalan di belakang. Hahaha.


Semua orang fokus dengan apa yang Rafique cuba lakukan. Hahaha.


Masa dorang masih dekat sini, aku sudah mula turun ke Laban Rata dan aku tiba di sana sekitar pukul 8 lebih. Oleh sebab aku antara yang tiba awal di Laban Rata, aku bersarapan dulu dan pinjam kunci bilik daripada receptionis untuk tidur sekejap dalam bilik sementara tunggu team member yang lain. After dorang semua sudah sampai di Laban Rata, aku bersarapan sekali lagi dengan dorang sebelum check out dari sana. Dalam pukul 10.00 a.m, kami bersiap sedia untuk turun semula ke Timpohon Gate dan dalam pukul 3 lebih begitu, kami semua sudah berkumpul di Balsam Cafe untuk makan sebelum bertolak ke Kota Kinabalu (KK). Kami bermalam di KK dulu sebelum bertolak balik ke Tawau.

Insha-Allah aku berniat untuk mendaki semula Gunung Kinabalu ni sekali lagi dengan kawan-kawan yang lain. Oh ya, kalau mahu pergi mendaki Gunung Kinabalu ni, beter booking cepat-cepat sebab slot yang disediakan adalah terhad dan minta maaf sekiranya cerita ni tunggang langgang sikit dan aku hanya taip balik apa yang aku ingat ja. Actually banyak gambar-gambar kami tapi ini sahaja yang aku sempat upload (malas nak upload lagi sebenarnya). Hahaha. So, for more information about Mount Kinabalu Climb Booking with other agency, you guys can check out and  visit Mount Kinabalu Climb Booking & Information Center. Okay. Good bye for now. Part 3, done. 

2 comments :

  1. Replies
    1. Jom tapi itulah, masih ada 3 tahun lagi nak tunggu. Hahahaha.

      Delete