Monday, September 19, 2016

Men's Facial Moisturiser

Assalammualaikum guys :)

I'm back yo. I'm back. So, hari ni aku nak share pasal penjagaan kulit muka bagi lelaki dengan menggunakan moisturiser. Kenapa moisturiser ni penting ? Actually moisturiser ni bagus sebenarnya untuk menjaga kulit kita (lelaki) daripada terlalu kering which is kulit muka mengelupas, sinaran UV dan juga mengelakkan daripada terkena sunburn pada kulit wajah. Besides, moisturiser ni juga dapat membantu menghilangkan kesan hitam pada kulit dan memperbaiki tona warna kulit. By the way, lelaki pun ada pelbagai jenis kulit dan ada sesetengah lelaki tidak memerlukan kirm/moisturiser pun bagi menjaga kulit mereka sebab kulit mereka tidak terlalu sensitif dan hanya dijaga melalui pencucian muka sahaja tanpa perlu memakai apa-apa produk. Dan ada sesetengah lelaki pula memerlukan krim/moisturiser bagi menjaga kulit wajah mereka daripada semakin teruk. Sebagai contoh, aku. Hahaha. Memang jealouslah tengok kawan-kawan lelaki yang bersih muka dan tidak memerlukan penjagaan yang banyak. So, aku akan rekomenkan beberapa moisturiser yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Besides, semua moisturiser yang direkomenkan ni memang mudah untuk didapati terutama sekali di Guardian, Watson dan di mana-mana pasaraya. 

Man-friendly moisturisers:


1. Bad Lab Battle Repair Repair & Relief Facial Moisturiser 50ml
2. L'oreal Men Expert White Activ Oil Control Gel Cream 50ml
3. Garnier Men Turbolight Oil Control Moisturiser Pump SPF30 40ml
4. L'Oreal Men Expert Hydra Energetic Multi Action 8 Moisturiser 50ml
5. L'oreal Men Expert Volcano Serum Moisturiser 50ml
6. Vaseline Men Face Even Tone Expert Moisturiser SPF15 50ml


Cara penggunaa moisturiser ni sangat mudah dan boleh diaplikasikan selepas mandi ataupun sebelum keluar rumah. Aku sudah pernah cuba moisturiser dari jenama Bad Lab, Vaseline dan sekarang ni aku menggunakan moisturiser dari jenama Garnier Men. Hampir setahun lebih sudah aku gunakan produk ni dan memang sesuai dengan kulit aku. By the way, sebelum membeli, pastikan cuba dulu "tester" yang disediakan dan sekiranya tiada "tester", pilih moisturiser yang kamu rasa sesuai dengan kulit kamu. Untuk yang 1st time, boleh cuba moisturiser dari produk Vaseline dan Garnier dulu. Tengok sama ada sesuai dengan kulit wajah ataupun tidak. Insha-Allah kalau sesuai, teruskan dengan produk tersebut dan elakkan daripada berganti produk bagi mengelakkan kulit rosak. And lagi satu, moisturiser ni akan memberi kesan natural look dan tidak perlu bimbang sebab tidak nampak pun seperti memakainya. Harga untuk setiap moisturiser bagi setiap produk adalah berbeza dan mampu milik, sekitar RM20.00+ hingga ke RM40.00+. I guess that's all I want to share and if you guys have anything to ask about this moisturiser/product, just leave your comment below. Don't forget to share this with your friends, okay. Goodbye.

No comments :

Post a Comment