Thursday, September 1, 2016

Hello, September 2016

Assalammualaikum guys :)

It's already September. Well, as we all known yesterday was "Malaysia 59th National Independence Day". So, hope it's not too late to wish "Happy National Day" to all Malaysian near and far. Syukur alhamdulillah, Malaysia masih aman dan damai buat masa sekarang ni dan insha-Allah akan terus berkekalan. Harap negara kita, Malaysia akan menjadi lebih baik pada masa sekarang dan seterusnya. Lagi satu, semoga negara ini akan dipimpin dengan pemimpin yang lebih baik pada masa yang akan datang (secepat mungkin). Aamiin. Pejam celik pejam celik (jangan tak celik sudah), bulan September sudah tiba. Cepatnya masa berlalu kan. Tak terasa betul tapi bagi aku terasalah sebab dah nak masuk bulan ke-7 aku menganggur di rumah. Semoga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan kerja di Tawau ni sebelum bermulanya majlis konvokesyen.


Aku yakin dengan perancangan Allah S.W.T walaupun kadang-kadang hati ni berbolak-balik. Hati manusia mana yang tidak berbolak balik kan. Apa yang berlaku dalam hidup, semua itu menguatkan diri kita, untuk mengenali diri kita dan paling penting sekali kita mengenali siapa Tuhan kita. Alhamdulillah, kedua ibubapa, keluarga, sahabat-sahabat semuanya memberi sokongan moral dan semangat supaya terus kuat dan sentiasa berusaha dalam menghadapi lembah kehidupan ni. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mempercayai diri ini dalam melakukan sesuatu dan sentiasa memberi aura positif kepada diri ini agar tidak berasa ragu-ragu dengan diri sendiri. Semoga bulan September ni akan memberi kita pengalaman dan rezeki dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Aamiin. 

No comments :

Post a Comment