Sunday, October 30, 2016

My Graduation's Day

Assalammualaikum guys :)

Maka dengan ini berakhirlah sudah Majlis Konvokeysen UiTM ke-85 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bagi kampus UiTM Selangor dan juga kampus UiTM Negeri Sembilan bermula pada 22 hingga 27 Oktober yang lalu. Lepas ni, kampus UiTM cawangan lain pula akan berkonvokesyen. Alhamdulillah bertarikh pada 25 Oktober 2016, aku sudah bergraduasi bagi ijazah sarjana muda dan sah bergelar sebagai alumni UiTM Shah Alam. Terima kasih untuk segalanya terutama sekali kepada kedua ibubapaku, semua lecturer Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, sahabat-sahabat dan kepada sesiapa yang membantu dalam proses menyiapkan first degree ni. Plan seterusnya maybe lepas ni mahu jadi alumni universiti lain atau mendapat pekerjaan yang baik. Apa pun, doakan saja yang baik-baik. 

Kepada kawan sejak zaman sekolah, Mohd. Iqbal, terima kasih tolong "check in"kan tiket penerbangan dan temankan minum sebelum kapal terbang tiba. Kepada seorang lagi kawan sejak zaman sekolah, Nurul Shaidatul Ain, terima kasih banyak-banyak sebab tolong masukkan barang dalam kargo dan tukarkan seat ke emergency exit di tepi tingkap, kaki memang rasa selesa duduk situ. Kepada Norain Abdul Manaf, kawan masa study degree dekat UiTM Shah Alam, terima kasih banyak-banyak sebab jemput aku di KLIA dan temankan aku lepak makan. Lepas tu, hantar aku ke stesen KTM. Kepada Harun Hatta, senior PR masa dekat UiTM Shah Alam, terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima tetamu dari Sabah walaupun busy dan layan aku macam anak raja. Alhamdulillah aku tiba di Kuala Lumpur dengan bantuan insan-insan yang terbaik dan dikasihi ini pada 20 Oktober 2016.

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam).
Bachelor Degree of Mass Communication (Hons.) (Public Relations).
*please hire me*


Without my parent, I wouldn't be standing here today. Dari zaman sekolah hingga sekarang, mereka tak pernah berhenti untuk support dan bagi advice dengan aku. Maafkan anakmu ini mengambil masa yang lama untuk menyiapkan first degree dan bersabar menunggu masa setahun untuk melihat anakmu ini bergraduasi. Terima kasih kerana sentiasa bersama denganku. Mamy dan dady, terima kasih untuk segala-galanya. Really appreciate everything you've done for me. 


Walaupun tidak dapat bergraduasi dengan classmates dan batchmates yang lain, 
syukur alhamdulillah ada beberapa daripada mereka datang juga ke majlis konvokesyen aku dan kawan-kawan yang lain. Thank you so much Ain, Wani, Sarah, Mira, Ary, Shauqi dan Raza. Thank you so much, guys. Really appreciate it. Congratulations juga kepada  classmates yang sama-sama konvo Ary dan Megat dan kepada bacthmates iaitu Aula, Eha, Hakim, Akma, Aqeela, Fendi, Sofian, Ersyazuddin, Syaf, Nurina, Atiqa dan kawan-kawan yang lain aku tak mention tapi konvo sama-sama, congratulations semuanya. Kepada junior masscomm yang aku kenal dan konvo sama-sama juga, congratulations to Jaja, Faez, Syazza, Arif dan Hafizi. 


Muka selepas graduation. Hahahaha. :P


Terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang proses hari konvokesyen baru-baru ni dan juga memberikan ucapan tahniah kepada diri ini. Sorry sebab tidak dapat PM satu-satu untuk mengucapkan terima kasih tapi yang pasti kalian semua adalah yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak kepada insan-insan yang terbaik ni dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian semua. Really appreciate everything you've done for me. Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua agar dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin.

#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour

10 comments :

  1. Tahniah bro. Next week giliran aku pulak convo. enggak sabarnya. kita sama je alumni uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Amer. Hahahaha. Nanti mulalah rasa sebak time nyanyi lagu UiTM Dihatiku.

      Delete
    2. memangg brooo.. time diploma hari tu tahan je nangis... sebak sebab dorang tunjukkan video live para ibu bapa menangis kat belakang. alahaii...

      Delete
    3. Hahahahaha. Congratulations Amer on your convocation. :).

      Delete
  2. congratulations, i'm next! hahaha.

    ReplyDelete
  3. tahniah addy! kita sama2 anak uitm. hehe. sy inshaAllah bulan 5 tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Busyra. Semoga dipermudahkan urusan konvokesyen nanti dan selamat bergraduasi. :)

      Delete
  4. Salam uitm dihatiku. Tahniah dah konvo. Ain tggu next year bulan 5 sama mcm busyra

    Theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your wishes Ain. Selamat bergraduasi pada tahun depan. :)

      Delete