Friday, September 9, 2016

Tinggur Bulawan by Sakril Sidik @ Adi

Assalammualaikum guys :)

Siapa yang pernah dengar lagu Kadazan-Dusun ni ? Nyanyian daripada arwah Sakril Sidik atau lebih dikenali dengan nama Adi dan merupakan penyanyi yang berasal dari Keningau, Sabah. Beliau meninggal dunia pada tahun 2009 di usia yang sangat muda iaitu pada 23 tahun disebabkan oleh penyakit Talasemia. "He might no longer be here in this world, but he left a beautiful legacy to the Dusuns (Verone, 2011)". Okay, "tinggur bulawan" ni bermaksud benda bercucuk yang berharga di kepala bagi seorang wanita Kadazan-Dusun seperti sanggul emas. Lagu ni juga berkisarkan tentang seorang lelaki yang melihat dan memuji kecantikan seorang perempuan/wanita yang memakai "tinggur bulawan". Pada masa yang sama menceritakan bagaimana pantulan cahaya matahari membantu padi untuk tumbuh dengan baik dan berharap padi tersebut akan memberikan hasil tuaian yang banyak kerana padi adalah sumber tenaga kekuatan dan makanan kepada penduduk setempat. 

Sewaktu dijemput untuk memeriahkan Majlis Tadau Kaamatan 
peringkat Daerah Keningau pada tahun 2008. 


Tajuk Lagu: Kitimbok Tinggur Bulawan 
Penyanyi: Sakril Sidik @ Adi

Timpak oku lo tuod-tuod
Koimpa ku mitatabang
Intutunai ku yadi ku
Kitimbok tingur bulawan

Momurilik id tidong-tidong 
Mitatabang kanou toinsanai
Pinsikitai ku ti norilik
Pamalangga dahai tasakan

Silau-silau lo tadau 
Mogiduang di ti arai ku 
Kada koryou arai 
Ingga oh maan ya sondiho

Surut-surut kou no arai 
Surut no om intua kou noh 
Onsi-onsi kou noh uwa 
Onsikou ti ginawo ya

Translation

Aku berdiri di atas tunggul
Aku terlihat gotong royong
Ku kenali yang itu adik ku 
Bercucuk batang berharga

Menebas di kawasan bukit
Mari semua bergotong royong
Ku bakar yang ditebas
Kami membersihkan tempat tanaman padi

Panasnya sinaran matahari
Menimpa padiku ini
Janganlah layu padiku
Tiada tempat kami bergantung nanti

Subur-suburlah kau padi
Tumbuh dan berbuahlah kau
Berisi-isilah kau berbuah
Gembiralah hati kami

I really love this song so much dan one of my all time favorite Kadazan-Dusun song. Rasanya tiada sesiapa yang boleh menyanyikan lagu ni sebaik beliau walaupun ada beberapa orang yang sudah cover lagu ni tapi masih belum boleh mencapai standard suara dan intonasi vokal beliau. By the way, lagu ni merupakan lagu ciptaan beliau sendiri. Masa first dengar lagu ni, aku ingatkan penyanyinya ni seorang perempuan, then bapa aku bagitahu dengan aku yang penyanyinya ni seorang lelaki. Since bapa aku adalah orang Kadazan-Dusun yang asli, so he's familiar with Kadazan-Dusun song and masa aku kecil pun, my father always pasang lagu-lagu Kadazan-Dusun yang sampai sekarang aku suka dengar. Salah satunya ialah Proton Saga Kelabu by Jokteo Akang, Silik Silik Do Mato Nu by Ampal dan Clarice, Silik Silik Mato Nu - Tasius & Mercy (Original) dan lagu-lagu Kadazan-Dusun daripada Atama dan Clarice John Matha. Tapi lagu Tinggur Bulawan ni baru ja aku dengar masa tahun 2014 dan terus menjadi lagu favorite Kadazan-Dusun aku. Sebelum ni lagu favorite aku ialah lagu Norikot Nodi Bulan Lima by Datuk John Gaisah and everytime I hear this song, it really makes me missing my hometown. For sure, aku suka dengar lagu-lagu Kadazan-Dusun, mungkin sudah semulajadi dalam diri kan tapi honestly aku tak pandai cakap Bahasa Dusun. Shame on me as a Kadazan-Dusun people couldn't speak Dusun. But I'm will trying to learn it with all my best. Selamat mendengar dan enjoys the song. Goodbye.

Sumber: 

No comments :

Post a Comment