Thursday, September 1, 2016

Preparation for My Graduation Day (Part 2)

Assalammualaikum guys :)

Waktu yang ditunggu-tunggu oleh para graduan telah pun tiba. Alhamdulillah, tarikh Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-85 sudah pun diumumkan dalam Portal Konvokesyen UiTM pada 29 Ogos baru-baru ni. Memandangkan kampus UiTM Shah Alam merupakan kampus induk, maka dengan segala hormatnya UiTM kampus Shah Alam akan menjadi kampus pertama yang melangsungkan konvokesyen dan seterusnya diikuti dengan kampus-kampus cawangan yang lain. Cuma belum ada tarikh konvokesyen yang spesifik untuk setiap fakulti tapi yang pastinya antara tarikh 22 hingga 27 November 2016. So, kena tunggu lagi pengumuman daripada pihak Konvokesyen UiTM.


Tarikh Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-85


By the way, dalam entry yang sebelum ni yang aku dah share which is Preparation for My Graduation Day (Part 1), aku dah settlekan step 1, so tinggal tunggu step 2 (final step) ja lagi. Excited tu memang excited nak bergraduasi. Tapi kena settlekan dulu beberapa perkara sebelum bermulanya majlis konvokesyen ni. Nanti kalau tak settlekan beberapa perkara ni, tak dapatlah bergraduasi kan. Lagipun, ini merupakan prosedur yang perlu diikuti oleh semua graduan bagi memudahkan proses pengambilan jubah dan majlis konvokesyen nanti.

Perkara Yang Perlu Diselesaikan Sebelum Konvokesyen

1. Tentatif Konvokesyen Ke-85
  • Masih belum diumumkan oleh pihak Konvokesyen UiTM.
2. Kemaskini Maklumat Graduan
  • Step 1 - Telah Ditutup  (bermula 12 - 19 Ogos 2016).
3. Semakan Denda Universiti
  • Semua bakal graduan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-84 diminta menyemak akaun masing-masing dan memastikan sebarang tunggakan yuran yang ada dijelaskan sebelum 14 April 2016. (Untuk graduan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-85, tarikh untuk membuat penyemakan akaun masih belum dibuka/diumumkan.)
  • Graduan tidak akan dibenarkan mengambil jubah graduan sekiranya masih berhutang dengan Universiti.
  • Tindakan yang perlu diambil oleh graduan yang berhutang:
  • Menyelesaikan semua tunggakan hutang.
  • Mendapat surat pelepasan hutang daripada pejabat bendahari UiTM.
  • Bawa semasa pendaftaran jubah graduan.
4.Yuran Konvokesyen
  • Yuran konvokesyen dikenakan kepada semua graduan yang hadir atau tidak hadir Istiadat Konvokesyen UiTM.
  • Mesyuarat Jawatankuasa kewangan & Pembangunan, Pejabat Bandahari UiTM telah bersetuju meluluskan penyeragaman kadar yuran konvokesyen yang dikenakan kepada graduan yang hadir serta tidak hadir ke istiadat konvokesyen.
    • Ijazah Doktor Falsafah - RM 230.00
    • Ijazah Sarjana - RM 210.00
    • Ijazah Sarjana Muda/Profesional - RM 175.00
    • Diploma/CAT - RM 150.00 
  • Yuran konvokesyen akan dipaparkan sebulan sebelum tarikh konvokesyen. Yuran Konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya seminggu (7 hari) sebelum tarikh pengambilan jubah.
  • Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui cara:
    • Melalui Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad.
    • Melalui Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad. 
  • Cetak bil konvokesyen UiTM melalui Portal Kewangan Pejabat Bendahari UiTM
  • Buat bayaran melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau mesin ATM (Automated Teller Machine) BIMB. 
  • Simpan resit bayaran dan bawa bersama sebagai bukti pembayaran semasa mengambil jubah. Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan yuran konvokesyen, sila hubungi Unit Kewangan Zon 16, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam telefon  03–5544 3435/3438 atau emel kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my.
5. Kajian Pengesanan Graduan 
  • Graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (KPG) dan   mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. 
Step 2 - Masih belum dibuka oleh pihak Konvokesyen UiTM.

  • Jika terdapat sebarang masalah berkaitan Kajian Pengesanan Graduan, sila emelkan kepada: tracerstudy@moe.gov.my atau Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik (CSPI),UiTM  nizam375@salam.uitm.edu.my @ shamsida769@salam.uitm.edu.my.
6. Pengambilan Jubah Graduan
  • Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. (Boleh rujuk dengan jadual sidang yang akan diumumkan nanti).
  • Proses pinjaman jubah dihentikan semasa sesi raptai berlangsung. 
  • Sila bawa dokumen berikut semasa hari pengambilan jubah:
    • Borang Jubah Akademik Graduan yang telah ditandatangani.
    • Slip bayaran yuran konvokesyen yang telah dijelaskan.
    • Slip Kajian Pengesanan Graduan.
  • Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain dengan mengemukakan dokumen seperti di atas.
  • Sila pastikan anda telah mengisi Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. 
Tempat pengambilan jubah adalah seperti gambar jadual di bawah.


7. Kad Jemputan & Pelekat Kenderaan
  • Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu dan satu pelekat kenderaan bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM.
  • Kad jemputan tetamu dan pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah. 
  • Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  • Pelekat kenderaan hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan yang membawa graduan.
  • Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja akan dibenarkan masuk ke kawasan kampus UiTM.
8. Tempat Penginapan
  • Seperti yang sedia maklum, pihak UiTM tidak menyediakan penginapan untuk graduan atau tetamu graduan. So, gambar jadual di bawah adalah senarai hotel yang terdapat  di sekitar Shah Alam. Untuk urusan penempahan penginapan, bolehlah hubungi nombor hotel yang ingin ditempah. Terpulanglah sama ada nak tempah hotel ataupun tidak. 
Senarai hotel yang terdapat di sekitar Shah Alam.


9. Sidang Konvokesyen
  • Masih belum diumumkan oleh pihak Konvokesyen UiTM.
10. Senarai Nama & Nombor Giliran Graduan
  • Masih belum diumumkan oleh pihak Konvokesyen UiTM. 
Memandangkan step 2 masih belum dibuka, so masih belum boleh untuk mengesahkan kehadiran graduan, mencetak borang pinjaman jubah, mencetak bil yuran konvokesyen atau membuat pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau di mana-mana ATM BIMB. By the way, para graduan juga masih belum boleh menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (KPG) atau mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah dan sekiranya para graduan ada mengalami apa-apa masalah yang berkaitan dengan konvokesyen ni, you can directly contact with PIC untuk setiap fakulti/program.

Person in Charge of Faculty/Programmes


Okay, rasanya sampai sini dulu aku update mengenai Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85 ni. Nanti kalau ada apa-apa update daripada pihak Konvokesyen UiTM, aku akan share lagi information mengenai konvokesyen tu dalam blog ni. So, see you guys on the next entry #preparationformygraduationdaypart3. Goodbye. By the way, kita (graduan) semakin menghampiri Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85.

#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour

4 comments :

  1. aku nak convo niii.. geledah google . terbaca pulak blog hang. tahniah wei haha

    ReplyDelete
  2. tumpang tanya, kalau gambar konvo uitm (ambil scroll atas pentas) kata dikira dalam yuran sekali dan akan dipostkan ke rumah, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyaps, memang dikira sekali dalam yuran. Cuma kalau tak silap, pihak UiTM tidak postkan ke rumah, kena ambil pada keesokan harinya. Macam saya, saya minta tolong dengan kawan ambilkan pada keesokan harinya dan hantarkan ke rumah.

      Delete